Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
367
View
1
Reply

[Dunia] 4 Mei. Kes positif di India melepasi 20.28 juta

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Kes Covid-19 di India lepasi 20 juta
Bernama
Diterbitkan 4 May 2021, 3:21 pm

GLOBAL | Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA) melaporkan.

Sementara itu, seramai 3,449 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408.

Sejak Sabtu terdapat sedikit penurunan selepas mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes. Negara ini mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin.

India yang bergelut dengan peningkatan kes menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh menyaksikan hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan. Banyak negara tampil membantu dengan menghantar bekalan perubatan.

Kebanyakan pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat hospital tidak lagi berupaya menyediakan bantuan peralatan oksigen.

India minggu lalu memulakan kempen vaksinasi kepada penduduk berumur 18 tahun ke atas namun, usaha ini berdepan kesukaran kerana terdapat beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menurut data, setakat ini sebanyak 158 juta dos vaksin sudah diberikan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-5-2021 04:00 PM | Show all posts
percentage yg mati by yg infected still sikit compare dgan US yg health care nya jauh lg elok dr India...kira terror jugak la India so far kalo betul data yg diberi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list