Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
3644
View
49
Reply

[Tempatan] Peruncit tempatan rayu dibenar beroperasi lepas 28 Jun ni

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-6-2021 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Peruncit tempatan terjejas teruk, rayu dibenar beroperasi
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Jun 23, 2021 @ 3:45pm


KUALA LUMPUR: Sektor peruncitan di Malaysia terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dicerminkan oleh kemerosotan penjualan runcit sehingga 9.9 peratus pada suku pertama 2021.

Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Tan Sri William Cheng, berkata persatuan itu menerima maklum balas bahawa industri runcit menghadapi kesan sekatan pergerakan dengan beberapa anggota menunjukkan sekurang-kurangnya 20 peratus penutupan kedai dengan anggaran pemberhentian pekerja sebanyak 20 peratus, yang secara kasarnya membabitkan kira-kira 120,000 kehilangan pekerjaan.

"Jika sekatan pergerakan penuh dilanjutkan lagi melebihi 28 Jun ini, kami jangka kehilangan pekerjaan yang lebih teruk akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata MRA merayu kerajaan membenarkan sektor peruncitan produk tidak penting beroperasi semula memandangkan lanjutan sekatan pergerakan penuh sehingga 28 Jun 2021 menjejaskan operasi mereka.

Persatuan yang mewakili 20 peratus atau RM22 bilion saiz pasaran runcit Malaysia dengan lebih 150 syarikat berkaitan runcit utama dan mempunyai kakitangan lebih 600,000 meminta supaya kerajaan melaksanakan PKP Diperketatkan Bersyarat berbanding melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara.

Cheng berkata, sektor peruncitan produk tidak penting terpaksa menutup kedai tanpa pendapatan untuk menampung perbelanjaan berulang penting mereka iaitu gaji kakitangan, sewa dan pemiutang selain menenuhi komitmen perbankan dan pembayaran berkanun yang lain.

"Ini akan sangat dihargai, walaupun kami hanya dibenarkan buka dengan hari yang lebih sedikit dalam seminggu seperti Selasa, Khamis dan Sabtu, malah dengan waktu operasi yang lebih pendek," katanya dalam satu kenyataan.

Cheng menegaskan, MRA turut mengulangi pendiriannya bahawa sektor runcit tidak menyumbang sebarang kes indeks atau kelompok dan tidak ada sokongan berasas kepada dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, merujuk kepada angka HIDE pertama (22 Februari - 2 April 2021) yang menunjukkan bahawa hanya 4.78 peratus dari semua kes yang berkaitan pusat beli belah termasuk kawasan membeli-belah.

Katanya, perangkaan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (9 April - 28 Mei 2021) juga menunjukkan bahawa kedai, pusat beli belah dan pasar termasuk kawasan membeli-belah digabungkan hanya menyumbang 0.8 peratus daripada 340 kelompok yang dilaporkan di seluruh negara.

MRA juga meminta kerajaan mengkaji semula Program Subsidi Upah (PSU) dengan meningkatkan had kelayakan kepada RM5,000 berbanding RM4,000 ketika ini, menghapus had jumlah pekerja 500 orang dan melanjutkan bantuan sehingga 31 Disember 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 04:58 PM | Show all posts
Suruh karajaan buka sektor tetapi suruh karajaan beri bantuan..

sapartinya mahu berniaga tetapi mahu karajaan bayarkan gaji pekarja
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai gunting jgn di lupa..rambutku dah panjang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul
Duit simpanan diguna lama lama pung habis juga...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:07 PM | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 05:36 PM
Kedai gunting jgn di lupa..rambutku dah panjang

kalau ikut pkp last year, kedai gunting rambut, salun kecantikan tu smer plg last buka

seharusnya time pkp ni smer kena membusuk kepam duk diam2 kat umah..gitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:09 PM | Show all posts
ni harus set2 persatuan kedai2 kat soping malls , sbb deme2 mmg takleh bukak


kat area ofc meols ni meriah la haii,, sbb most kedai2 sini under essential, fmco tak macam fmco

