Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
19651
View
351
Reply

[Tempatan] Ibu 10 anak dihalau dari rumah sewa

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-4-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 5-4-2021 09:25 AM

https://www.freemalaysiatoday.com

Tragedi dan pembelaan buat ibu 10 anak yang kehilangan rumah

ibu.png
GEORGE TOWN: Gambar seorang wanita bersama barang-barang miliknya, termasuk sebuah peti sejuk lama, yang berselerakan di luar sebuah rumah di Bukit Mertajam mengejutkan ramai netizen semalam.

Rosliza Hassan, seorang ibu berusia 37 tahun dengan 10 anak, dilihat meratap di luar rumah satu tingkat yang pernah didiaminya sebelum diminta keluar oleh tuan rumah.

Sekeping lagi gambar yang menunjukkan anak bongsunya berusia tiga tahun merenung ke dalam peti sejuk lama berisi sisa makanan dari dua minggu lalu meruntun hati ramai orang.

Lebih parah lagi, wanita itu bersama empat orang anak lelaki dan enam anak perempuannya, berusia antara tiga dan 21 tahun, terpaksa hidup dengan hanya nasi yang digoreng dengan kicap setiap hari.

Sekiranya ada seulas bawang, ia sudah dikira mewah. Selalunya, itulah makanan mereka pada hari itu.
Bercakap dengan FMT melalui telefon milik orang lain, Rosliza berkata, penderitaannya bermula pada 2009.

Rosliza memperoleh RM700 sebulan sebagai pembantu restoran. Suaminya berusia 40 tahun yang dinikahinya ketika berusia 16 tahun, selalu tiada di rumah.

Sejak 12 tahun lalu, beliau membayar RM500 untuk menyewa rumah satu tingkat di Taman Machang Bubok.
Kata beliau, suaminya yang tiada pekerjaan tetap datang dan pergi sesuka hati.

Keadaan hidup Rosliza sekeluarga bertambah buruk apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa tahun lalu kerana banyak kedai terpaksa ditutup.

Kami tiada wang. Kami hanya makan nasi goreng kosong dengan garam pada bulan Ramadan tahun lalu.

Sehingga sekarang, tidak banyak yang berubah. Kadang-kadang, saya tambah bawang, bila ada, kata beliau teresak-esak.

Anak perempuan Rosliza yang berusia 16 tahun terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan Dua untuk menjaga dua adiknya yang berusia tiga dan lima tahun.

Remaja itu juga membantu di restoran untuk mendapatkan wang.

Anak sulung Rosliza, yang berusia 21 tahun dan sudah berkahwin, bekerja mengambil upah dan perlu menanggung keluarganya.

Rosliza menerima RM500 daripada badan zakat, tetapi permohonannya untuk mendapatkan bantuan kebajikan ditolak atas alasan zakat yang diterima sudah mencukupi.

Lain orang lain rezekinya. Ada dalam bentuk kekayaan, kemasyhuran dan banyak lagi. Rezeki saya adalah anak-anak 10 orang, kata beliau.

Pada petang Jumaat lepas tuan rumah meminta Rosliza keluar kerana rumah itu sudah dijual. Rosliza juga mempunyai tunggakan sewa.

(Tuan rumah) meminta kami keluar rumah menjelang pukul 7 pagi. Kami tiada pilihan selain berkhemah di luar, kata anak perempuan Rosliza yang berusia 16 tahun.

Nasib keluarga ini mula disedari seorang jurugambar prihatin, Keow Wee Loong yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah Rosliza.

Selepas bercakap dengannya, Keow memutuskan untuk memberitahu Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Sim tiba dengan segera untuk membantu keluarga ini dengan membawa mereka ke pasar raya berdekatan bagi mendapatkan barang dapur, peralatan elektrik dan keperluan lain.

Selain itu, beliau membelikan mereka pakaian baharu untuk Hari Raya, menurut catatan beliau di Facebook.

Mereka kemudian ditempatkan di sebuah rumah yang dilengkapi dengan peti sejuk baharu serta barang keperluan lain.

Sewa rumah ini ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen itu sehingga Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang mendapatkan mereka sebuah unit PPR hari ini.

