Data terbaru dari Forbes mendedahkan, jumlah kekayaan orang terkaya ke-55 di dunia adalah sebanyak AS$8.7 bilion (RM36 bilion).
Zong Qinghou yang berstatus Crazy Rich China bagaimanapun menjalani gaya hidup sangat sederhana.
Kredit foto: SCMP
Pemilik Hangzhou Wahaha Group yang mengusahakan air mineral botol, teh dan susu itu hanya memakai kasut berharga RMB30 (RM18.91) selama bertahun-tahun.
"Harga kasut kain yang saya pakai sekitar RMB30. Sangat selesa, saya sudah memakainya bertahun-tahun," katanya dalam temu bual dengan agensi berita Xinhua.
Zong Qinghou juga dilaporkan menggemari kemeja biru dan kasut kain hitam.
Malah, perbelanjaan hidup Zong Qinghou juga sangat rendah. The Wichita Eagle mewartakan, pengeluaran peribadi Zong Qinghou rata-rata hanya AS$20 (RM82.67) sehari.
Kredit foto: AFP
Dia tidak berjudi, minum arak atau bermain golf malah hanya makan di kantin pejabat.
Gaya hidup berjimat cermat Zong Qinghou juga diterapkan di syarikat miliknya, Hangzhou Wahaha Group Co, syarikat minuman ringan terbesar ketiga di China.
Bekas Pengarah Pemasaran Wahaha, Shang Yang mengatakan Zong memeriksa semua pengeluaran secara peribadi termasuk pembelian penyapu.
"Antara alasan dia begitu berjaya adalah dia menekan pengeluaran, memastikan setiap wang dikeluarkan dipakai untuk menghasilkan lebih banyak wang," kata Shaun Rein, pengarah di Market Research Group berpangkalan di Shanghai.
Forbes memaklumkan, Zong Qinghou yang kini berusia 75 tahun membina Hangzhou Wahaha sebagai kedai di sekolah anak kota Hangzhou pada 1987.
Zong pendukung yang kerap menyuarakan supaya cukai lebih rendah dikenakan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi China.
Anak perempuan tunggalnya, Kelly, adalah pewaris harta kekayaan Zong.
Ada orang membeli bukan kerana jenama tapi keselesaan. Kalau ianya murah tapi selesa pasti jadi pilihan. Dalam kes ni kasut kain mesti kasut kain macam orang main tai chi tu.
Lain org lain cara berbelanja. Ada org suka barang2 branded smpai xkesah makan maggi hari2 utk kumpul duit beli barangan tersebut. Ada org suka makan minum sedap2, xkesah pakai baju bundle 2 seringgit pasar malam. Apek ni ntah2 joli ke benda lain. Dodol senyum sinis
takpe, dia bukan Islam. so tak kisah pakai kasut apa.
Kalau Islam, kena ya beli selipar mesra Muslim Neelofa.
Mahal sikit takpe, asalkan mesra muslim...gittew....
Post time 7-4-2021 02:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada jer billionaire kat malaysia ni gi opis naik bas naik lrt jer, kadang2 naik grab. Sekali sekala lepak kedai mamak, borak2 dengan orang dalam kedai ramah macam dah lama kenal. Kalau bawak keter pun proton jer, bukan proton baru pun. Dressing ala2 macam atuk2 dah pencen. Pakai beg kain recycle dengan selipar jer. Guard apa pun takder, (mungkin la ada kot utk hal2 tertentu).
Kadang dia gi pasar beli sayur, pun turun naik bas. Padahal pasar dengan orang2 dalam pasar pun dia boleh beli kalau nak ... hahahahaha..
betul
ada ramai sbnrnya
hidup simple sesuka hati diorg
yg mmg betul2 kaya
mmg tak peduli apa pun
org je sibuk psl money can't buy class
kena tunjuk classy segala
pdhal prinsip diorg
to each his own
bahagia hidup
Post time 7-4-2021 03:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
chandrahusin replied at 7-4-2021 02:59 PM
betul
ada ramai sbnrnya
hidup simple sesuka hati diorg
Harta memang boleh bagi kesenangan pelbagai sudut. Tapi dia sedar harta tak bawak bahagia dunia akhirat kalau tak diurus dengan betul dan baik. Mati nanti pun tinggal segalanya.. bila orang kaya raya berpegang macam tu. Maka dia akan sedar realiti hidup tanah yang dipijak, langit dijunjung.
Ramai jer billionaire orang kita. Cuma tak masuk senarai. Balik2 yang sorang tu jer, heol pun mmg orang baik2.