Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2861
View
59
Reply

[Tempatan] Apa guna ilmu agama setinggi langit jika takut berterus terang’, Hamid jawab Dewan Ulama PAS

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Apa guna ilmu agama setinggi langit jika takut berterus terang’, Hamid jawab Dewan Ulama PAS

PETALING JAYA: Ilmu agama “tinggi melangit” ahli Dewan Ulama PAS adalah sia-sia jika tidak digunakan untuk telus dan membantu membanteras salah laku, termasuk campurtangan politik dalam urusan polis, kata Abdul Hamid Bador.

Hamid membuat teguran terbuka itu, apabila diminta mengulas kecaman Dewan Ulama PAS, susulan pendedahan beliau mengenai campurtangan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam urusan polis.

Hamid, yang bersara sebagai KPN semalam, menyifatkan teguran itu dibuat oleh “ulama politik”.

“Wahai para ulama politik sekalian, sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan menteri dalam pengurusan polis.



Powered by Streamlyn

“Bagi saya, apa gunanya ilmu agama tinggi melangit yang ada pada diri masing-masing tetapi takut untuk berterus-terang selain tidak berusaha untuk mengatasinya,” Hamid dipetik berkata oleh MalaysiaGazette.

Kelmarin, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Mohd Nor Hamzah, mempersoalkan kenapa Hamid tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan yang dibuatnya itu semasa masih menjadi KPN.

Beliau menuduh Hamid membuat tuduhan terhadap Hamzah tanpa mengikut saluran rasmi untuk “mengundang sangkaan berunsur fitnah dan dakyah terhadap politik semasa”.

Bagaimanapun, Hamid menegaskan beliau telah membawa isu-isu bersabit campurtangan Hamzah itu kepada pihak berkenaan terlebih dahulu.

“Sudah saya jelaskan bagaimana aduan telah saya buat kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara tentang hal ini (campurtangan Hamzah). Adakah para ulama politik ini tidak faham tentang penjelasan itu?”

Jumaat lalu, pada sidang medianya akhirnya sebagai pegawai tertinggi polis, Hamid mendakwa Hamzah “sejak awal lagi di mesyuarat pertama Suruhanjaya Pasukan Polis” mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis.

Beliau juga mendakwa Hamzah di sebalik pengeluaran “surat keramat” untuk menangguhkan pertukaran pegawai yang dikaitkan dengan isu-isu tertentu.

Susulan itu, Hamid juga mendakwa Hamzah “memaksa” Cawangan Khas Bukit Aman menjalankan beberapa operasi dengan tujuan politik untuk manfaat menteri itu.

Selain itu, Hamzah juga “mengatur langkah” untuk menjadikan “budaknya” pengarah Cawangan Khas, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-5-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu mereka itu keluar dalil psl ni...jgn risau xlama...tgh muzakarah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:00 PM | Show all posts
adoiii......Pas ni pun.....sibuk nk komen jgk..........tp x faham isu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_chili replied at 4-5-2021 03:55 PM
Tunggu mereka itu keluar dalil psl ni...jgn risau xlama...tgh muzakarah tu...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu apa yg pas tinggi sgt tu?

Ilmu menunggang ugama ka??
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:16 PM | Show all posts
Tu dia!!

This cuts really deep


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:17 PM | Show all posts
setepek je dia sound, ulama politik?
ni memang term yang sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sewaktu dlm jawatan n tak perlu tunggu sampai nk pencen cakap serupa ni tak boleh ke? Kenapa pembongkaran itu dan ini hanya dibuat last day sblm pencen? Sayang gaji? Syg kedudukan? Ancaman?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 4-5-2021 04:24 PM
Kalo sewaktu dlm jawatan n tak perlu tunggu sampai nk pencen cakap serupa ni tak boleh ke? Kenapa pe ...

Deme semua sama je..pas pun tak kan sanggup hilang jawatan kalu pn hancur. Masing masing jaga perut sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 4-5-2021 04:10 PM
Ilmu apa yg pas tinggi sgt tu?

Ilmu menunggang ugama ka??

Yg penting ada istilah agama.....


Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ResellerMaxis at 4-5-2021 05:05 PM
aHoi83 replied at 4-5-2021 04:24 PM
Kalo sewaktu dlm jawatan n tak perlu tunggu sampai nk pencen cakap serupa ni tak boleh ke? Kenapa pe ...


Kalau dia sayang jawatan xde lah sampai dia resign 2015 lalu.

Kan dia dah bagitahu tu dia sampai jumpa pm, ksn untuk defend pdrm dan lawan menteri jahat tersebut tapi tidak di endahkan.

Perkhidmatan dia cuma 2 tahun. Dan cuma di tahun terakhir pemerintahan bertukar tangan dan menteri jahat tersebut dari kerajaan baru.

So sepanjang setahun ni dia bukan sahaja kena selesaikan banyak isu dan kes macam anggota pdrm jadi talibarut penjenayah, menteri jahat bela anggota yang jadi tali barut penjenayah dan macam macam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:06 PM | Show all posts
Nanti diaorg korek la hadis ke apa..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 4-5-2021 05:06 PM
Nanti diaorg korek la hadis ke apa..

Firman Allah SWT :
(                )
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. - [Surah An-Nahl 90]
Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali sekala kena kta kt pas ni. depa igt dok pakai kopiah org x berani nak kta?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rider......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la statement Hamid Bador yg paling brilliant 'Ulama Politik' ... so bole lah dilupakan statement 'Jlow tukar jd beruang'...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 4-5-2021 04:24 PM
Kalo sewaktu dlm jawatan n tak perlu tunggu sampai nk pencen cakap serupa ni tak boleh ke? Kenapa pe ...

Bukan ke dia ni pernah kena tendang ke JPM dari SB sebab kantang bersuara tentang 1MDB semasa BN masih berkuasa? Bagi saya, kira berani la tu bersuara semasa masih memegang jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 4-5-2021 08:21 PM
Bukan ke dia ni pernah kena tendang ke JPM dari SB sebab kantang bersuara tentang 1MDB semasa BN m ...

Ye betul.kental x kental dia dipaksa bersara awal kot.pastu balik kg jadi petani jahh.xdenya gelenyar nk jilat politician haprak.rezeki x salah alamat,lps ph menang dia di offer jadi igp.tu pon dia tolak awalnye.dia naik igp pun bukan sebab hasil menjilat politician mcm lobai pas tp dia jadi diri dia jahh.hanya org tertentu je leh nampak kejujuran tokmid ni giteww
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 4-5-2021 08:21 PM
Bukan ke dia ni pernah kena tendang ke JPM dari SB sebab kantang bersuara tentang 1MDB semasa BN m ...

Ooook betol2 baru teringat. My mistake. Moga dia terus bersuara dan diberi perlindungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list