Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
711
View
9
Reply

Mulut Darah & Bengkak, Ibu Dakwa Ustaz Tampar Anak Di Sekolah, Alasan Yang Diberikan Tak Masuk Akal!

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Mulut Darah & Bengkak, Ibu Dakwa Ustaz Tampar Anak Di Sekolah, Alasan Yang Diberikan Tak Masuk Akal!

Setiap guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi membentuk akhlak terpuji pelajar selain berperanan sebagai ibu bapa di sekolah. Tak dinafikan , jasa dan pengorbanan insan yang bergelar guru ini memang tiada tolok bandingnya.

Tetapi lain pula kisah yang berlaku apabila seorang wanita mendakwa anaknya telah ditampar oleh seorang guru di sekolah.



Dakwa anak kena tampar



Berdasarkan perkongsian di Facebook, Ida Sofea Mohamed meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang guru di sekolah anaknya. Wanita ini mendakwa anak lelakinya, Sahin yang baru berusia 7 tahun telah ditampar oleh seorang ustaz yang mengajar subjek Bahasa Arab.

Alasannya sebab Sahin menangis dan tak ada tanda nak reda dan buat ustaz tadi mengaku dia hilang sabar dan TERTAMPAR Sahin. Dia tak tahu mulut Sahin bengkak sebab mask. Mask juga menyelamatkan aku untuk tahu keadaan hari tu.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sangat terkejut selepas melihat mulut Sahin sudah berdarah dan bengkak, Apabila ditanya, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia telah ditampar oleh guru berkenaan.

Aku nak tanya banyak aku tak faham sebab keadaan mulut bengkak buat dia susah nak bercerita. Jadi, bila balik sekolah agama, nampak bengkak mula susut. Cuma ada lebam darah beku kat dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah. Bila dia bawa balik nasi bungkus yang dah beli kat sekolah, aku tau, dia tak makan. Dia tak boleh makan, sebab luka tadi start pedih. Last dia makan pukul 10 pagi, dan sepatutnya pukul 4 petang dia akan lapar.. Jadi, aku bawa ke klinik untuk ambik ubat kebaskan mulut supaya dia boleh makan.

Ustaz tadi terdiam



Pada malam itu, Sahin dikatakan telah menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya tentang apa yang berlaku di sekolah sehingga dia ditampar. Selepas mengetahui perkara itu, pada keesokan harinya, wanita ini dikatakan telah bersemuka dengan ustaz berkenaan bagi mendengar penjelasan dari pihaknya. Ustaz tersebut dipercayai mengaku telah menampar Sahin tetapi alasan yang diberikan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Jadi, dia cerita, yang selepas ustaz tu lempang, dia tulis kat papan hitam as homework untuk disalin, dan cakap, NAK SALIN, SALIN! TAK NAK SALIN SUKATI! pada satu kelas. Budak TAHUN SATU bukan boleh berfikir manfaat dari SALIN dan akibat dari TAK SALIN. Ini bukan pelajar SPM ya.

Jadi esoknya bila bersemuka ustaz tersebut mengaku memang tertampar Sahin. Dan aku tanya isu SALIN tadi depan guru besar, HEP dan ustaz tadi. Tapi Sahin salin dan buku dia saya dah ambil. Kebodohan datang kat situ, sebab aku bagitau, aku check buku anak aku kosong. Dia bawa balik buku semalam. Dan ustaz tadi terdiam.

Tak akan ambil tindakan



Wanita ini juga mendakwa agak terkilan dengan respon bersahaja yang diberikan oleh guru besar di sekolah tersebut. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya memberi jaminan bahawa kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi dan bukannya bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ayat guru besar mudah, benda dah jadi. Ulang ayat yang sama. Aku ulang balik pada guru besar. Saya benci ayat BENDA DAH JADI. Jadi seorang pemimpin, sepatutnya apa yang perlu keluar adalah, diharap perkara ni tidak berulang sekurangnya janji kepada aku sebagai ibu supaya sentiasa memantau anak aku juga kepada guru lain supaya lebih peka dengan situasi dan sedar murid-murid ni mata dan telinga kepada ibu bapa.

Dalam kesempatan itu, wanita ini sempat menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak di sekolah. Hal ini kerana bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian seperti ini. Wanita ini turut berpesan kepada para guru supaya mengajarlah dengan penuh kesabaran dan bukannya dengan emosi.

Thanks pada yang bagi semangat, sokong aku suruh buat report polis semua. Cuma bagi aku tak perlulah. Bukan kata nak tunggu ada orang mati baru nak bergerak, tapi bagi aku, ustaz sendiri ada keluarga yang perlu dijaga, kita pun ada masalah yang masih belum selesai. Kita sama-sama manusia, sama-sama silap dan terlepas pandang.

Sumber: Ida Sofea Mohamed


Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2021 11:03 AM | Show all posts
bg budak darjah 1, pecah mulot tu kes berat sis,

tlg repot polis!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju aje tangan ustad nak tampar2 anak orang budak baru darjah 1 aje kot. Jenis x sabar hadap kerenah budak2 tolonglah cari aje kerja lain!! + maknya patut report polis, xde report esok2 anak orang lain pulak dia tampar
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya mak budak ni sebab tak report polis. Kesian anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..besaq anak aku yg x tau apa..dia tau mainnnn ja..tambah b.arab memg slow lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ustaz sekolah kafa ye.. ke sekolah kebangsaan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:24 PM | Show all posts
bahaya betei ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:54 PM | Show all posts
report la polis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:44 PM | Show all posts
kalo tak nak buat report kecoh nak viral apehal?

kesian2 tunggu nanti anak ko kena sepak pulak

awal2 naik tangan nanti esok lusa naik kaki

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 04:06 PM | Show all posts
Kalau nak mengadu elok mengadu ke balai bukan viralkan dimedia social
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list