Pembantu Sim berkata, lebih RM10,000 dibelanjakan untuk melengkapkan keperluan keluarga ini, termasuklah deposit sewa rumah baharu mereka.
Sim tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Sim juga memberi komputer riba kepada anak-anak Rosliza yang berusia 7,10, 12, dan 14 tahun, sebagai sebahagian daripada perkhidmatannya untuk memberi akses pembelajaran dalam talian kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Rosliza berterima kasih kepada Sim kerana membantunya, dan wanita itu berharap suatu hari nanti, beliau dapat membuka gerai sendiri untuk menjual mi goreng, pasembor dan mi kuah.

Ini adalah rahmat Allah buat saya. Setiap hari saya berdoa agar kehidupan saya menjadi lebih baik.
Ramadan kali ini akan cukup istimewa buat kami, saya sangat bersyukur, kata beliau.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-4-2021 08:01 AM | Show all posts
Ebit Liew masih di Afrika ke..cpt la balik sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:02 AM | Show all posts
Kata beliau, suaminya yang tiada pekerjaan tetap datang dan pergi sesuka hati.


fuhhhhh..10 anak..keje laki buat anak je la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak kesian pun dah malas
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2021 08:07 AM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 5-4-2021 08:10 AM
haryatie replied at 5-4-2021 08:02 AM
fuhhhhh..10 anak..keje laki buat anak je la

Alhamdulillah..tingkatan 4 (mungkin 3) dah sampai jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak  ...

Agree!letih dgn ayat nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tag Uztad Ebit belum??nanti uztad kirim pembantu dgn segera
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam gila tuan rumah..

Apa salahnya ada belas kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 5-4-2021 08:01 AM
Ebit Liew masih di Afrika ke..cpt la balik sini

Knp harapkan dia..kita pun boleh bantu personal...nak seribu daya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2021 08:22 AM | Show all posts
noor2 replied at 5-4-2021 08:20 AM
Knp harapkan dia..kita pun boleh bantu personal...nak seribu daya...

Dia paling cpt sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:27 AM | Show all posts
wanita2 semacam ini sepatutnya di ambil sebagai isteri kedua, ketiga dan keempat...di manakah lelaki2 melayu yg beriman?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 5-4-2021 08:35 AM
Boomibulat replied at 5-4-2021 08:22 AM
Dia paling cpt sampai..


Masih ramai orang yg susah

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:06 AM
"Rezeki orang lain2. Rezeki dia anak 10."

Mentaliti sakit tak boleh bincang orang melayu ni. Nak  ...

Agree... kalau 10 anak tapi serba-serbi cukup tu takpa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-4-2021 08:19 AM
Kejam gila tuan rumah..

Apa salahnya ada belas kesian...

Tuan ruma kejam tapi mgkn pasal dah jual, terpaksa suruh dorang kuar jgk.mgkn owner baru nk masuk cepat, nk renovate apa yg patut.  Lgpun family ni pun ada tungakkan sewa.
Nasib baik ada org yg prihatin. Tolong family ni cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 5-4-2021 08:35 AM
Tuan ruma kejam tapi mgkn pasal dah jual, terpaksa suruh dorang kuar jgk.mgkn owner baru nk masuk  ...

Aku pun ada penyewa jenis gini.

Serik dah ada rumah sewa murah. Lepas ni aku concentrate rumah mahal ja. Cerewet is okay sebab aku pun cerewet.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:47 AM | Show all posts
Maybe tuan rumah dah byk kali bg notis.
Nk cakap kejam pun xbleh jugak.
Maybe dah sgt lama and tuan rumah pun xde duit, terpaksa jual rumah.
Husband ko dah kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-4-2021 08:47 AM
Aku pun ada penyewa jenis gini.

Serik dah ada rumah sewa murah. Lepas ni aku concentrate rumah  ...

Biar cerewet asal tak menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan salah tuan rumah sebab kan ada tunggakan, kira dia bagi ibu ni duduk free dah pun. Yang masalah adalah kenapa sampai 10 anak??? Bodohhh!

Apa2 pun walaupun iols kata akak ni bodoh iols tetap akan doakan dia murah rezeki dan divpermudahkan urusan2 dia.

Jangan ko beranak lagi sudah. Moga2 dia tak boleh timang cahaya mata lagi kalau tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 5-4-2021 08:47 AM
Maybe tuan rumah dah byk kali bg notis.
Nk cakap kejam pun xbleh jugak.
Maybe dah sgt lama and tua ...

Aah... aku pun rasa tuan ruma dah bagi notis. Tak semestinya dia tuan ruma, dia takde masalah kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mau juga akak ni tahan dgn lakinya..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list