Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
8759
View
44
Reply

Aleesya jelmaan semula Erra ‘Wati’ Sembilu, pekat muka ayahnya la...

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-6-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 7-6-2021 05:29 PM


GAMBAR Erra bersama anaknya, Engku Aleesya yang menarik perhatian ramai kerana menyifatkan wajah anaknya tidak ubah seperti dirinya dalam filem Sembilu.


Aleesya jelmaan semula Erra ‘Wati’ Sembilu

PETALING JAYA – Perkongsian foto oleh selebriti terkenal Erra Fazira bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 12, menarik perhatian peminat apabila mendakwa wajah kanak-kanak itu persis seperti ibunya ketika berlakon dalam filem Sembilu, kira-kira 30 tahun lalu.

Dalam hantaran tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, memuat naik fotonya bersama Aleesya ketika bersantai di rumah.

Wajah Aleesya yang polos tanpa mengenakan secalit solekan itu ternyata menarik perhatian peminat ibunya termasuk oleh pereka duo popular, Rizman Ruzaini.

“Tu Erra Fazira (merujuk pada Aleesya) waktu filem Sembilu dulu ke?” soal Rizman Ruzaini.

  


Usikan pereka fesyen itu ternyata mendapat persetujuan daripada netizen yang turut beranggapan bahawa wajah Aleesya persisi seperti ibunya ketika zaman muda.

“Rambut dia sama macam watak Wati (watak Erra) dalam filem Sembilu,” kata seorang pengguna Instagram.

Selain filem Sembilu, ada juga netizen menyamakan wajah Aleesya seperti ibunya ketika berlakon dalam filem Maria Mariana.

“Baru-baru ini tengok Maria Mariana. Sama betul muka Maria (watak Erra) dengan Engku Aleesya. Cuma kening dia ikut ayahnya,” kata salah seorang pengguna.

Menerusi hantaran tersebut, Erra sempat menyampaikan pesanan kepada orang ramai supaya mematuhi arahan ‘lockdown’ oleh kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Harap semua orang amalkan ‘lockdown’ sehabis baik. Moga kali ini kita beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas ‘lockdown’, wajib terus amalkan kendiri. Kalau tidak pusing-pusing benda yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, selebriti yang digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu turut menzahirkan pujian kepada pihak kerajaan kerana menyediakan vaksin untuk rakyat Malaysia.

“Kepada kerajaan, moga lebih aktif dan efisien dalam menyelenggara vaksin untuk rakyat. Terima kasih kerana memikirkan cara untuk membantu rakyat pada saat kritikal ini.

“Kepada segelintir rakyat, hentikan menuding jari. Kita jaga kita. Menuding dan menyalahkan tidak membantu untuk kita menjadi manusia positif yang menyumbang ke arah kebaikan,” jelasnya. K! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-6-2021 04:55 PM | Show all posts



jom KAROK


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
entah apa2 gosip pun.,, mcm %#^*+%*+
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:12 PM | Show all posts
Bersungguh Raline ni bukak byk2 thread.
Tp nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ada keluar tv ceter sembelit ni..hihahihahiha kelakau betul tgk masing2 berlakon..keras, kejung, kayu..memek muka sedih, gembira, marah semua kelaut dalam..elok lg lakonan sharifah rose..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2021 05:27 PM | Show all posts
slyfynx replied at 5-6-2021 05:12 PM
Bersungguh Raline ni bukak byk2 thread.
Tp nan hado

robot
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus nya ee masa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 5-6-2021 05:15 PM
Baru2 ada keluar tv ceter sembelit ni..hihahihahiha kelakau betul tgk masing2 berlakon..keras, kejun ...

Betul2 dgn dialog skemaa ...tp bommm
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 5-6-2021 09:31 AM
Betul2 dgn dialog skemaa ...tp bommm


Kelakar giler kan awak..itu lom lagi yg pakai seluar sampai paras atas pusat..hihahihahiha
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibir sama mak dan anak



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 5-6-2021 06:16 PM
Bibir sama mak dan anak

betul.. iols pun nk ckp mulut tu sama bebenor dgn erra termasuk rambut tp yg lain copy muka pak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 07:57 PM | Show all posts
selekehnya memerang... ni ig keberapa pulak dia buat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak dia masih ilang kahh.. tengah choppy semula kahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 08:00 PM | Show all posts

toceh.iols mmg suka lagu ukiran jiwa ni
tengok awie-erra ni tetiba rasa tua
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang muka Erra la. Kalau muka bapak dia campur orang lain tak jadi cantik camni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkenan juga tgk Alesya nie..makin besau makin cantik
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 5-6-2021 04:55 PM
jom KAROK

Hidung erra kembang ms ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembilu 30 tahun dulu.. ? Movie ni kuar tahun 91 eh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Erra masa sembilu umur 17 thn la ye. Tk nmpk umur 17 pun masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan copy peel dua2 orgtuanya dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list