Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
9490
View
131
Reply

[Tempatan] Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu

[Copy link]

Author: Punat_button       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-4-2021 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu
| | 30 April 2021

image.png
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontraknya, Isnin depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis penyerahan surat pelantikan KPN ke-13 di Kementerian Dalam Negeri di sini pada Jumaat.

Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negeri Terengganu dan Perak serta Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Selain itu, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

Acyril Sani juga pernah dilantik menjadi pengarah di beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos tahun lalu.

Pada majlis itu, Hamzah berkata, pelantikan Acryl Sani dipersetujui di peringkat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dan telah ditandatangani oleh Abdul Hamid.

"Apabila semua telah bersetuju, saya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)," katanya.

Menurutnya, Acryl Sani akan memegang jawatan itu sehingga tarikh persaraannya.

"Beliau akan memulakan tugas sebagai KPN pada Selasa depan sehingga persaraan pada Oktober depan," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Abdul Hamid sepanjang perkhidmatannya lebih dua tahun.

"Hari ini beliau telah mencapai umur 63 tahun dan kita perlu mencari orang baharu supaya apa yang telah dilakukan dapat diteruskan dengan lancar," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang bertindak tidak menimbulkan perasaan tidak senang terhadap pasukan polis.

"Sebelum ini polis dianggap pasukan baik cuma akhir-akhir ini saya hairan ada perkara tidak disenangi dikeluarkan oleh pelbagai kumpulan.

"Kepada yang suka 'bermain' dengan media sosial, jangan timbulkan perasaan yang tidak senang rakyat kepada PDRM," tegasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kekosongan jawatan Timbalan KPN, beliau berkata, ia akan diisi selepas mendapat perkenan YDPA.

"Senarai nama calon kita akan kemukakan di dalam mesyuarat SPP sebelum dihantar ke YDPA untuk diperkenankan," katanya.

Kontrak perkhidmatan Abdul Hamid dijadual tamat pada 3 Mei.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Polis-Negara-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-4-2021 03:44 PM | Show all posts
ahhhh sudahhhhhhhhh............................................... makin haukkkkkkk la polis2 kt malaysia ni dia ni naik....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-4-2021 03:44 PM
ahhhh sudahhhhhhhhh............................................... makin haukkkkkkk la polis2 kt mal ...

Dia tak ok? I terdedah dengan dia kes rape jokes hari tu je. Sebelum ni macam tak ada apa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:49 PM | Show all posts
sampai bln 10 je kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-4-2021 03:44 PM
ahhhh sudahhhhhhhhh............................................... makin haukkkkkkk la polis2 kt mal ...

tolong 'habaq' kat sini...nk tau jugok....kisahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
semakin naik tocang la sskjp budu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni gang baik ker gang jahat senang citer?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:01 PM | Show all posts
Orix replied at 30-4-2021 03:44 PM
ahhhh sudahhhhhhhhh............................................... makin haukkkkkkk la polis2 kt mal ...

Acryl tu bad ass bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
6 bulan je lagi nak pencen. Baik lantik orang lain terus. Dia ni jarang kedengaran, ok ke tak ok??
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tengok muka dia ni tak rasa feeling macam tengok ezanee dan ayob khan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-4-2021 04:01 PM
Acryl tu bad ass bunyinya

Bad c*p?

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap je la dia jadi KPN ye...sape plak timbalan dia



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:27 PM | Show all posts
naper lantik org yg dah nak pencen jadi KPN?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully dia bukan ank buat 9 dragons
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 30-4-2021 04:40 PM

What to expect kalau yg melantik pun menteri katak pengkhianat ni..dia punya bongkak mmg xleh bawak bincang..

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-4-2021 04:39 PM
What to expect kalau yg melantik pun menteri katak pengkhianat ni..dia punya bongkak mmg xleh bawak  ...

Hari tu kena covid sampai masuk icu. Tak insaf lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 30-4-2021 03:49 PM
sampai bln 10 je kan

Pehtu sambong kontrak je la..  Ape susah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 30-4-2021 05:12 PM
sharlenetexas replied at 30-4-2021 04:54 PM
Hari tu kena covid sampai masuk icu. Tak insaf lagi ke?


Biasalah tgh ada kuasa belagak x hingat ..tunggula bila dah xde kuasa besok katak2 pengkhianat mcm azmin dgn hamzah zainudin ni akn jatuh sehina2nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 05:33 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-4-2021 04:39 PM
What to expect kalau yg melantik pun menteri katak pengkhianat ni..dia punya bongkak mmg xleh bawak  ...

gila lah. next PRU undi bangnon semula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list