Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
3189
View
44
Reply

[Tempatan] Astro catat pendapatan RM1.06 bilion, untung RM141 juta. Naik 91 peratus ooo...!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-6-2021 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Astro catat pendapatan RM1.06 bilion, untung RM141 juta
Firdaus Azil
Jun 22, 2021 18:47 MYT

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd menyaksikan pendapatannya meningkat 91 peratus kepada RM141 juta bagi tahun kewangan 2022 (FY22) yang akan berakhir pada 31 Januari 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, Astro berkata, pendapatannya turut meningkat satu peratus kepada RM1.06 bilion.
backup_ads
Ia antara lain dimangkin oleh peningkatan 21 peratus kepada keuntungan pengiklanan (Adex) kepada RM109 juta, dan keuntungan RM115 juta yang dicatatkan oleh Astro Go Shop.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, di sebalik fasa penutupan atau lockdown yang dikuatkuasakan semula, Astro tetap meneruskan momentum pemulihan yang kukuh dalam suku pertama FY22.
Astro terus menjana pendapatan tunai, mampu mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat," katanya.
Susulan prestasi ini, Astro mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 1.5 sen sesaham.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, syarikat tersebut akan terus mengukuhkan penawaran kandungannya kepada pelanggan di semua platform.

Kami terus melaksanakan strategi yang dirancang syarikat dan pada bulan Jun, kami telah memperkenalkan dua platform perkhidmatan penstriman: Sooka yang menyajikan acara sukan berprestij secara langsung dan program-program tempatan khususnya buat golongan milenia, serta Disney+ Hotstar yang menawarkan kandungan menarik pada nilai yang amat berpatutan," katanya.
Disney+ Hotstar kini mengandungi 800 filem dan 18,000 siri atau episod Disney.
Pelanggan boleh menantikan lebih banyak program terbaik sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjadi pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara, tambah Henry.

Henry menambah, Ultra dan Ulti Box juga kini berada di lebih 300,000 kediaman dan menawarkan pengalaman tontonan hebat buat pelanggan Astro.
Sementara itu, aplikasi Astro GO terus mempertingkatkan perkhidmatannya menerusi pra-akses dan ciri-ciri muat turun, dan kini mempunyai 1.4 juta pengguna aktif setiap bulan dengan kadar purata tontonan selama 213 minit setiap minggu.
Manakala jumlah tontonan video di platform On Demand yang distrim pelanggan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 100 juta.
Perkhidmatan jalur lebar kami juga terus merekodkan pertumbuhan lebih dari 80 peratus dari tahun ke tahun, apabila ramai di antara pelanggan kami yang menggabungkan pakej jalur lebar bersama kandungan yang ditawarkan bagi mendapat lebih nilai dan memudahkan urusan masing-masing, kata Henry lagi.
Mengulas mengenai pemulihan Adex, Astro berkata, ia disokong oleh program-program vernakular yang bersiaran secara langsung dan rancangan Astro Originals yang menarik.

Adex memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 21 peratus dari tahun ke tahun kepada RM109 juta, mengungguli pertumbuhan industri pengiklanan yang berkembang pada kadar 9 peratus.
"Namun begitu, fasa penutupan atau lockdown yang berlarutan ini merencatkan perkembangan pendapatan Adex, kerana kebanyakan pelanggan/ pengiklan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan; dan perniagaan komersial dan pengusaha hotel juga terkesan, dicetuskan oleh kadar trafik yang rendah dan ketiadaan penginap, menurut kumpulan itu lagi.
Mengulas mengenai impak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Astro berkata, keseluruhan pengurusan operasi kekal mencabar terutamanya di sebalik fasa penutupan atau lockdown di seluruh negara, walaupun Malaysia kini dalam usaha mempergiatkan program vaksinasinya.

Jika fasa penutupan terus berpanjangan, kumpulan itu berkata, pendapatan Astro terutamanya di segmen pengiklanan dan perniagaan akan terkesan.
Menurut kenyataan itu lagi, Astro akan terus mengoptimumkan kos perbelanjaan dan mempergiatkan usaha pengurusan modal agar penyata kewangan syarikat kekal kukuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:03 PM | Show all posts
Astro masih duk betulkan satellite?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung, untung jugak, bila nak settle isu teknikal nye, dah lebih 24hrs
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-6-2021 07:07 PM
Untung, untung jugak, bila nak settle isu teknikal nye, dah lebih 24hrs

Astro kat umah i masih tergendala, kat umah uols macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah yg keje astro, bonus masyuklah nanti, boleh lah tukar kereta baru.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi servis hancus
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mane leh untung ye di tgh2 org semue pakat unsubscribe astro ye, iols syak cine india masih setia subscribe astro sbb ade channel vaanavil dgn wah loy toi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Camno tak untung besau. Habis channel kene jual barang. Astro ceria channel kartun pun kene..tepuk dahi je aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:09 PM | Show all posts
kat rumah meols ok sajork hari ni...semalam tak tengok tv pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:46 PM | Show all posts
ASIK COMPLAIN JE333
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Beralih ke internet je lah ..
Aku tgk cenel biasa je
Pastu tgk movie kt netflix mcm2 ado
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Service tetap la jugak mcm gamps
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:12 PM | Show all posts
baca mcm ramai dh katup astrok alih2 untung naik mencanak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 22-6-2021 07:09 PM
Astro kat umah i masih tergendala, kat umah uols macam mana

Samaaa..still sangkut lgk nieeee... letih duk chat dgn cs merekaa..x settle gak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
komplen byk mana pn psl astro ni tetap la org still setia dgn astro ni.
mungkin tgu 100 thn agaknya service astro akan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut diorang bagi discount kat pelanggan bila ada technical issue mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Paksa pelanggan bayar Hotstar Disney, mana nya tak untung
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 22-6-2021 09:31 PM
Paksa pelanggan bayar Hotstar Disney, mana nya tak untung

aik paksa mcmmane tu uols?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-6-2021 10:15 PM | Show all posts
benefit kerja ASTRO ni
staff dpt semua pakej channel percuma
tgk la sampai lebam

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 11:30 PM | Show all posts
namieamuro replied at 22-6-2021 09:44 PM
aik paksa mcmmane tu uols?

sapa amik pack movie kena subscribe paksa..
kena tambah berapa ringgit tah..
esok i nak komplen..
i bukannya tengok disney tu..
tak pernah consent pun untuk add..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list