Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
258
View
2
Reply

Ini 5 Khasiat Dan Kebaikan Taugeh Yang Ramai Tak Tahu

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-6-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Ini 5 Khasiat Dan Kebaikan Taugeh Yang Ramai Tak Tahu



Taugeh sangat popular dalam masakan seperti kuetiau goreng dan seumpanya kerana tanpa adanya taugeh, rasanya seperti kurang sempurna. Walau bagaimanapun, ramai juga yang tidak suka dan sangat benci dengan kehadiran taugeh ini dalam masakan.

Tapi sebelum anda terus membenci kehadirannya dalam masakan anda, mari kami kongsikan 5 khasiat dan kebaikan taugeh yang ramai tak tahu.

1. Mencegah kanser

Taugeh dapat mencegah kanser daripada berlaku. Ini kerana, ia mengandungi zat yang mampu melumpuhkan permulaan awal kanser tersebut.

Taugeh juga dapat mencegah penyakit usus dan pankreas. Bagi wanita yang sering makan taugeh, ia juga mampu mengurangkan risiko kanser payu dara.

2. Merawat kesuburan



Setiap sayur-sayuran mempunyai fungsi dan kebaikannya yang tersendiri. Tapi, tahukah anda bahawa taugeh dapat membantu kesuburan lelaki dan wanita?

Untuk lelaki, pengambilan taugeh yang kerap dapat menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti. Bagi wanita pula, ia dapat membantu kesuburan telur atau ovum wanita.

3. Mengurangkan lemak

Taugeh juga dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan kita. Bagi anda yang berisiko untuk mendapat penyakit strok dan serangan jantung disebabkan kadar lemak yang tinggi, tambahkan taugeh dalam menu masakan anda dan ia dapat mengurangkan lemak-lemak yang tidak baik yang terdapat dalam badan.

4. Awet muda



Antara salah satu faktor untuk mendapatkan awet muda adalah dengan mengamalkan makan taugeh kerana ia kaya dengan antioksida.

Jadi, sesiapa yang ingin kelihatan awet muda, anda boleh cuba untuk amalkan pengambilan taugeh dalam menu masakan anda.

5. Membuang kotoran

Taugeh juga sebenarnya boleh membantu dalam membuang kotoran di dalam usus besar kita kerana ia mengandungi banyak serat dan air.

Walau bagaimanapun, pastikan taugeh yang dimakan itu segar, tidak berubah warna, dan tidak berbau. Hal ini kerana bakteria dapat membiak jika dibiarkan taugeh terlalu lama.

Jadi, adakah anda penggemar taugeh ataupun sebaliknya? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber:
Iluminasi

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-6-2021 10:21 AM | Show all posts
paling x gemar kalau taugeh dalam kuey tiaw goreng.. sanggup asing satu2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 10:38 AM | Show all posts
sedapnya sayur taugeh chicken rice shop....
taugeh masak lemak letak tauhu pun sodap...
i ollz sgt jarang masak taugeh at home...takde yg suke...
tp if oder luar mmg request taugeh lebih dlm char kueh tiaw hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list