Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
6374
View
95
Reply

[Tempatan] Lebih 700 individu positif, kontak rapat Covid-19 disahkan kunjungi bazar, pusat beli belah sekitar KL . UPDATE Senarai lokasi #77

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-5-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 8-5-2021 01:58 PM

Ratusan individu positif, kontak rapat Covid-19 kunjungi bazar, pusat beli belah KL
May 6, 2021 7:19 PM

Kementerian Wilayah Persekutuan mengenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat Covid-19, yang berkemungkinan akan diarah tutup.

Menterinya, Annuar Musa berkata senarai berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) majukan kepada saya senarai tersebut.

Saya tak menafikan, ada beberapa pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang dikunjungi 700 orang yang mempunyai kontak rapat positif. Jadi itu berbahaya, tempat begitu perlu disanitasi dan perlu diperketatkan SOP (prosedur operasi standard), katanya pada sidang media khas berkaitan SOP pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, semua keputusan yang dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dirujuk terlebih dahulu dengan kementerian kesihatan.

Annuar turut menyeru kerjasama warga kota untuk mematuhi SOP memandangkan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP di Kuala Lumpur yang bermula esok hingga 20 Mei ini bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan itu.

Saya harap tidak timbul kekeliruan dalam kalangan peniaga. Operasi perniagaan termasuk Bazar Ramadan dibenarkan, Bazar Aidilfitri boleh diteruskan berdasarkan waktu ditetapkan MKN.

Sekiranya ada maklumat daripada HIDE ataupun ketidakpatuhan, PBT boleh mengeluarkan arahan untuk menutup operasi perniagaan, tegasnya.

Annuar berkata penguatkuasaan dan kawalan pematuhan SOP oleh orang ramai juga akan dibantu anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun menjelang musim perayaan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-5-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mksdnya, org tidak bergejala tnp mengetahui dia pembawa virus telah bebas bergerak ke segala ceruk kl dan menyebabkan cetusnya peningkatan kes di kl? Hahahahahhahq...pergh..mcm cobid ni br terjadi semalam ek
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahana pkp tp mall semua buka mcm biasa
Berlaga bontot bak kata netizen
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya berlaga bahu tak kena covid-19.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazaar Ramadan takde kawalan langsung. Yang uruskan bazaar Ramadan bukan kerajaan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Matila nak..haritu aku g jakel shah alam pon bersesak2 nk beli samping punya pasal, gigih jgk kesana.. aku pilih yg sesuai dgn baju ank dan suami cpt2 aku bayo dan turun ..ngeri..mandrem apa la jakel tu baju kualiti murah rege ratus2 pon org gigih membeli..masa tu baju melayu retis msh 200++ nk raya leh turun rm120-90.aku g benang emas lg la songket ribu riban x de bwh 1000k pon..kat jakel ade gak selai rm450
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:12 PM | Show all posts
That's why kene full lockdown untuk dua minggu.
Buat mcm PKP mule2 dulu.
Ni semua nk longgar,
Laki yang bini jauh boleh balik, tanpa saringan. Even dari redzone.
Yang bujang menganga.
Student pun leh balik, sbb covid ni x serang student.
Aku x paham la weh...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 7-5-2021 12:25 PM

Dh alang2 nk cuti raya dan bdk2 dh kira cuti sekolah walopn pdpr..baik lah lockdown betul2..org yg meniagga x de la rasa sgt..jgn lepas raya gomen baru sibuk nk lockdown!!!buang masa je melambat2kn..org dj kering poket baru nk lockdown!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan tak tutup kedai dobi layan diri. Mall mana yg byk kes positif? Mmg sbb sekadar berlaga kat mall voley dpt kobid? Bkn sbb dok satu rumah, satu tmpt keje berhimpit2?
Kalau 700 drp sana, yg ribu riban drp kilang apecer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:41 PM | Show all posts
kalau macam ni la gayanya sampai hujung tahun nampak nya berlock down.
ni da bulan 5. vaccine pun KJ said maybe not enough.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 7-5-2021 12:11 PM
Matila nak..haritu aku g jakel shah alam pon bersesak2 nk beli samping punya pasal, gigih jgk kesana ...

Semua org fikir mcm you....welcome to the statistics sbb you salah sorang yg masuk situ
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantakla nuat.ko bg buka bazar tmpt berlaga bontot.spa yg dtg sorang dua ko suruh tutup
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita macam ni yg aku nak dengar. Batak sangat nak melantak dan soping raya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-5-2021 12:43 PM
Semua org fikir mcm you....welcome to the statistics sbb you salah sorang yg masuk situ

Hi hi sbb aku cari samping 1 shah alam x de color yg aku nak..terpaksa jgk pegi hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
semalam lepas habis kerja, i bergegas pergi mid valley nak hantar barang kat adik i.. ingatkan nak berbuka yang sedap2 da alang2 ke mall.. sekali punya la ramai manusia sampai hampir semua restoran fully booked.. last2 makan kat food court je
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ak pnh dpt dlm mysejahtera bulan lepas jd kontak kasual, means ada la kedai ak pi tu org positif covid shopping. tp Alhamdulillah, xde ape2. seriau gak dpt noti tu, tp klu dpt noti tu boleh je keje mcm biasa, tp tgk la keadaan diri. ada batuk2 ke, x sihat ke.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Kontak rapat 7000 pon aku xheran. Sapa mati, mati la. Geram sgt dah. Dah tau mcm tu, bazar ko katip, mall ko bukak???? Babi
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:31 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 7-5-2021 12:08 PM
Bazaar Ramadan takde kawalan langsung. Yang uruskan bazaar Ramadan bukan kerajaan jugak ke?

bazar ramadhan ni tgk tempat atau penguatkuasa kot
tempat meols ok je.. jaga sop, scan mysejahtera, laluan keluar masuk lain, jd takde la berlaga bontot bahu bagai
paling penting orang ramai.. kita jaga diri kita.. orang rapat, ko pegi jejauh.. orang tu tak reti bahasa? ko pelangkong je kaki dia guna payung
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 7-5-2021 12:11 PM
Matila nak..haritu aku g jakel shah alam pon bersesak2 nk beli samping punya pasal, gigih jgk kesana ...

masih ko support perniaggaan mat paki yg menganjingkan melayu tu.. hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dh bole agak la lagi2 dgn gambar yg menunjukkan rmi org sanggup beratur pjg kt jln tar. so ape nak diherankan kalau tetibe 1k positif pun. ade nmpk penjarakan antara dorg? jd menteri pun tak bole pikir sume ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list