nak cari parking pun payah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pls la bg IT service tu buka, essential tau tak.. gajet rosak sapo nak repair? takkan tok mail?
dah la kena pdpr, gajet rosak, ppffttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:17 PM | Show all posts
bila dh setahun 1/2 PKP on off
semua org dh terasa
klu kaya langgar SOP boleh bayar saman
tapi klu duit cukup makan
tepu di bucu katil
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:18 PM | Show all posts
Bukak je semualantak la nk mati ke apa ke dgn covid niorg xde duit nk mkntu rentas negara ke negeri semua bukak je labiar je frontliner dkt spital tu keje cam nk mati
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
I x faham la apasal bhgian cm baldi ke senduk pinggan alat tulis dihalang jual pulak
Ntah apa2 je
Itu keperluan jugak lah
Hr tu p ecoshop dorang letak riben halangan tu tapi i ambik jugaklah alat tulis sbb anak i nk guna utk pdpr kot
Pastu baldi ke pasu ke mmg ambik jugak
Ada ke patut x bagi org beli (kerajaan la bukan ecoshop)
Seb baik bayar buat xtau je settle
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss masuk diy smlm nak cari hanger, section tu closed pulak dekat situ dorg pegi tutup. Yg bukaknye section mknn aje. Kosser lah iolss nak beli kt shoppee semata nak hanger
Pttla sunyi sepi je diy tu pelik takde org masuk biase nye ramai lah jugak. Dah jd menyusahkan pulak nak membeli barang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 23-6-2021 09:01 PM
I x faham la apasal bhgian cm baldi ke senduk pinggan alat tulis dihalang jual pulak
Ntah apa2 je
...

Ecoshop tu buat ikut prosedur mkn..takut nanti rakyat keluar utk shopping benda benda tu..tapi kalau ambik..Dan byr..eco Tu benarkan je..tapi itu kalau takde polis lar yg memantau..kalau ada polis, rasanya dia tak bg kot ko beli..haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 23-6-2021 06:07 PM
kalau ikut pkp last year, kedai gunting rambut, salun kecantikan tu smer plg last buka

seharusn ...

Pkp kalo dok dediam dlm rumah mcm org lain xpelah..ni kena pi kerja..nk gi kerja pun malu rambut dah start mengerbang
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:31 AM | Show all posts
mrsjones replied at 23-6-2021 06:13 PM
pls la bg IT service tu buka, essential tau tak.. gajet rosak sapo nak repair? takkan tok mail?
dah ...

dey klu buka kedai it apa guna ada pkp apa guna total locktown
itu buka ini buka baik buka semua

-alice nisha-
surirumah - bekas penyokong pkp 97%

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:34 AM | Show all posts
clarizsa replied at 23-6-2021 09:01 PM
I x faham la apasal bhgian cm baldi ke senduk pinggan alat tulis dihalang jual pulak
Ntah apa2 je
...

baju ai dah koyak compang camping
masuk kedai serbaneka ala2 diy
section baju close... hahahaha
tolong jgn halau saya masuk mall berpakaian spt pengemis

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:36 AM | Show all posts
lurve82 replied at 23-6-2021 06:18 PM
Bukak je semualantak la nk mati ke apa ke dgn covid niorg xde duit nk mkntu rentas negara ke n ...

mcm nak mati

atleast bergaji...

klu xbergaji
konfirm sorg2 angkat kaki ..
siapa nak kerja fri

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:51 AM | Show all posts
white_musk replied at 23-6-2021 04:58 PM
Suruh karajaan buka sektor tetapi suruh karajaan beri bantuan..

sapartinya mahu berniaga tetapi m ...

Hahahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 23-6-2021 09:05 PM
iolss masuk diy smlm nak cari hanger, section tu closed pulak dekat situ dorg pegi tutup. Yg bukakny ...

meols pun haritu carik buku nota kat mr. diy tutup section tu, pegi ninso semua section bukak. Murah lagik kat ninso. Puashati.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 23-6-2021 10:41 PM
Pkp kalo dok dediam dlm rumah mcm org lain xpelah..ni kena pi kerja..nk gi kerja pun malu rambut d ...

Chuolss laki ke gegirl ? Kalau gegirl sila pakai tudung sementara salon tutup
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
i nk beli penyapu..tp kt diy area rumah dia ttp kt bahagian situ..aeon big pun sama..rasa nk carut jer masa nk masuk diy tu..i masuk la..semua laluan ttp..pastu i tnya semua laluan ttp..mknanya xblh beli la kn..dia ckp ye cik..brg yg kt depan jer blh..i tgk mcm brg hardware jer..
patutla aritu kwn i carut..dia nk beli pen xdpt..motip la kena tutup gitu..kalau dh kedai tu jual bnda lain..cth mcm speedmart..tp bahagian stationary tu bkk jer la..in case ada insan yg mmg urgent nk cri stationary..lain la kalau mcm kdai tu mmg jual alat tulis jer..yg tu ok la nk ttp terus pun...sapa punya idea la nk tutup tutup separuh mcmtu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list