Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1409
View
9
Reply

Duit Berlakon Tak Berkat? PU Azman Jawab

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-6-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Menyedari ada persoalan yang ditimbulkan mengenai keberkatan hasil berlakon atau apa jua bidang melinatkan seni hiburan, penceramah bebas dan pelakon, Cik Man menegaskan ia perlu dilihat daripada banyak aspek.


Menurut Cik Man atau sebelum ini dikenali dengan panggilan PU Azman, perkara tersebut subjektif untuk dikupas namun tidak menolak harus dilihat pada apa jenis bayaran yang diterima seseorang itu berdasarkan beberapa faktor.


Foto: IG






Pendapatan dalam dunia hiburan ini, soal keberkatan itu urusan Allah SWT. Kalau misal kata, dia dibayar dengan melakukan sesuatu perkara yang haram, contoh situasi, sebelum ini pelakon itu berhijab, kemudian dia buka tudung sebab diminta dan dibayar kerana watak, itu yang bermasalah.


Berlakon jangan sampai melakukan apa yang dilarang dalam agama. Tetapi saya percaya banyak aspek yang harus dilihat jika nak sebut soal ini,katanya.


Cik Man berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media secara virtual bagi mempromosikan sitkom Bujang Tampan Selamba siaran TV9, hari ini.




  



Selain itu, Cik Man juga menjawab mengenai kecaman yang mungkin diterimanya setelah mula dilihat serius terbabit dalam bidang lakonan setelah sebelum ini memegang status ustaz.


Pembenci ini ada di mana-mana. Kita pekakkan sahaja telinga tetapi itu tidak bermaksud saya tidak menerima kritikan. Bagi saya, dakwah itu boleh dibuat di mana-mana. Ada yang kata industri lakonan itu hitam, bagi saya kita sendiri yang kena tahu apa nilai yang hendak dibawa.


Boleh saja bawa nilai murni, bergantung pada penerimaan pemain-pemain industri. Saya berlakon kerana minat dan dalam masa sama boleh juga berdakwah.




  



Contoh, kalau berada di set, ada sahaja artis yang bertanyakan hal tentang agama, saya jelaskan dan terangkan. Secara halus kita boleh bina hubungan yang baik dengan pemain industri dan pecahkan tembok rasa malu atau apa sahaja pandangan orang tentang dakwah sebelum ini,katanya.


Dalam pada itu, Cik Man yang selesa berlakon kini juga melahirkan rasa gembira kerana semakin ramai pengarah dan penerbit memberi kepercayaan dan peluang kepadanya untuk menggalas sesuatu watak.




  



Lebih menggembirakan, watak yang diberikan juga lebih luas dan terbuka serta tidak terarah pada watak ustaz semata-mata. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Steady Cik Man...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Good on u setad

Yg penting kita tahu apa kita buat!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke cara dia mjawab n explain..
Xde la perasan bgus..
Suke tgok  proogram2 yg  ada dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda pon boleh dijustifykan ikut memasing. Moslem makan babi pun ada dan siap petik ayat quran untuk justifikasi (muslim iran yg i kenal)
Inikan pulak benda yg dia sendiri buat dan dapat duit, haruslah boleh je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 04:39 PM | Show all posts
cara cikman dakwah sejenis tak annoying dan lebih dekat dgn anak2 muda. syabas cikman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu boleh elak benda2 yg komplot dgn benda x baik, elakkan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
suka dgr dia berceramah byk info dan nasihat yg bagus
berlakon pun byk gak skrg
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 09:35 AM | Show all posts
Cik Man ni sempoi, itu sebab ramai anak-anak muda suka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 09:45 AM | Show all posts
hari tu tertengok rancangan masak2 time bulan puasa ngan Kak Elly...
Merah padam gak tgk Cik Man kena usik..
but Elly pon quite behave la jugak gediks nye..
but  thumbs up.. memang Cik Man sporting and steady. minat heols since then..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list