Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
591
View
15
Reply

[Sarawak] Anggota polis, tukang kasut ditahan berhubung kes bunuh OKU

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-8-2021 03:48 AM | Show all posts |Read mode

Kedua-dua suspek tampil menyerah diri di Balai Polis Batu 10.

KUCHING: Seorang anggota polis bersama seorang lagi lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghidap sakit bipolar dalam satu insiden pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku di Kampung Jawa Semenggok di Batu 12 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian.

"Mangsa dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian iaitu di kawasan belakang rumah jirannya dan kemudian didatangi kedua-dua suspek yang cuba untuk menenangkannya. Kedua-dua suspek kemudian membawa mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri balik ke rumah keluarganya dan kemudian terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang oleh pegawai perubatan pada jam 6.35 petang di hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya juga, suspek yang berpangkat koperal bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa dan seorang lagi tukang kasut tampil menyerah diri di Balai Polis Batu 10 lewat malam tadi.

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya.

Manakala semakan rekod mangsa mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu dua kes pecah rumah dan satu kes khianat.

"Bedah siasat akan dilakukan oleh pihak hospital sebaik sahaja keputusan saringan COVID-19 diperolehi bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Katanya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis juga sedang mengesan saksi-saksi sewaktu kejadian berlaku," katanya.

Justeru Aidil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.

"Sebarang maklumat yang tidak benar atau tidak sahih boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988," tegasnya.

Jeremy Lanson



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-8-2021 03:51 AM | Show all posts
302 ... membunuh dengan niat ...


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-8-2021 03:57 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-8-2021 04:04 AM | Show all posts
KUCHING C Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan tukang kasut diberkas polis selepas didakwa terbabit memukul lelaki kelainan upaya (OKU) mental sehingga mati, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12.

Menurut beliau, insiden itu bermula apabila mangsa yang berusia 26 tahun bertindak agresif di kawasan rumahnya pada jam 4.30 petang.

Dia yang menghidap penyakit Bipolar cuba ditenangkan oleh kedua-dua suspek, sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh keluarganya, dengan turut diiringi seorang daripada suspek sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan pada jam 6.35 petang, katanya.

Susulan kematian, adik perempuan mangsa berusia 20 tahun membuat laporan polis pada jam 9.12 malam tadi kerana mengesyaki abangnya maut dipukul lelaki tidak dikenali.

''Bertindak daripada laporan itu, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan dua lelaki sebaik mereka datang menyerah diri di balai jam 12.30 pagi tadi, katanya.

Aidil berkata, kedua-dua suspek disahkan sebagai seorang tukang kasut berusia awal 50-an dan anggota PGA berpangkat Koperal yang berpangkalan di Batu Kawa.

"Permohonan reman telah diperoleh selama tujuh hari ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan.

"Bedah siasat akan dilakukan oleh pihak hospital untuk mengenal pasti punca kematian, sebaik sahaja keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin masa proses penangkapan tu ada kekerasan berlaku. Mangsa pun ada rekod jenayah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Xberapa faham, kat rumah sapa mangsa ni bertindak agresif? Sbb dlm artikel ni tulis kemudian mangsa dibawa pulang ke rumah dlm keadaan xsedarkan diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit bipolar... oku... ada kes jenayah lampau... Mungkin terbunuh tanpa sengaja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2021 07:55 AM | Show all posts
acikbrown replied at 28-8-2021 06:19 AM
Mungkin masa proses penangkapan tu ada kekerasan berlaku. Mangsa pun ada rekod jenayah.
FC pun pikir gtu ...

pernah terbaca tak ingat la porumer mana tulis ... tulang / badan si penagih dadah ni "rapuh" ... kena skit boleh teruk macam kena pukul teruk...mungkin mangsa dalam kategori ni...?


