Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
227
View
0
Reply

[SARAWAK]Sukarelawan berumur 60 tahun ke atas diperlukan bagi percubaan klinikal vaksin COVID-19

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-2-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mencari sukarelawan berumur 60 tahun dan ke atas bagi percubaan klinikal vaksin COVID-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata percubaan klinikal melibatkan kumpulan umur ini adalah bagi mendapatkan data saintifik yang lebih komprehensif.
Sehubungan itu beliau menggalakkan individu berumur 60 tahun dan ke atas untuk menyahut cabaran dan mengambil bahagian dalam percubaan klinikal ini untuk menyumbang kepada sains dan pembangunan rawatan baharu.
Percubaan klinikal adalah untuk menyediakan data untuk ilmu saintifik yang lebih kukuh.
"Pada masa ini, data vaksin COVID-19 adalah kebanyakan dalam kumpulan umur 18 hingga 60 tahun. Sebab itu, lebih banyak maklumat diperlukan oleh semua pembuat vaksin, katanya ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.
Percubaan klinikal di HUS adalah untuk penilaian keberkesanan dan keselamatan vaksin SARS-CoV-2.
Jelas Dr Chin lagi, data saintifik yang lebih banyak adalah diperlukan dan akan diperoleh dari percubaan klinikal yang sedang dijalankan memandangkan vaksin juga akan diberikan kepada mereka berumur 60 tahun dan ke atas.
Percubaan klinikal ini tidak ada bezanya dan sebab itu kita mencari subjek berumur lebih 60 tahun, ujarnya.
Dr Chin dalam pada itu berharap lebih ramai sukarelawan berumur 60 tahun dan ke atas akan menyertai percubaan klinikal ini.
Individu yang berminat katanya dinasihatkan untuk menjalani saringan di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) pada waktu pejabat yang terletak di Jabatan Kecemasan HUS.
Untuk makluman, lebih daripada 34,000 individu di seluruh dunia telah menyertai fasa ketiga percubaan klinikal yang dikeluarkan dan disediakan Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China.
Daripada jumlah ini, 3,000 sukarelawan adalah dari Malaysia dengan 400 daripada mereka dari Sarawak.

kredit : utusanborneo 21feb2021






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list