Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
90
View
0
Reply

JDT II tambah derita PDRM

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 10:41 AM | Show all posts |Read mode
JDT II tambah derita PDRM


PEMAIN JDT II, Kei Hirose (kanan) mengejar bola sambil diasak pemain PDRM FC, G Durrkeswaran. Foto Johor Southern Tigers


Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) memastikan PDRM FC terus merana di kelompok bawahan liga selepas menang tipis 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Merah Biru bimbingan Rafael Gil Sanchez melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 13 mata hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Negeri Sembilan FC (NSFC).

Ini berikutan aksi Selangor FC II dan Sarawak United FC yang sepatutnya berlangsung petang tadi terpaksa ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Dalam perlawanan itu, JDT II yang turun tanpa kelibat kapten, Nicolas Fernandez selepas digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning tidak berdepan masalah untuk menguasai posisi tengah menerusi gandingan pemain kacukan Malaysia - England, Stuart Wilkin, Kei Hirose dan Ahmad Asyar Hadi Mohd Ishak.

Perubahan Sanchez membuahkan hasil seawal minit keenam apabila bola umpanan Wilkin di sebelah sayap kiri menyaksikan Fernando Rodriguez yang tidak dikawal mudah menolak bola menewaskan penjaga gol, Muhamad Hamka Daud.

Rodriguez hampir mencipta gol kedua peribadi pada minit ke-26 selepas menanduk bola kemas hasil sepakan lintang Syazwan Andik Mohd Ishak tapi Muhamad Hamka tampak lebih bersedia apabila tangkas menangkap bola.

Bersambung babak kedua, pelawat tampak menguasai perlawanan dalam usaha memburu gol penyamaan dengan bertindak melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng tuan rumah menyukarkan usaha mereka mencipta jaringan sekali gus kedudukan kekal 1-0 hingga tamat perlawanan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list