Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1375
View
15
Reply

[Politik] UMNO tidak pernah kekurangan pemimpin berkebolehan: Asyraf Wajdi

[Copy link]

Author: xpdckelate       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-8-2021 07:07 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – UMNO tidak pernah kekurangan pemimpin berkebolehan dan tidak mempunyai masalah menamakan sesiapa sahaja yang boleh menggantikan kepimpinan sedia ada termasuk dalam kalangan orang muda.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tidak pernah berlaku defisit atau kekurangan dari segi kepimpinan dalam parti tersebut.

“Mesti ada orang yang boleh menggantikan.

“UMNO mempunyai ramai tokoh-tokoh pemimpin yang sebenarnya mempunyai kelayakan dari segi pengalaman dan ketrampilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Siapa Hero Rakyat’ pada Sabtu.

Wacana tersebut turut menampilkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Ismail sebelum itu bertanyakan samada UMNO perlukan muka baharu atau memiliki figura yang boleh diangkat dan dinaikkan dalam kepimpinan utama.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, adalah tidak wajar jika UMNO menyingkirkan pemimpin-pemimpin lama.

“Saya rasa itu tidak wajar. Dalam konteks kepimpinan mesti ada gabungan antara yang lama dan baru,” katanya.

Beliau pada masa sama turut berpendapat UMNO bukannya bersifat ‘one men show’.

“UMNO sebagai sebuah parti matang dalam konteks organisasinya. Sesiapapun yang naik sebagai pemimpin, pendekatan dan organisasinya bersifat kolektif,” ujarnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... olehan-Asyraf-Wajdi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nak kata la sy antara pemimpin yg sy maksudkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:50 AM | Show all posts
ya  tak kurang pemimpin yg korap tamak dan gila kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:04 AM | Show all posts
Ya ramai pemimpin berkebolehan dalam UMNO, BERKEBOLEHAN SONGLAP WANG
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkebolehan besar sgt pemimpin besar kamu tu...mmm..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa..ramai yg berkebolehan rupanya...dh tu kenapa wak jahit jugak yg korang pilih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:06 AM | Show all posts
yang belah sana, fosil pon dorang hidupkan semula sebab takde yang berpotensi jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benar apa dikata, tok mat dah jadi pm skrg. Kenapa bukan dia, sbb seme tamak kuasa, penting dirikan diri, selagi x kubur nk jadinpm, tanak didik pelapis. Ada pelapis je ko benam. Dah tu dah buat byk onar, muke tembok x step down. Sbb tu bile kucar kacir mcni terpinga pinga  tanya sape nk jadi pemimpin. Yg korup jugak dicalonkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
habis tu dok pilih...zaid...najib...tu pasal apa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Buktikan..

Mula2 gantikan dulu kluster mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_acura replied at 1-8-2021 11:54 AM
habis tu dok pilih...zaid...najib...tu pasal apa..

Setuju...nak dgr apa jwpn asyraf nih..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 03:16 PM | Show all posts
wahai asyraf, ko nak jual produk memang la ko kata produk ko baik...rakyat dah lama pakai produk ko, kualiti tarak bagus...barang sudah basi dan tua...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkebolehan songlap ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 04:25 PM | Show all posts
ya betul, ramai pmimpin muda berkebolehan.

tapi geng kereta buruk barai kaki melalak juga yang dominan, yang korang pilih.
Bila orang argue, kau pusing tunjuk parti A ada saka tua, parti B ada pemimpin recycle, parti C ada muka antik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-8-2021 11:06 AM
yang belah sana, fosil pon dorang hidupkan semula sebab takde yang berpotensi jadi PM

Bangkem...soalan serius ni..boleh x namakan pimpinan muda dlm UMNO yg bakal menggantikan pimpinan sekarang. Serius iols mungkin tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah kekurangan pemimpin berkebolehan kononnnnnnnnnnnn

Bukan x pernah kurang
X pernah ada lansung sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list