Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
9133
View
61
Reply

"Tak Payah Menggelupur Nak Beli Karpet Sampai Ke Nilai 3!" - Diva AA

[Copy link]

Author: maxim       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-5-2021 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 6-5-2021 12:45 PM

"Tak Payah Menggelupur Punya Nak Beli Karpet Sampai Ke Nilai 3!” – Warganet Sokong Azwan Ali!



Pengacara sensasi Azwan Ali menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya semalam (Isnin) telah membidas tindakan individu yang dianggap sebagai sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Hantaran video tersebut turut disertakan tanda pagar #sengajadiuploaded ‘Bila kes antara dua darjat makin menjadi-jadi #muhasabah’ pada ruangan kapsyen.
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut memberikan pandangannya pada isu tersebut.
“Sajalah Diva AA nak carut, you all tak payah nak menggelupur punyalah nak beli karpet sampai ke Nilai 3…
“Lepas tu tak payah menggelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama, kononnya untuk keberkatan sambut bayilah apa lah.
“Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk tapi semua pergi tempat yang selamat,” tempelaknya.


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat pengacara popular itu.

“Asslamualaikum Diva,kami rakyat marhaen betul-betul rasa terhina dan tak adil, SOP ni memang untuk orang-orang miskin macam kami, orang kayangan bebas buat apa sahaja! Mereka sangat kejam…”

“Salam Diva…Terima kasih kerana mewakili suara kami...”

“Assalamualaikum Divaa. Terima kasih bersuara... terbaik..”

“Sebenarnya apa Diva AA ni cakap memang betul pun. Orang kayangan takyah nak menggelupur buat apa-apa yang langgar SOP lepas tu upload dengan bangga lepas tu keluarlah perutusan media bagai.

"Dua-dua artis tu dulu saya minat, tapi sekarang dah lost respect. Tolonglah isu-isu SOP, rentas negeri ni sangat sensitif sekarang. Bangga sangat ehhh bila langgar peraturan?”

Antara komen yang ditinggalkan wargamaya pada ruangan komen.

Terdahulu dua selebriti popular Malaysia dikecam wargamaya dan mendakwa kedua-duanya sengaja melanggar SOP (dalam sebuah majlis) dan sanggup ingkar arahan kerajaan dengan merentas negeri (hanya kerana mahu membeli karpet).

image.png

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 6-5-2021 04:48 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 6-5-2021 02:50 PM
Dazrin tuh owner kedai ker duta jer lebih? Btw ada ek depan klccc...i xtauuu


DAZRIN KAMARUDDIN TERAJUI INOVASI AL AQSA CARPET








Al-Aqsa Carpets kini maju setapak lagi dengan pembukaan cawangan terbaru mereka iaitu Al-Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) yang bertempat di Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam. Pusat Penghabisan Stok ini lebih tertumpu kepada produk-produk seperti permaidani, mink, rugs, alas kaki serta pelbgai aksesori tambahan untuk ruangan dan pejabat.



Majlis perasmian AQSA PPS telah disempurnakan dengan acara memotong riben oleh YAM Tengku Temenggong Perlis Dato' Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din.



Disebalik kejayaan yang di kecapi Al-Aqsa Carpet sehingga kini merupakan usaha keras yang dicurahkan oleh selebriti serba boleh, Dazrin Kamarudin yang merupakan Pengarah Urusan Inovasi di Al-Aqsa Carpets. Tidak kekok menyumbang idea baru dan bernas, Dazrin berusaha mempromosikan secara lansung dan tidak lansung maklumat mengenai perniagaan, produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh Al-Aqsa Carpet kepada pelanggan.



Bercerita lanjut kepada pihak media sejurus pelancaran Aqsa PPS, menurut Dazrin beliau bermula hanya sebagai duta. Selama dua tahun beliau banyak berkongsi input positif serta idea inovatif bersama pengurusan Al-Aqsa Carpet tentang bagaimana untuk mengembangkan lagi pasaran khususnya dalam bidang promosi melalui teknik pemasaran terkini.Disebabkan kepetahan serta ilmu yang luas yang dimiliki oleh Dazrin Kamarudin, pihak pengurusan Al-Aqsa akhirnya melantik beliau untuk menerajui bahagian inovasi di Al-Aqsa Carpets.








Dazrin Kamaruddin selaku Pengarah Urusan Inovasi di Al Aqsa Carpets



Sehingga kini pelbagai bentuk inovasi telah diperkenalkan oleh Dazrin dalam usaha mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Al-Aqsa Carpets. Selangkah kehadapan Dazrin kini sedang membangunkan saluran Youtube , Al-Aqsa Carpet DIY TV. Di saluran ini, Dazrin berkongsi khusus dengan mereka yang meminati hiasan dalaman yang mahukan maklumat lanjut mengenai produk, cara pemasangan alatan serta karpet serta idea terkini dalam hiasan dalaman. Menerusi video-video tersebut penonton akan dapat berinteraksi terus dengannya secara interaktif.



