Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
9450
View
87
Reply

'Air Boring' Jadi Air Minuman Di Kelantan

[Copy link]

Author: Anak_Nogori       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-3-2009 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Mohd Zabidi Ishar

JELI, 10 Mac (Bernama) -- "Air boring?" Soal seorang rakan yang hairan rumah penulis menggunakan bekalan air yang dipam melalui enjin yang dinamakan penduduk Kelantan air boring.

"Air boring" sebenarnya ialah air yang digerudi dari bawah tanah yang dipam ke permukaan menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.

Sistem telaga tiub ini juga dikenali sebagai "air pancang" atau "air tiub", cuma rakan penulis dari sebuah negeri lain ini tidak biasa dengan istilah air boring, yang begitu diperlukan penduduk Kelantan terutama ketika menghadapi masalah air berkarat atau pun tekanan air rendah.

Biarlah berbelanja lebih sedikit asalkan hati tidak gundah menikmati air yang rendah kualitinya dan tidak terjamin kesihatan meminum air berkarat, kata sebilangan mereka.

Lebih teruk lagi ialah bagi yang menghadapi masalah tekanan air rendah, kerana terpaksa menunggu air menitik keluar dari paip di awal pagi ketika ramai pengguna lain sedang tidur lena.

"Mana tahan baju kerja (uniform) saya yang berwarna putih bertukar warna (kerana air berkarat)," rungut Suhaizawati Malek, 37, seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di sini.

Suri rumah Siti Norlida Mohd Akhir, 38, juga menghadapi masalah yang sama. Semua baju sekolah anaknya menjadi perang selepas dibasuh menggunakan air paip dan disebabkan itu beliau memilih menggunakan air boring.

"Saya puas hati setelah berbelanja hampir RM1,000 akhirnya masalah air berkarat selesai," katanya.

APA ITU AIR BORING?

Air boring ini merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi.

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil daripada lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut menggunakan pam air elektrik. Airnya lebih berkualiti kalau dibandingkan air yang diambil dari permukaan sungai dan kolam.

Seorang penggerudi air boring berpengalaman, Din Omar, 58, berkata beliau hanya memerlukan sehari bagi kerja mengorek tanah sedalam 20 meter berbanding dua atau tiga hari bagi mereka yang baru "menerokai" kerja sedemikian.

"Kadang-kadang saya mengorek lebih 20 meter bergantung kepada sumber mata air," katanya.

Bekas pekerja Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd itu menggunakan pengorek khas yang ditempah bagi kerja yang dilakukan secara manual itu.

Din menggunakan dua jenis pengorek iaitu pengorek bagi mengeluarkan tanah dan satu lagi pengorek untuk membuang pasir sehinggalah air mata air ditemui.

Dengan dibantu dua pekerja lagi, paip PVC sebesar 10.16 cm secara bersambung-sambung dimasukkan ke dalam tanah yang dikorek itu bertujuan bagi mengelak ia tertimbus dan paling penting untuk menakung air.

Air dipam ke dalam tangki atau terus ke paip menggunakan pam kuasa elektrik yang berharga antara RM150 hingga RM800 seunit.

BUKAN SEMUA LOKASI SESUAI DIGALI AIR BORING

Namun bukan semua tempat sesuai untuk digali telaga tiub ini kerana di sesetengah tempat, terdapat air berbau busuk dan berwarna merah yang tidak sesuai untuk diminum kerana mengandungi toksik logam.

"Tempat yang sesuai bukan di kawasan yang terdapat air paya, sawah padi, kawasan tanah gambut dan berhampiran laut kerana kebanyakan air bawah tanah itu berbau busuk dan tidak sesuai untuk diminum.

"Jika berdekatan dengan tangki najis juga tidak sesuai kerana dibimbangi air bawah tanah itu tercemar manakala jika di tanah gambut kami sukar untuk mengoreknya kerana sering tertimbus disebabkan tanah di sekelilingnya lembut," katanya.

Beliau berkata tempat yang sesuai selalunya di kawasan tanah liat dan di bawahnya pula terdapat lapisan pasir kerana air yang disedut seolah-olah sudah ditapis secara semula jadi.

Namun awas! Jika kali pertama anda menggunakan air itu jangan terkejut jika berbau selut atau lumpur, bagaimanapun dalam tempoh sehari dua anda akan menikmati air yang benar-benar bersih serta selamat untuk diminum.

Penulis sempat membezakan air yang diambil itu dengan air bermeter yang dibekalkan pihak berkuasa Kelantan dan terdapat kelainan daripada segi warna dan rasa.

PENAPIS AIR ANTARA ALTERNATIF LAIN

Bagi sesetengah penduduk Kelantan yang lain mereka membelikan penapis khas untuk menapis air bermeter mereka namun tidak mampu mengurangkan warna merahnya.

