|
Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis berkata, suntikan vaksin bagi membendung penularan Covid-19 yang diterimanya pada Januari lalu tidak menyebabkan beliau berasa sakit.
 Kredit foto: GETTY
Istana Buckingham sebelum ini mengesahkan bahawa beliau yang berumur 94 tahun itu menerima suntikan tersebut bersama suaminya, Putera Phllips, 99, pada bulan lalu.
"Ia (suntikan itu) amat pantas. Saya mempunyai sejumlah surat daripada orang ramai yang berasa terkejut mengenai betapa mudahnya untuk mendapat vaksin tersebut. Suntikan itu tidak sakit atau mencederakan," kata Ratu Elizabeth II.
"Sekali anda telah disuntik dengan vaksin, anda akan berasa dilindungi yang saya berpendapat ia adalah amat penting.
"Sukar buat mereka yang tidak disuntik dengan vaksin tetapi mereka perlu memikirkan tentang orang lain berbanding diri sendiri," ujarnya ketika memberitahu beberapa pegawai kesihatan menerusi satu persidangan video.
Lebih 18 juta orang di seluruh Britain kini telah disuntik dengan vaksin Covid-19 yang dianggap penting bagi menghalang penularan pandemik tersebut yang telah menyebabkan lebih 112,000 orang maut di United Kingdom (UK).
Ratu Elizabeth II memuji program vaksinasi yang dilakukan dalam tempoh pantas.
Anak beliau yang sulung dan pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles, 72, telah dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu.
Putera Charles bagaimanapun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama isterinya, Camilla, 73.
Sumber: Sinar Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Spesies reptilia mana nak rasa sakit |
|
|
|
|
|
Apa khabar Prince Philip? |
|
|
|
|
|
Prince Philip pulak lepas kena inject feeling unwell. Tapi gang mereka ni jenis panjang umur betul. |
|
|
|
|
|
Bukan masalah sakit ke tak..yg org nak tau apa kesan sampingan.. |
|
|
|
|
|
Kalau kau mampos lepeh cucok tak huruhare ke 1 dunia? U're the last person who should be telling us how wonderful the vaksin was.. |
|
|
|
|
|
Kuin dgn king iols tgk airmukanya sumting betul la. |
|
|
|
|
|
Dari dulu smpai sekarang iols rasa scary sikitt bila tgk muka Queen ni. xtau laa kenapa |
|
|
|
|
|
Dia ni laki bini immortal ke?muka makin menyeramkan..{:dot{:dot |
|
|
|
|
|
tumpanglalu74: Kalau kau mampos lepeh cucok tak huruhare ke 1 dunia? U're the last person who should be telling us how wonderful the vaksin was..
Kalau dia mati pun nanti pakar cakap dah sampai ajal, atau ada penyakit kronik. Tu sop biasa |
|
|
|
|
|
Die ni mmg dh tgk acara pengebumian dia nnt cmne kn...mmg dh ade raptai penuh utk majlis die mangkat nnt |
|
|
|
|
|
Hari ini pergi JAB tadi. Tak sangka pula terlalu cepat..sepatutnya paling awal April dan paling lewat June.
Warna needle yang sama iatu untuk winter flu jab tetapi ada rasa sedikit sakit dan feelings sama seperti last winter flu jab iatu rasa nak demam sikit.
Tunggu 2nd dose pula.
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2021 03:47 AM
Hari ini pergi JAB tadi. Tak sangka pula terlalu cepat..sepatutnya paling awal April dan paling lewa ...
U tgl mn
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 27-2-2021 06:54 AM
UK
........
Owh
2nd dose berselang berapa hr
Kt sn mcmn gov proses utk pengambilan vaksin ni
Ada mcm mysejahtera x
|
|
|
|
|
|
dah tua dah charles n camila tuuu. philips pun kemain tua nk cecah 100 dh umur. panjang umor ehhh depa ni |
|
|
|
|
|
|