Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
3862
View
47
Reply

[Dunia] Singapura - Presiden baru Muis dilantik mulai 7 Ogos

[Copy link]

Author: makiting    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IMG_1290.jpg

Jul 31, 2021 | 05:30 PM

PRESIDEN Halimah Yacob telah melantik Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM), Encik Saat Abdul Rahman, sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang baru bermula 7 Ogos ini.

Encik Saat, 60 tahun, akan mengambil alih jawatan daripada Haji Mohammad Alami Musa, 65 tahun, yang mengundur diri.

Beliau akan menjadi Presiden Muis yang kesembilan.

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan berkata pelantikan baru itu merupakan sebahagian daripada pembaharuan pucuk kepimpinan Muis.

Menurut MCCY, Presiden Muis merupakan pelantikan bukan eksekutif dan mempengerusikan Majlis Tertinggi Muis.

Mengulas pelantikan tersebut, Presiden Halimah berkata pengalaman Encik Saat sebagai editor BH/BM sejak 2012 meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk memimpin Majlis Tertinggi Muis.

"Beliau mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan memahami cabaran, keperluan sosioagama dan aspirasi mereka," kata Presiden Halimah semalam.

Encik Saat mengekalkan jawatannya sebagai Editor BH/BM.

Beliau berkata Muis merupakan institusi penting dalam masyarakat.

"Di bawah Haji Alami Musa, Muis telah berkembang dan mencatatkan kemajuan besar dalam banyak bidang termasuk masjid, madrasah dan pembangunan asatizah.

"Satu lagi bidang penting adalah untuk memupuk Identiti Muslim Singapura (SMI), dan ini merupakan sesuatu yang perlu terus diusahakan," kata Encik Saat.

Beliau juga berharap untuk bekerjasama dengan Muis dalam meneruskan usaha itu dan memperdalam usaha mendekati masyarakat dan pihak berkepentingan.

Haji Alami dilantik sebagai Presiden Muis pada September 2003 sebelum meneruskan khidmat sebagai Presiden bukan eksekutif mulai 2013 setelah jawatan Ketua Eksekutif dibentuk.

MCCY berkata sumbangan Haji Alami merangkumi pelbagai bidang termasuk menerajui pembentukan SMI, memperkukuh pendidikan agama dan pembangunan asatizah serta penubuhan Sistem Bersama Madrasah (JMS).

Beliau juga berperanan memperkukuh pentadbiran masjid dan Muis serta mengeratkan hubungan Muis dengan pertubuhan berbilang agama menerusi Pusat Harmoni.

"Saya bersyukur diberi peluang menyumbang kepada pembangunan sosioagama masyarakat Muslim dalam konteks sekular dan berbilang agama di Singapura," ujar Haji Alami.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengiktiraf kepimpinan Haji Alami sepanjang 18 tahun lalu.

"Di bawah bimbingan beliau, Muis berjaya memenuhi keperluan masyarakat Islam Singapura walaupun terus dicabar dengan pelbagai tuntutan yang berubah-ubah mengikut arus perubahan di Singapura dan juga dunia," kata beliau.

Mengenai pelantikan Encik Saat, Encik Masagos berkata: "Pengalaman luas Encik Saat dalam media dan masyarakat akan memperkukuh keupayaan Majlis Tertinggi Muis sedang Muis meningkatkan perhubungan dan usaha pendekatannya untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat dalam sekitaran yang kian mencabar dan rumit."

Encik Saat merupakan Editor BH kedua dilantik sebagai Presiden Muis.

Sebelum ini, mantan Editor BH yang juga mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, pernah menjadi Presiden Muis dari 1992 hingga 1995.

Oleh :
NUR ADILAH MAHBOB

Sumber : Berita Harian Singapura

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. tapi apa maksudnya menyumbang kepada pembangunan sosioagama muslim dalam konteks sekular?

"Saya bersyukur diberi peluang menyumbang kepada pembangunan sosioagama masyarakat Muslim dalam konteks sekular dan berbilang agama di Singapura," ujar Haji Alami.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-7-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-7-2021 06:35 PM
Tahniah.. tapi apa maksudnya menyumbang kepada pembangunan sosioagama muslim dalam konteks sekular?
...

Dengan pengalaman yang mendalam, beliau orang yang sesuai untuk memimpin Majlis Tertinggi Muis dan untuk menyuntik pandangan serta dorongan baru kepada tugas majlis itu.
- kata Presiden Halimah Yacob mengenai pelantikan Encik Saat Abdul Rahman sebagai Presiden baru Muis.

Ini kot maksudnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 31-7-2021 06:40 PM
Dengan pengalaman yang mendalam, beliau orang yang sesuai untuk memimpin Majlis Tertinggi Muis dan ...

Didikan muslim sekular?

Sekularadalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dariagamadan/atau kepercayaan agama.

Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Rujuk juga:pemisahan antara agama dan negara,lacit) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-7-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yea lah .. fahaman sekular ni patutnya memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya kan.. kata lain nya soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-7-2021 06:35 PM
Tahniah.. tapi apa maksudnya menyumbang kepada pembangunan sosioagama muslim dalam konteks sekular?
...

Aku pun tak paham..
Tapi aku rasa main point dia, his job is to ensure warga muslim tetap terjaga walau hidup dlm kehidupan yg sekular ni.  Agknye lah. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-7-2021 06:35 PM
Tahniah.. tapi apa maksudnya menyumbang kepada pembangunan sosioagama muslim dalam konteks sekular?
...