"enapis saya akhirnya rosak mungkin kerana karat air," kata Zamri Abdullah, 47.

Zamri bukan tidak mampu membina air boring tetapi air yang terdapat di kawasan luar rumahnya didapati tidak sesuai kerana ia berbau.

"Nak tak nak saya kena beli penapis yang harganya hampir RM2,000 tetapi sekarang saya pening apa kaedah lain bagi mengelak keluarga saya terus-terusan meminum air yang berkarat ini," katanya.

Kerajaan negeri sedang berusaha menukar batang paip baru menggantikan yang lama secara berperingkat kerana dipercayai air karat itu berpunca daripada batang paip lama, selain menaik taraf loji air yang ada.

Abdul Rani Donik, 61, seorang pembuat rumah terkenal di sini turut mengesyorkan penggunaan air boring itu kerana kebersihannya.

"Hampir 80 peratus rumah baru yang saya bina dipasang dengan air boring.

"Masalah guna air boring apabila pamnya sering dicuri dan jika berlaku kerosakan sudah tentu air kerajaan juga ditagih," katanya.

-- BERNAMA

p/s;- Agaknya ada orang kelantan sendiri naik 'boring" ngan kemajuan negeri Kelantan dgn air paip ngan warna merah..itu lah kemajuan namanya..
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-3-2009 02:41 PM | Show all posts
rasa aku ejaannye 'boreng' kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 10-3-2009 14:39
Oleh Mohd Zabidi Ishar

JELI, 10 Mac (Bernama) -- "Air boring?" Soal seorang rakan yang hairan rumah penulis menggunakan bekalan air yang dipam melalui enjin yang dinamakan penduduk Kelantan ai ...

Wahhhh....depa pakai air boring...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:42 PM | Show all posts

Reply #1 Anak_Nogori's post

ni cam air mineral la
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:42 PM | Show all posts
aku memulah pindah ganu ni pun tertanya-tanay bila jumpa sign board tukang boreng air

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:44 PM | Show all posts
"bore" is korek...takpa la mana tau korek2 kat kelantan tu keluar minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by dainese at 10-3-2009 14:41
rasa aku ejaannye 'boreng' kan...

Bore - to make a hole through or in something ising a drill.

Jadi ejaan 'boring' adalah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:45 PM | Show all posts
ni nak provoke jugak..jenis mentaliti tahap rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:47 PM | Show all posts
yelaa...sepanjang jalan dari kelantan..terengganu sampailaaa Kuantan aku terjumpa iklan TUKANG BORING nie,,,so makna nyer air boring nie bukan dinikmati oleh org kelantan jer...org trengganu ngan pahang yg mewah bawah BN pun kena BORING gak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:48 PM | Show all posts
tak boleh nafi la, kualiti air paip dari kelantan memang teruk, yang ok sikit pun kalau di daerah kota bharu je..maaf la orang kelantan.realiti ok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:50 PM | Show all posts

Balas #9 foranz\ catat

betul.orang terengganu pun ramai guna kaedah boring ni.jimat tu satu.bekalan air SATU terengganu pun bukan bagus pun, dah la tekanan rendah, manjang takde air pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:51 PM | Show all posts
korek = boring

omputih la ni depa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by cewekbopot at 10-3-2009 14:51
korek = boring

omputih la ni depa..

Ini lah kebersanan Pembelajaran sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris.

Kalau tak ada PSMI ini depa akan panggil air gali...

Syabas Kementerian Pendidikan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 10-3-2009 14:53

Ini lah kebersanan Pembelajaran sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris.

Kalau tak ada PSMI ini depa akan panggil air gali...

Syabas Kementerian Pendidikan.


nasib baik bukan air geli
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:04 PM | Show all posts
boleh dipolitikan jugak benda ni...dasat tul org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:04 PM | Show all posts
boreng ke boring,

byk iklan boreng air smpai aku jd boring..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:04 PM | Show all posts
kat umah korang tak MEMBORING ker dulu sebelum on....baru laa sodapp...hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 10-3-2009 14:39
Oleh Mohd Zabidi Ishar

JELI, 10 Mac (Bernama) -- "Air boring?" Soal seorang rakan yang hairan rumah penulis menggunakan bekalan air yang dipam melalui enjin yang dinamakan penduduk Kelantan ai ...


musim kelantan ni...

air yg X boring air Hadi '3 bini ' awang je....

X penah bini die kate boring kt air tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:16 PM | Show all posts

Reply #18 airfilterbersih's post

hahah.... ,,,,sian tok guru....santan tua...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-3-2009 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 10-3-2009 14:41

Wahhhh....depa pakai air boring...


Altenatif Maideen..tapi kalau dinegeri lain...depa tak nak guna air boring ni..depa maki hamun syabas..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list