Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
423
View
1
Reply

[Sarawak] Covid 19 01/04/2021

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-4-2021 08:12 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 238 kes baharu, dua lagi kematian dilaporkan di SarawakKUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 238 kes baharu dan dua kematian akibat jangkitan wabak COVID-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, daerah-daerah yang melaporkan kes baharu COVID-19 hari ini ialah Bintulu (95), Sibu (51), Miri (28), Kuching (22), Beluru (17), Julau (lapan), Serian (enam), Meradong (empat), Tatau (tiga), Sebauh (dua), sementara Kanowit dan Sri Aman masing-masing satu kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,628 kes, tambahnya.
"Daripada 238 kes baharu yang dilaporkan, seramai 24 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
"Manakala, 177 orang kes terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan. Mereka ini terdiri daripada 176 orang yang merupakan individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan seorang merupakan individu yang datang dari luar negara," jelasnya menerusi kenyataan hari ini.

JPBNS berkata bagi dua kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 hari, kes kematian ke-109 merupakan kes ke-9,688 melibatkan seorang lelaki rakyat negeri ini berumur 68 tahun.
"Dia dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, kurang selera makan dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan ujian rt-PCR yang dibuat dan dikesan positif pada 28 Mac 2021.
"Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, strok dan kegagalan fungsi buah pinggang," jelasnya.
Manakala kes-110, JPBNS berkata merupakan kes ke-11,790 melibatkan seorang juga rakyat Sarawak berumur 60 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu setelah dikesan positif melalui ujian rt-PCR pada 10 Mac 2021.
Kes katanya mengalami masalah kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan pernafasan. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit kencing manis.
"Hari ini, terdapat 434 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari PKRC di Semuja (235), Hospital Sibu (68), Hospital Miri (37), Hospital Sarikei (29), Hospital Umum Sarawak (19), Hospital Bintulu (13), PKRC Serian (11), PKRC Betong (10), PKRC di bawah Hospital Kapit (sembilan), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (satu), PKRC Mukah (satu) dan PKRC Lawas (satu).
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 13,827 orang atau 83.15 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak," katanya.
Sementara itu, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC serta wad hospital seramai 2,636 orang, 274 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 11 PUI masih menunggu keputusan ujian makmal, tambahnya.

kredit : utusanborneo 01/4/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 1-4-2021 08:14 PM | Show all posts
btu top jer skrg ni.. rakan2 yang duk bintulu berhati2lah yer
kalau tak ada keperluan baik duk rumah.. kuar kalau perlu sahaja
kalau pegi kerja jaga SOP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list