Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
400
View
9
Reply

[Sarawak] Masing luah hiba kehilangan adik akibat COVID-19

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-6-2021 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Masing (kiri) berkongsi gambar kenangan bersama adiknya Jantai, di Rantau Penora menerusi Facebooknya.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkongsi kedukaan susulan kematian adik lelakinya Jantai, 63, akibat COVID-19.

Dalam hantaran di Facebooknya, Masing berkata kesakitan kehilangan adiknya akibat COVID-19 sangat tidak tertanggung.

Lebih menyakitkan apabila ahli keluarga hanya dapat melihat pengkebumian mendiang adiknya dari jauh.

"Hari ini (Rabu) saya terpaksa mengebumikan adik lelaki bongsu saya. la sangat sukar hanya dapat melihat dari jauh ketika mereka menurunkan keranda ke dalam tanah kerana kami tidak dibenarkan mendekati tapak perkuburan," katanya.

Jantai meninggal dunia pada Isnin, beberapa hari selepas isterinya juga tertewas akibat virus itu pada Jumaat lepas (28 Mei).

Masing dalam pada itu merayu kepada orang ramai untuk mengambil serius pandemik ini dan menegaskan satu-satunya cara untuk mengatasi pandemik ini adalah menerusi vaksinasi.

"COVID-19 harus diambil serius. Kesakitan kehilangan seseorang yang tidak dapat dipegang atau dilihat buat kali terakhir amat sukar.

"Setiap orang harus sedar betapa bahayanya pandemik ini. Lagi awal mendapatkan vaksin adalah lebih baik. Bersemadilah dengan tenang adikku," tulis Masing yang turut berkongsi gambar terakhir diambil bersama Jantai.

Jantai meninqgalkan empat anak, tiga perempuan seorang lelaki, Nicholas Kudi yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri.


Agnes Tugong


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 3-6-2021 05:19 PM | Show all posts
ni hanya antara luahan rasa hati yang kehilangan insan tersayang sebab Covid ni...
ramai lagi yang menangis dalam senyap...

oleh tu ... selagi boleh ... tolong putus kan rantaian wabak ni...

Patuhi SOP ... guna mask dan cuci tangan / memana bahagian badan yang terdedah selalu

Keluar hanya bila betul2 perlu


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 05:51 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-6-2021 05:19 PM
ni hanya antara luahan rasa hati yang kehilangan insan tersayang sebab Covid ni...
ramai lagi yang  ...

bg akak sangat sukar sbb menteri dh ckp dia org tutup pintu depan tengok ig ismail sabri.bukan nak berpolitik , apps my sejahtera pun tetiba ramai hilang interview date harap yang berkenaan jawab lah isu ni bantu ramai rakyat cucuk vaksin
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2021 05:53 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-6-2021 05:51 PM
bg akak sangat sukar sbb menteri dh ckp dia org tutup pintu depan tengok ig ismail sabri.buka ...
memang la kalo nak kira adil tak adil...

bagi FC kita jaga kita pun dah kira usaha juga ...

tak kan la orang buat salah ... kita pun nak buat juga


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2021 11:27 PM | Show all posts
KUCHING: Hanya  lambat vaksinasi seminggu, adik Timbalan Ketua Menteri  Tan Sri  Datuk Amar Dr James Jemut Masing menemui ajal.

Menurut Masing, anak saudaranya (Kudi Jantai) selamat kerana telah diberi vaksin ketika menjaga ibu bapanya.
"Anak lelaki Jantai, Kudi diselamatkan dari Covid-19, ketika menjaga ibu bapanya  kerana dia diberi vaksin. Jantai terlepas vaksinasi hanya seminggu!," katanya dalam catatan facebook hari ini.

Beliau berkata, suntikan vaksin adalah satu-satunya alat untuk memerangi Covid-19.

"Mereka telah mencipta (vaksin) untuk kita. Yang harus kita lakukan adalah memperolehnya dengan cepat, dan menggunakannya dengan berkesan, cerdas, dan tanpa bias mengikut jadual," katanya.

Masing menegaskan, Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), CMCO dan lain-lain hanyalah retorik & gimik politik murni!. "Ia membuang masa & masa kita sepenuhnya!," katanya.

Semalam Masing menghadiri upacara pengebumian adiknya, Jantai, 63, yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Berkongsi kesedihannya di Facebook semalam, Masing berkata, dia meratapi kehilangan adiknya, lebih-lebih lagi ketika ahli keluarga hanya dapat melihat pengebumian dari jauh.

"Sangat sukar untuk hanya dapat melihat dari jauh ketika mereka menurunkan keranda yang terbungkus ke tanah kerana kami tidak dibenarkan mendekati kubur, katanya dalam facebook semalam.

Jantai, yang merupakan saudara lelaki kedua Masing, meninggal dunia pada hari Isnin, beberapa hari setelah isterinya juga diserang virus itu pada Jumaat lalu (28 Mei).

Masing juga meminta masyarakat untuk memandang serius wabak itu dan dia menekankan satu-satunya cara untuk mengatasi wabak ini adalah melalui vaksinasi.

"Covid-19 harus dipandang serius. Rasa sedih kehilangan seseorang yang tidak dapat anda pegang atau lihat buat kali terakhir. Semua orang mesti menyedari betapa bahayanya wabak ini. Semakin cepat kita diberi vaksin, semakin baik.

"Beristirehatlah dengan tenang, saudaraku," tulisnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 08:05 AM | Show all posts
ntahlah deng ya pun masih ada gik org xpercayak dgn covid
Dah knk sendirik dan keluarga sendirik baruk nak cayak kali
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kmk terkilan olahan org rumah panjang. Nyaman nyawa sik kisah mok jaga sop. Atleast daknya mun diangkut ke spetal agk berangkut 1 family. Sik kira org yg keja jauh minta permit mok bsama keluarga. Mcm kmk agk ok sbb pake alasan pjj. Mun dak single ya tedah da jak nangga beraie jauh dari family masa perayaan. Ada yg dari awal tahun belum balit umah. Ada yg teruk gik dari tahun lepas dah sik balit.

Geram kmk nangga bangsa dirik degil kepala batu sikmok diangkut ke spetal utk kuarantin n rawatan segal sikmok ninggal haiwan belaan di rumah sikda org jaga
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-6-2021 03:57 PM | Show all posts
belilies replied at 7-6-2021 01:52 PM
Yang kmk terkilan olahan org rumah panjang. Nyaman nyawa sik kisah mok jaga sop. Atleast daknya mun  ...
adik laki mek salah sorang nak beraei bebena maok balik rumah ... tedah nya raya kedirik 2 tahun berturut2 dah ... mak mek madah xpa ... kelak dah ok ... baru balit ...
walaupun adik mek beria maok balit ... nya madah nya sanggup bayar swab test ke ctuk... pasya makei permit kerja ...marah mak mek ... mak mek madah jangan ketegal kita penting dirik ... urang lain terlibat juak kelak...

ketegal sik maok kuarantin lah ya kali d lock down sekali semua serumah panjang ya


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-6-2021 03:57 PM | Show all posts
belilies replied at 7-6-2021 01:52 PM
Yang kmk terkilan olahan org rumah panjang. Nyaman nyawa sik kisah mok jaga sop. Atleast daknya mun  ...
deng ...
ada masa bukak juak thread ctok

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-6-2021 03:57 PM
deng ...
ada masa bukak juak thread ctok

Ok deng.. maybe kmk mok buka pasal pengalaman vaksin tok klak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list