Menyumbang kepada cabaran dan kemajuan kehidupan beragama umat Islam Singapore menurut landasan syariat Islam di Singapore yg multi-racial dan sekular.

Cabaran dan tanggungjawab ni berat. Umat Islam Singapore minoriti. Tak kena gaya umat Islam Singapore akan hanyut dalam arus pemikiran sekular. Jadi Presiden MUIS kena deal dgn Kerajaan Singapore untuk aktiviti socioagama yg dilihat moderate. Kena deal pasal funding. Kelulusan permit bagai.

Belum lagi cabaran dari umat Islam Singapore tu sendiri.. Tarik minat diaorang kpd Islam. Dah biasa hidup bebas. Tiber kena bersyariat bagai. Cabaran nj bukan Singapore jer, satu dunia Islam pun camtu.. apatah lagi masyarakat minoriti yg takde kuasa politik dan ekonomi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 31-7-2021 06:53 PM
Yea lah .. fahaman sekular ni patutnya memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti po ...

Mungkin maksud deme, mendidik muslim di tmpt yg amalkan sekularisme. Bkn membentuk muslim sekular. Beza maknanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 1-8-2021 01:09 AM
Aku pun tak paham..
Tapi aku rasa main point dia, his job is to ensure warga muslim tetap terjaga ...

Iols pun pikiaq mcm ni.. tapi kena pikiaq overnight la baru paham mcm nih.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bro_kr replied at 1-8-2021 01:41 AM
Menyumbang kepada cabaran dan kemajuan kehidupan beragama umat Islam Singapore menurut landasan sy ...

Sukar keje dia... semoga berjaya. Iols tak kenal muslim kat singapura. Rata2 iols jumpa hat yg cainis jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Slow lah dakwah muis ni. Percentage orang muda hanyut jadi double triple. Budaya pasang tattoo satu badan dah kira normal. Laki bini melayu bertatoo pun banyak selamba jer jalan2 ngan anak2 kecik kat taman permainan. Takda pulak tengok cina mcm ni.
Ramai sampai ke tua tak solat. Pergi jer pasar Haig Rd tu. Penuh otai2 dari pagi sampai ke magrib rilek borak belek teket 4D ngan maid2 illegal Indon mengimpit. Otai2 umur dah dekat 70. Ada dengan wheelchair.
Yang muda2 pulak bertattoo masuk geng konon ada baju dah terer lah. Drug tak lepas. Yang pelik semua mengaku Muslim. Tapi ayat sembahyang pun tak ingat. Dah tua sembahyang pun tak ingat mcm mana. Bila kita sound terus jawab lu jangan mcm bagus lah..
MUIS slow bab nak masuk line orang2 cam ni. Balik2 cakap sekular2. Ni presiden2 Muis ni gaji mau cecah 20 ribu dollar siap rumah teres free. As long kau continue cakap sekular2. Editor Berita Harian 100% orang PAP.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau sesiapa jadi kepala Muis..
Yg makan mee babi ...
Makan jugaklaaa tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-8-2021 08:16 AM
Mungkin maksud deme, mendidik muslim di tmpt yg amalkan sekularisme. Bkn membentuk muslim sekular. ...

Yes! Ni betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 1-8-2021 09:04 AM
Slow lah dakwah muis ni. Percentage orang muda hanyut jadi double triple. Budaya pasang tattoo satu  ...

U sure dpt ruma teres free??? Hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 1-8-2021 09:04 AM
Slow lah dakwah muis ni. Percentage orang muda hanyut jadi double triple. Budaya pasang tattoo satu  ...

Ke mmg dipilih org2 cenggitu sbb mmg tanak hat melayu sedar diri?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca berita bahasa melayu SG..penggunaan bahasa sebiji2 mcm karangan sekolah..jauh beza dgn wartawan malaysia guna bahasa ala kadar menyempat je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-8-2021 09:43 AM
Ke mmg dipilih org2 cenggitu sbb mmg tanak hat melayu sedar diri?

Frankly, MUIS cuma can do a certain extend je. Pucuk pangkal, diri sendiri. Nk jadi muslim yg baik, kalau tunggu muis to take action, smpi mampus takkn jd baik. Ibu bapa pun kene take action jgk. Walaupun skola mainstream tanpa subject agama, ada bnyk masjid dan private madrasah yg anjurkn kelas2 agama dari seawal 3-4 tahun.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 1-8-2021 09:46 AM
Suka baca berita bahasa melayu SG..penggunaan bahasa sebiji2 mcm karangan sekolah..jauh beza dgn war ...

Pasal pelajar2 melayu di sekolah rendah dan menengah pun baca berita melayu as part of study material. Kalau wartawan tulis tunggang langgang, murid pun tulis merepek jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 2-8-2021 04:29 PM
Frankly, MUIS cuma can do a certain extend je. Pucuk pangkal, diri sendiri. Nk jadi muslim yg baik ...

Eh, kome takde klas agama kat skolah?
Baru iols tau. Religious class takde langsung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 2-8-2021 04:31 PM
Pasal pelajar2 melayu di sekolah rendah dan menengah pun baca berita melayu as part of study mater ...

Kat skolah, cikgu kena ajaq tatabahasa. Ni benda asas masa blaja bahasa.

Wartawan mesia bahasanya kadang2 ke laut tapi keje editor la kena sunting kaw2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list