Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7014
View
185
Reply

[Tempatan] Ini penjelasan mengapa Yusuf Azmi dan Abang Ali "mengamuk" dengan lelaki warga asing

[Copy link]

Author: bubuk_bearbear       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 01:15 AM | Show all posts |Read mode





Kecoh di media sosial hari ini apabila satu video tular memaparkan aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi melempang seorang lelaki warga asing yang dipercayai warganegara Bangladesh.


Abang Ali yang juga merupakan sahabat baik serta "orang kanan" Yusuf Azmi juga dilihat mengamuk.


Untuk menjawab segala persoalan yang mungkin bermain di fikiran netizen, pihak Semboyan 1 Malaysia melalui laman Facebook rasmi tampil menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.



KENAPA YUSUF AZMI DAN ABANG ALI MENGAMUK?!


Sejak kelmarin pihak Semboyan Malaysia telah menerima berita bahawa baju Tshirt Semboyan Jihad yang dikeluarkan oleh Semboyan Malaysia sendiri telah di CETAK ROMPAK. Perkara ini disedari oleh pihak Semboyan Malaysia selepas ramai yang mengadu apabila mereka mendapat baju yang mereka telah beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan.


Sudahlah dicetak rompak, harga yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja. Lebih memedihkan lagi, apabila penjual tersebut 'memancing' untuk menyuruh membeli dengan kuantiti yang banyak.


Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai. Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.


Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi.


Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan 'reject' produk Semboyan Malaysia.


Mungkin perkara ini dilihat kasar disudut mata orang lain, namun Yusuf Azmi sendiri bertindak sedemikian kerana beliau tidak mahu orang ketiga yang merosakkan nama beliau dan Semboyan sendiri.


Anda cuba bayangkan kami hanya menempah sebanyak 600 helai pada harga RM10 ringgit. Dia boleh untung secara 'ATAS ANGIN SEBANYAK RM6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang telah di reject'. Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagai umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu.


Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan mengamuk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.


Kami juga disini memohon maaf andai mengguris perasaan anda dibulan yang mulia ini.


Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari saya.


Semoga perkara ini boleh dijadikan satu tauladan buat semua.


InsyaAllah





Dalam video lain pula, Yusuf Azmi secara peribadi memohon maaf atas apa yang telah berlaku kerana pada awalnya gagal mengawal kemarahan.






Memetik laporan Sinar Harian, polis kini sedang menyiasat video tular insiden seorang lelaki warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kawasan kaki lima Kedai Taman Alam Jaya Batu 9 Cheras di sini pada Isnin.


"Insiden ini jelas merupakan kejadian kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


"Ia juga merupakan kejadian yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam kerana ia berlaku di kawasan awam yang terbuka," kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan.


Mohd Zaid berkata, penelitian ke atas video itu juga mendapati, kumpulan lelaki itu telah melanggar beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan sosial.


"Sehubungan itu, kita telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-5-2021 01:30 AM | Show all posts
mana video mengamuknya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua polis membuat laporan polis berdasarkan video tular utk buat siasatan polis.
kenapa banyak kes2 lain polis menunggu Org awam utk lapor kpd polis barulah siasatan dpt dijalankan atau di bakul sampah atau buat2 buta?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:44 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
So ini justification dia? I malas tengok video, i baca artikel je... Tak salah kot kalau ko pegi report dekat polis, takde daftar untuk design lettew... Kalau sebijik dia copy bukan boleh ambik tindakan ke,kena ada bukti je lah. Bukan ko pegi hentam dia tunjuk perangai kelas belakang tu pastu gigih nk justify...Keganasan tetap keganasan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak korangla...cuma warga asing ni kebanyakan jenis x sedar diri bila berada di malaysia. ..x sedar diri sendiri tu dtg ke negara orang...buat mcm tempat sendiri...bila dah lama sikit mula besar kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Act like gangstaa... Padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique: So ini justification dia? I malas tengok video, i baca artikel je... Tak salah kot kalau ko pegi report dekat polis, takde daftar untuk design lettew. ...


Kopi ke?baca mcm die ckp jual reject item n untung ats angin..means baju still ori cuma kualiti reject gitu ke?ptt cari org tgh yg supply reject item tu dlu..tp xkn byk sgt reject prod sampai 600 helai..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:44 AM | Show all posts
Ciktiekus replied at 4-5-2021 05:29 AM
Kopi ke?baca mcm die ckp jual reject item n untung ats angin..means baju still ori cuma kualiti  ...

reject itu dakwaan sajalaaa

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Poyo dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:59 AM | Show all posts
Yg sorang tu mengamuk macam kena rasuk dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang kurang ajar. Sesuka hati pergi tampar orang. Cakap elok2 dulu tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by shysari at 4-5-2021 06:06 AM

Negara ada undang2 report je lah
Dah report ko g cari penjual tu pastu rekod la sebagai bukti kalau rasa polis lambat bertindak bawak g balai terus bukannya berlagak gangster mcm ni tampar belasah sesuka hati pastu bertempik atas nama Islam Takbir bagai soo penunggang..
Baju tu pun dah dipatern kan ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah tol zantan poyo camni.ikut la saluran yg betul.report polis.xyah ikut emosi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan warga asing, dengan melayu boleh la nak tunjuk hero... Dengan "lain lain" mana berani
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:15 AM | Show all posts

RE: Ini penjelasan mengapa Yusuf Azmi dan Abang Ali "mengamuk"

albedah replied at 4-5-2021 05:15 AM
Act like gangstaa... Padan muka..

Dengan warga asing boleh lah nak gangster..kalau dengan taikor cina? dengan pemimpin melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:18 AM | Show all posts
mamarock replied at 4-5-2021 05:59 AM
Yg sorang tu mengamuk macam kena rasuk dah kenapa?

tu spesis beruk rasa nya.. heran juga di suruh mengucap..patutnya tembak transquillizer saja

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dikala kobid ni semua org dah naik gilerrrrrr...tanda tanda dah nak dekat niiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
X payahlah act gangster walaupun orang tu bersalah pun... mentang2 lah ramai. Yang
botak pendek tu kemain tapi nak swing penumbuk pun tak sampai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mohamad134 replied at 4-5-2021 06:15 AM
Dengan warga asing boleh lah nak gangster..kalau dengan taikor cina? dengan pemimpin melayu?  ...

Ada berlambak video dia tgh berunding dgn along/lintah darat cina.. bukan sembang mcm hang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list