Al-Aqsa Carpets merupakan sebuah entiti perniagaan 100% pemilikan Muslim yang beroperasi lebih dari 50 tahun yang menjurus kepada aktiviti pengeluaran, pembekalan dan penjualan pelbagai barangan muslim dan halal terutama  segmen permaidani masjid yang terbesar di Malaysia.



Berkonsepkan "Tayyibun" yang bermaksud amanah dan halal, Al-Aqsa Carpets mendukung teras perniagaan amanah serta produk yang dijamin halal serta berkualiti tinggi. Dengan tagline "Barang Berkualiti Tinggi Dengan Harga Kilang", pelanggan yang berurusan disini tidak perlu ragu-ragu berbelanja di sini kerana Al-Aqsa Carpets mengutama dan mementingkan produk yang berkualiti tinggi dan meletakkan harga terendah serta mampu milik agar pelanggan dapat merasai pelbagai jenis produk dan perkihdmatan yang ditawarkan pada harga kilang.



Menjelas lanjut kepada media, Dazrin  memberitahu Al-Aqsa Carpets menjalankan perniagaan secara "Ma Naa' An Bayul Majhul" , iaitu bersifat telus, tiada sebarang penipuan, tiada caj berlebihan atau 'harga bawah meja' untuk setiap pelanggan yang datang. Pelanggan digalakkan untuk hadir sendiri ke cawangan Al-Aqsa Carpets untuk merasai sendiri sesuatu produk tersebut dengan menyentuh dan memijak sesebuah permaidani itu sebelum membelinya. Dengan kata lain ini akan membuat pelanggan  berpuas hati dan yakin sebelum membuat pembelian.











Selain itu di Al-Aqsa Carpets, mereka memperaktikkan "Hubbul Muslimin Hubbul Islam", iaitu rasa cinta dan prihatin kepada setiap pelanggan, termasuk yang bukan Islam. Setiap pelanggan yang hadir ke cawagan mereka akan dilayan sama rata dari segi perkhidmatan, harga dan kualiti produk yang dijual.



Pembukaan Al-Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) ini adalah selaras dengan misi dan visi Al Aqsa Carpets untuk memberikan pelbagai pilihan produk  berkualiti tinggi dengan harga kilang kepda semua pelanggan. Dengan keluasan ruang pameran berhawa dingin serta susun atur yang kemas dan mesra pelanggan, Al-Aqsa Carpets  berharap akan menjadi pusat sehenti  permaidaini pilihan rakyat Malaysia.






Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dazrin pelakon (ke bekas?) tu ke? jadi tokey karpet skrg eh..berapa la agaknya bayar ke diva AA tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Padu dan padat komen Diba AA

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mask pun x pakai....sama jeh .....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dazrin tuh owner kedai ker duta jer lebih? Btw ada ek depan klccc...i xtauuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 03:01 PM | Show all posts
Diva dapat karpet percuma tak tuh...
opppssss... mulut puaka kann...

opkoss la Diva AA beli, duit berkepok2 pun tak abis2 hokeyy..
puiihhh siapa kata Diva AA dapat karpet percuma..
dislike.. dislike.. dislike...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:34 PM | Show all posts
HIDUP DIVA AA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berguna juga diva time gini.. Netizen patut upah dia tuk maki retis dan abang dia eh silap politicians..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Amenda la diva aa ni pkai klu nk jd pondan pkai la semegah skit
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hohihihihi.. Diva de vass lah AA ni. Setepek dia bg

Diva AA! Diva AA! Diva AA!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
yesss.. i sokong kata2 Diva AA yang duit berkepuk2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ensem plak dazrin dalam video tu. Aummm
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish, Al Aqsa kapet ni Dazrin punya rupanya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 6-5-2021 05:04 PM
Ensem plak dazrin dalam video tu. Aummm

Betul. Tak kenal tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya azwan ali.. kot nak mengecam pun pakai la mask.. ni sama bodoh dgn lopa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-5-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-5-2021 05:56 PM
Uish, Al Aqsa kapet ni Dazrin punya rupanya?

menurut Dazrin beliau bermula hanya sebagai duta. Selama dua tahun beliau banyak berkongsi input positif serta idea inovatif bersama pengurusan Al-Aqsa Carpet tentang bagaimana untuk mengembangkan lagi pasaran khususnya dalam bidang promosi melalui teknik pemasaran terkini.Disebabkan kepetahan serta ilmu yang luas yang dimiliki oleh Dazrin Kamarudin, pihak pengurusan Al-Aqsa akhirnya melantik beliau untuk menerajui bahagian inovasi di Al-Aqsa Carpets.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 6-5-2021 06:00 PM
menurut Dazrin beliau bermula hanya sebagai duta. Selama dua tahun beliau banyak berkongsi input p ...

Terima kasih feed saye yang malas membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana Diva AA dapat duit berkepuk2 ek? Ada job kat station TV ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu nampak kedai ni kat shopee lazada, patutla banyak artis tlg promot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list