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2021 07:59 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 30-8-2021 01:18 AM
fatinandreanna replied at 28-8-2021 07:22 AM
Xberapa faham, kat rumah sapa mangsa ni bertindak agresif? Sbb dlm artikel ni tulis kemudian mangsa  ...

mangsa tu mengamuk / buat hal kat belakang rumah jiran .. mungkin selang beberapa rumah ...
itu kalo baca dari berita pertama ...
"Mangsa dikatakan bertindak agresif di tempat kejadian iaitu di kawasan belakang rumah jirannya dan kemudian didatangi kedua-dua suspek yang cuba untuk menenangkannya.


berita kedua pula ... bgtau dalam kawasan rumah pula ...
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12.

Menurut beliau, insiden itu bermula apabila mangsa yang berusia 26 tahun bertindak agresif di kawasan rumahnya pada jam 4.30 petang.

tak tau mana betul


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2021 08:00 AM | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 06:12 AM
Penyakit bipolar... oku... ada kes jenayah lampau... Mungkin terbunuh tanpa sengaja...
harap ada saksi boleh memberi penjelasan ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2021 07:59 AM
mangsa tu mengamuk / buat hal kat belakang rumah jiran .. mungkin selang beberapa rumah ...
itu ka ...

Itulah yg buat sy pening. Saya anggap reporter typo jelah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-8-2021 01:23 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 29-8-2021 08:34 PM
Itulah yg buat sy pening. Saya anggap reporter typo jelah.
ok yang ni sahih ...

Kenyataan Media dari Pihak Polis sendiri ...

"belakang rumah jiran "



Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 01:23 AM
ok yang ni sahih ...

Kenyataan Media dari Pihak Polis sendiri ...

Oh kat rumah jiran. Mangsa ni mesti bertindak agresif ketika ditenangkan suspek2. Suspects pun hantar mangsa pulang. Pastu menyerah diri.

Pendapat saya mungkin berlaku pergelutan dan suspect terpaksa berkeras pd mangsa demi keselamatan mereka. Juga keselamatan jiran
dimana kejadian berlaku.

Teori badan drug addict ni rapuh pun boleh jadi sebab kematian. Pd normal people is hantar pukulan utk mengunci pergerakan je. Mungkin ye.

Thanx Mod FC susah payah pastekan media statement ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-8-2021 09:29 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 31-8-2021 05:38 AM
Oh kat rumah jiran. Mangsa ni mesti bertindak agresif ketika ditenangkan suspek2. Suspects pun han ...
FC pun rasa ... bukan nya sengaja ... sebab suspek siap tolong hantar balik ke rumah ...
tapi ...
tak sengaja pun ... terjejas juga kerjaya Polis tu ...


arwah dok mengacau / buat hal kat rumah jiran ... kalau polis larang gtu2 jer ... kompom kena kutuk gak ... tak wat kerja betul2 ...


- sesamer ... FC pun memang tak suka baca separuh2 jer ... pastu berita macam mengelirukan gtu ...

takmo buka Threads kat Borneo ni...?

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 09:29 AM
FC pun rasa ... bukan nya sengaja ... sebab suspek siap tolong hantar balik ke rumah ...
tapi ...
...

Ni namanya diluah mati mati mak, ditelan mati bapak.  Nnti klu ada perkembangan terbaru kes ni FC tepekkan ya. Xde pulakkan org2 yg tggl kat kawasan  kejiranan ni info apa2.

Bukak thread kat sini? Xcukup ilmu saya  nak bukak thread.. Dah terlalu lama xbalik kampung sana. Kira saya berkuntum kat sini utk ikuti perkembangan sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2021 04:55 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 8-9-2021 09:18 AM
Ni namanya diluah mati mati mak, ditelan mati bapak.  Nnti klu ada perkembangan terbaru kes ni FC  ...
selalu nya kan ...

berita2 yang ada ...
jarang ada follow up ... kecuali berita tu betul2 berita gempar ...
kadang senyap jer walaupun ada masuk mahkamah ...

selalu nya juga .. update / info kita dapat bila kita rajin baca komen2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list