Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
3157
View
42
Reply

[Tempatan] Penduduk pergi kenduri di KL bawa balik varian South African ke Kelantan

[Copy link]

Author: Abahmung    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-5-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Penduduk pergi kenduri di KL bawa balik varian South African ke Kelantan
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
Mei 3, 2021 @ 2:45pm
nfazlina@nstp.com.my


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin. - Foto fail NSTP


KOTA BHARU: Kewujudan varian South African B.1.351 di Kelantan sehingga semalam dipercayai daripada penduduk dari negeri ini yang hadir kenduri di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata varian itu dikesan hasil pergerakan rentas negeri.


Katanya, sehingga semalam sebanyak 10 kes dikesan membabitkan varian berkenaan daripada Kluster Bunut Sarang Burung.

"Untuk kes varian South African B.1.351 ini, kita mengesan ia hasil pergerakan rentas negeri. Mungkin rakyat Kelantan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri sebelum membawa balik varian berkenaan.

"Bagi kes tercetus dari pergerakan rentas negeri, kita tidak boleh menyalahkan perantau semata-mata kerana ia membabitkan kedua-dua pihak iaitu rakyat Kelantan yang berkunjung ke luar, selain orang luar masuk ke Kelantan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, varian South African B.1.351 itu kali pertama dilaporkan di dunia pada Disember 2020 di dua negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan.

Katanya, di Malaysia varian itu mula dikenal pasti pada Mac lalu dan ia mempunyai kaitan lokasi geografi serta berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti ditunjukkan dalam analisis filogenetik.

Dr Izani berkata, kewujudan varian di Kelantan itu begitu mengejutkan kerana ia mempunyai lima kesan yang menjadikan ia berbahaya.

"Antaranya, kadar kebolehjangkitan (RT) akan menjadi tinggi dan mengurangkan imuniti badan, selain mereka yang dijangkiti COVID-19 daripada varian itu akan menjadi lebih teruk berbanding pesakit lain.

"Justeru, saya mengingatkan semua pihak termasuk golongan kenamaan tidak melakukan rentas negeri jika tiada urusan penting.

"Perkara ini yang menjadi kesukaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencegah rentas negeri kerana masing-masing mempunyai surat kebenaran," katanya.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-5-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan la muka sskjp...gigih nk dtg kl, selangor semata2 nk mkn kenduri waktu pandemik..yg gatal nk dtg tu pun yg dh tua2 nk mampos ada penyakit..yg muda2 pun sibuk balik sana konon nk ziarah makpak..padahal kesana ke sini gi rmh org..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi Moscow
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah tu... Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini dah berulang kes macam Kluster Kempas yang terjadi pada bulan Oktober 2020 yang mana ada sejarah perjalanan dari Johor ke Mukim Hulu Langat, Selangor iaitu pada masa tu ialah Zon Merah untuk hadiri majlis kenduri kahwinan.   
Kenapalah degilnya spisis2 yg selfish & tahap degil yg amat tinggi sampai langit ke 7 ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 3-5-2021 07:08 PM
Ini dah berulang kes macam Kluster Kempas yang terjadi pada bulan Oktober 2020 yang mana ada sejarah ...

Sebab:
1. Takde sedara-mara or contact rapat dorng yg pernah kena kuarantin/cobit

2. Dorg/contact rapat dorg Pernah kena cobit/ kuarantin tapi tak sakit/tak mati (pun?!)

3. Dorg kata ni semua conspiracy, tipu je mana ada cobit.

4. Ada darah keturunan bani israel / arab yg degil
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la.. i memang tak faham dengan manusia yang gigih nak berkenduri di kala pandemik ni.. siap dapat buah tangan covid lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde kaitan dengan kenduri jahlop kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:32 PM | Show all posts
Tu sbb aku x paham kenapa nk hadir kenduri hanat ni leh lepas hari tu?
Leh bercerai eh kalau kenduri x meriah dgn sedara mara
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda yang mati ke? Degil keras kepala sgt...terima laa pembalasan yang azab dan sengsara jika kamu ingkar SOP
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenduri jahbirah kah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah nk heran, mmg org melayu gigih nk kenduri besar, lagi jauh lagi gigih diaorg nk dtg.
Kita yg jaga sop bagai ni mmg x nk pegi, tapi diorg anggap kita yg lorat jaga sop bagai, tak reti nk bersedara katanye

Bagi sisturrr lantaklah nk ckp apa, klu sisturrr kena covid, ada ke sedara nk jaga ank sisturrr nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:40 PM | Show all posts
kan dah cakap punca utama adalah mejlis social... rentas negeri tu perencah jaa.. semua tahu time kenduri laa ummah akan berpeluk cium & majoriti tidak akan memakai mask... meanwhile, public places ramai akan patuh kerna takot disaman atau kena viral/maki dgn ummah awam yang lain...

Malangnyaa... sampai laa ni KERAjaan tidak mengharamkan semua mejlis social... apabila rakyat marah or curiga, depa mula mainkan sentimen critical sana sini... jika depa serius, haramkan semua mejlis social + rentas negeri + bawak anak2 kecik & org2 tua ke hulu ke hilir... dah a year ++ awat KERAjaan & macai2 bengap sangat tak nampak punca sebenaq nyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
crossline replied at 3-5-2021 08:11 PM
Sebab:
1. Takde sedara-mara or contact rapat dorng yg pernah kena kuarantin/cobit


Ataupun dlm pikiran mereka if terkena jangkit covid pon boleh salahkan gomen aje..ape susah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Family neelofa ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 08:57 PM | Show all posts
dia bawa balik buah tanganlah tu


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik sepupu aku belah mak kawen 3 org..belah arwah abah 3 org kawen tahun ni..anak bff sana sini kawen semua aku x gi taw gara2 covid ni..punya la sedeh x dpt hadir kenduri yg sgt2 aku tunggu selama ini.
x guna punya covid menyusahkn org!!tp ade lg org yg selfish siap merentas negeri semata2 nk g kenduri..

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni terus terlintas kenduri yg sensasi dan pengantin penuh kontroversi tu. adakah betul tekaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mina2215 replied at 3-5-2021 09:02 PM
Baca ni terus terlintas kenduri yg sensasi dan pengantin penuh kontroversi tu. adakah betul tekaan n ...

Apa nama tempat kenduri kawen sensasi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 3-5-2021 08:37 PM
Tak yah nk heran, mmg org melayu gigih nk kenduri besar, lagi jauh lagi gigih diaorg nk dtg.
Kita y ...

Padahal dalam Islam jemputan ke majlis yang di luar daerah dah tak jatuh wajib untuk hadiri. Syarat jemputan ke majlis yang wajib hadir adalah yang dekat dan tidak membebankan (dari apa segi pun termasuk masa dan perbelanjaan) yang dijemput.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list