Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1801
View
9
Reply

Ramadan yang indah bersama suami – Noryn Aziz

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-4-2021 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Ramadan yang indah bersama suami – Noryn Aziz



TIDAK banyak yang diketahui tentang warna perkahwinan terkini penyanyi Noryn Aziz dengan seorang ahli perniagaan pada 13 Oktober tahun lalu, sementelah majlis akad nikah mereka berlangsung cukup ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bagaimanapun Noryn atau nama lengkapnya Norazmahwati Abd. Aziz, 45, mengakui kehadiran suami tercinta, Shaik Rizal Shaik Sulaiman melengkapkan hidupnya.

Seiring kehadiran Ramadan kali ini, pelantun lagu Fantasi O Realiti itu berkata, Rizal menghadirkan suasana berbeza untuknya.

Ikuti temu bual bersama juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu ketika ditemui pada malam Malaysia Prestigious Industry Awards 2020 (MYPIA2020) yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.


NORYN anggap anugerah yang diterima sebagai satu suntikan semangat buat dirinya selepas lebih 20 tahun berada dalam industri hiburan.

KOSMO!: Tahniah Noryn atas anugerah yang diterima. Boleh ceritakan lanjut tentang pengiktirafan tersebut.
NORYN AZIZ: Alhamdulillah, anugerah yang saya terima pada malam ini ialah pencapaian dalam industri muzik dan hiburan sebagai ikon. Saya sangat bersyukur dengan penganugerahan ini sebab selepas lebih 20 tahun berada dalam industri, bakat saya akhirnya disedari masyarakat.
Terlalu banyak yang saya tempuhi, jadi saya sangat bangga dan gembira atas pengiktirafan ini. Ditambah pula genre yang saya perjuangkan selama ini bukanlah muzik pasaran semasa.Nampaknya apa yang saya perjuangkan terutama muzik jazz semakin dihargai.

Bagaimana pula dengan perancangan terkini selepas ini?
Insya-Allah, saya akan hadir dengan sebuah single baharu tidak lama lagi. Kemungkinan selepas sambutan hari raya nanti.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang boleh saya kongsikan.

Mungkin boleh kongsikan siapa komposer terlibat dan genre yang dipilih untuk lagu baharu?
Kali ini, saya menjalin kerjasama dengan komposer baharu bernama Indra. Buat pertama kali saya bekerja dengan orang baharu sebab mahukan sesuatu yang segar dan prosesnya berjalan lancar kerana dia bersikap terbuka.
Genre kali ini bersifat fast R&B, pop dan jazz. Muzik jazz tetap kena ada sebab itu melambangkan diri saya. Harap sangat lagu ini dapat menarik minat pendengar.


NORYN mengakui seorang yang sangat tertutup dalam soal perkahwinan. – FARIZ RUSADIO

Selain lagu, mungkin ada projek lain yang menanti?
Alhamdulillah, saya ada banyak sangat projek yang mahu diumumkan kelak. Antaranya dengan projek bersama Astro tetapi tunggu nanti saya kongsikan bila tiba masa sesuai.
Selepas setahun tiada tawaran dalam bidang hiburan, tetapi apabila berdoa tanpa henti, Allah bagi. Saya bersyukur dengan rezeki ini dan harap dapat menggunakannya dengan baik.

Bagaimana pula dengan Ramadan ini, ada sebarang kelainan?
Sudah tentu berbeza sebab ada suami di sisi. Saya bangga dan rasa bertuah kerana ada dia. Kali ini, saya ada suami dan keluarga di sisi. Memang berbeza tetapi kalau nak tahu sejauh mana perbezaannya, kita tengoklah nanti (ketawa).

Mungkin jika tidak keberatan boleh kongsikan sedikit perasaan dengan perkahwinan kalian yang terbina sejak tahun lepas?
Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat rahsia bagi saya.
Sejak dahulu saya memang tidak banyak berkongsi perihal peribadi. Biarlah peminat tahu tentang saya sahaja.
Tentang perkahwinan pula, cukuplah kalau orang tahu yang saya sangat bersyukur dengan kehidupan ini. Allah permudahkan segalanya dan saya bahagia sekarang sebab semuanya seperti datang tepat pada masanya.


NORYN bakal muncul dengan sebuah single baharu selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 20-4-2021 12:24 PM | Show all posts
wahhh dah remarried dia ni, tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka jazz. Tapi bagi aku suara dia ni agak keras la bagi jazz.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 01:51 PM | Show all posts
nampak bahagia muka sheols
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 02:31 PM | Show all posts
sheols cantik. bila dia cerai ngn raja bahrain
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 02:58 PM | Show all posts
dia ni nampak classy..

cantik pun cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:30 AM | Show all posts
She kawin semua jerung yang 1st tu walaupun bukan jerung tapi senang la siap bukakan sheols kedai ke apa. Untung dia ni jenis macam classy dan maintain bergaya .. bergaul pun dgn group ado ado so senang sauk vip
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wahh...dasat asyik tangkap jerung beso je dia ni. untung larr org cun tua2 pun jerung berminat lg.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan_ustazah replied at 21-4-2021 05:30 AM
She kawin semua jerung yang 1st tu walaupun bukan jerung tapi senang la siap bukakan sheols kedai ke ...

Kedai barangan kucing rasanaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia 45, sebaya ritrud rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list