Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
3215
View
32
Reply

[Dunia] Pewangi tergantung punca ditahan pulis,objek tergantung di cermin depan boleh mengundang bahaya dan kemalangan kata pemandu pro

[Copy link]

Author: YgBenar       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-4-2021 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Pewangi kereta yang tergantung dikatakan menjadi punca pegawai polis menghentikan kenderaan yang dipandu oleh Daunte Wright, pemuda kulit hitam yang ditembak mati oleh polis minggu lalu.

Daunte dikatakan telah menelefon ibunya mengadu bahawa pihak polis menahan keretanya kerana pewangi yang tergantung pada cermin depan

Ketua Polis Brooklyn Tengah, Tim Gannon pula berkata Daunte mempunyai rekod kelakuan tidak baik dan itu menjadikan satu kerisauan untuk pihak polis.
Undang-undang di California, Pennsylvania, Arizona dan Minnesota sebenarnya tidak membenarkan sebarang objek digantung pada cermin pandang belakang dan ia boleh menjadi punca polis menahan kenderaan tersebut di jalanraya.
Menurut undang-undang mereka, pemilik kenderaan hanya boleh memasang alat GPS, alat pas tol (SmartTag), pelindung matahari terbina (sun visor standard), pelekat-pelekat diluluskan oleh agensi kerajaan (cukai jalan dan sebagainya) pada cermin hadapan.
Namun begitu, kebanyakan media US menyelar kejadian itu dan berkata menjadikan objek tergantung sebagai punca untuk menghentikan kenderaan di kalangan pemandu kulit hitam tidak sepatutnya berlaku.
isu objek tergantung ini sebenarnya adalah satu isu yang memang mempunyai sebab. Ppengalaman pemandu-pemandu profesional yang dihubungi Careta berkata objek-objek yang tergantung pada cermin pandang belakang itu, sekiranya besar dan berwarna-warni, boleh menyebabkan pemandu tidak lagi sensitif terhadap sebarang pergerakan kecil di hadapan kenderaan mereka ketika sedang memandu.
Pergerakan kecil itu termasuklah penunggang motosikal yang cuba melintas atau memasuki laluan kita, pejalan kaki yang cuba melintas dan juga haiwan yang bergerak.

"Adalah lebih baik cermin depan tidak dipenuhi dengan objek-objek yang menganggu pemandangan dan juga pemerhatian kerana jika kita mangli atau terbiasa dengan pergerakan kecil disebabkan oleh objek tergantung pada cermin depan, ia mungkin menjadi punca kita tidak hiraukan sebarang pergerakan kecil di luar kenderaan," ujar seorang pelatih pemanduan yang dihubungi Careta.
"Itu mampu menyebabkan kemalangan maut. Walaupun jumlahnya kecil tetapi kita tetap tidak mahukan ia berlaku."
Mungkin MIROS juga boleh membuat satu kajian mengenai isu ini.






little ttree.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 20-4-2021 03:52 PM | Show all posts
Sedangkan di tanahair mask dah guna pun  bergantungan disitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia bukn  pewangi je tgantung kat situ sunglass, kad kerja n sstengahnya mask pon adoo.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 20-4-2021 09:14 PM
Kat Malaysia bukn  pewangi je tgantung kat situ sunglass, kad kerja n sstengahnya mask pon adoo. :lo ...

Teddy bear, rimau gajah pun digantung kdg2 kt cermin tmpt duduk blkg penuh anak patung....cmne driver nk tgok blkg
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang bentuk gnggu pemanduan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tak ganggu pun
benda kecik je bkn besar gedabak smpi halang pandangan
aku lg terganggu bila drive sekarang ni petang2 hari hujan tp ada driver jenis tak bukak lampu
takut lampu tu melotup ke  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak selalu juga gantung air-ikat-tepi di situ..

Tidak mengganggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gantung tasbih juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tergantung ni aku tak kisah sgt..yg aku pelik ummah lokal yg letak strawberi bersusun kat back screen.. nak buktikan apa pun aku tak tau.. macam mana la dia bawak kereta nk tgk belakang pun takdak ruang.. nak habaq kot yg dia dah pi kameren hailen..
Tapi, kes kat amarika ni., Tak lain tak bukan pasal racism kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend dulu2 ni ikut la jugak gantung mcm tu. Sekarang guna scentportable senang kepit je. Tak semak mata memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini pernah jumpa beratur letak soft toys kt atas dash board pun ada..belum lg yg bergantung gantungan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler. Sejak bila tak boleh tu. zaman dulu2 semua kengkawan yg berkereta gantung pewangi kete bentuk pokok tu. ada strawberry, lemon. Lg mende tah. Deme beli kete second hand lama2. Bau kepam semenye wajib la letak pewangi gantung2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:27 PM | Show all posts
kene igt, polis US tu training dlm bwh 6 bulan je jadi polis

cube

korg bygkn ko lepas SPM, tetiba 6 bulan, kwn ko yg sma lpas SPM jadi polis leh bawa senjata api kehulu hilir.

tkde pengalaman langsung nk handle panic bagai..

mmg tk selamatla klu buatpolis kelam kabut
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 20-4-2021 09:39 PM
Teddy bear, rimau gajah pun digantung kdg2 kt cermin tmpt duduk blkg penuh anak patung....cmne dri ...

Pnh nmpk 1 kete ni ltk bunga artificial penuh kt blkg nu

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bahaya gantung2 kat cermin pndg blkg ni.
Lbh bahaya dr org yg drive lawan arus dan pemandu mabuk todi tau

Harap rakyat msia stop diskas isu x penting ni. Bnyk lg bnd penting yg blh dibincangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kete aku kosong
Takde gantung apa2
Takde hiasan apa2
Minimalis gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah lekatkan patung pink panther kat kereta dulu2.. tapi lama2 rasa semak .. terus tanggalkan. sekarang ni keta langsung takde hiasan. sama condition masa keluar kilang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 06:58 AM | Show all posts
Jitu replied at 20-4-2021 10:25 PM
tak ganggu pun
benda kecik je bkn besar gedabak smpi halang pandangan
aku lg terganggu bila driv ...

tergangu juga dgn driver yg bukak lampu mcm nak suluh satu dunia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 20-4-2021 10:25 PM
tak ganggu pun
benda kecik je bkn besar gedabak smpi halang pandangan
aku lg terganggu bila driv ...

Ada juga yang buka hazard lamp waktu memandu dlm hujan... Cikgu siapa ntah ajar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 20-4-2021 08:39 PM
Teddy bear, rimau gajah pun digantung kdg2 kt cermin tmpt duduk blkg penuh anak patung....cmne dri ...

Betul sangat. Entah apa2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list