Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2949
View
21
Reply

Norman Hakim Terharu , Dah Merasa Duit Anak Sulung

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-1-2021 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Norman Hakim, 45, terharu apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 17, memberikan wang hasil titik peluh kepadanya sebagai duit belanja.


Norman berkata, dia mulanya tidak sampai hati menerima pemberian ini kerana Danish belum mempunyai pendapatan yang tetap.


"Saya akhirnya akur untuk terima atas kapasiti apa yang saya pernah buat dengan ibu bapa sebelum ini. Saya tak nak dia kecil hati dengan tindakan saya.


"Saya tak pernah ajar anak untuk balas apa yang diberikan. Tapi dari kecil dia nampak apa amalan yang saya selalu buat.


"Saya ikut apa yang ibu bapa saya buat pada ibu bapa mereka (datuk dan nenek) jadi perkara ini bagaikan satu tradisi," katanya kepada Harian Metro.




  



Perkongsian video berkenaan perkara ini dibuat Norman di Instagramnya dan ia mendapat reaksi positif daripada ramai pengikutnya.


Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan ada hikmahnya apabila Danish yang sepatutnya menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menggunakannya untuk mencari wang.


"roses pembelajaran sekarang berjalan secara online. Selain jadi 'influencer' Danish turut gunakan platform media sosialnya itu untuk membuat sesuatu.


"Sebelum ini, dia belajar al-Quran dan sudah khatam beberapa kali. Malah, Danish juga berjaya tamatkan hafazannya dalam banyak surah. Kemudian, dia tergerak hati untuk mengajar mengaji bermula pada Jun tahun lalu menerusi platform 'online'.


"Sebelum ini, dia menang suka mengikuti kelas mengaji menerusi 'online' yang sedia ada. Sambil belajar, dia juga ada keinginan mengajar," katanya.




Foto: IG




Norman berkata, dia pernah menasihatkan Danish supaya menyimpan wang, tetapi anaknya itu sudah membuat pembahagian sendiri termasuk memberikan wang kepadanya dan mamanya, Abby Abadi.


"Dia percaya kepada konsep taddabur al-Quran iaitu apabila bagi orang, rezekinya akan bertambah lagi. Perkara ini terdapat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261-262.


"latform D'NGAJI Official bukan sahaja disertai oleh rakyat Malaysia, malah juga oleh rakyat Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Ada keluarga Malaysia yang menetap di luar negara pun mengaji dengannya.


"Itu yang buat pendapatannya bertambah. Dia ada 'rate card' mengajar dan raih pendapatan dari situ," katanya.


  



  



Menurutnya, Danish akan mula mengajar mengaji selepas Asar sehingga jam 12 tengah malam.


"Kadangkala dia mengajar sampai jam tiga pagi. Saya terkejut dan tanya kenapa sampai begitu sekali, rupa-rupanya dia mengajar pelajar di luar negara.


"Dia jana pendapatan dan bagi balik pada masyarakat. Danish kerap bagi sumbangan kepada masyarakat.


"ada usia 17 tahun, dia beri duit pada ibu bapa dikira dahsyat. Tak kisahlah berapa jumlahnya kerana yang penting ialah ingatannya," katanya.


  



Selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-1-2021 10:02 AM | Show all posts
makin besar makin hensem dia ni. anak yebi norman helok2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:12 AM | Show all posts
Bab anak2 berbakti. berbuat baik pada parents ni sangat2 la menyejukkan hati melihatnya.  Semoga semua anak2 akan sentiasa berbakti kpd parents masing2 sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:20 AM | Show all posts
aku tak blh nak nafikan yg aku kagum dgn family ni walaupun ada je citer yang tak best dr netizen2 kan .. tapi bagi aku 2 family ni mcm seronok je .. daripada mak2 ngan apak2 nya sampai la ke anak2 ..
moga family ni sentiasa dirahmati ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak...mmg tgh survey utk blja ngaji online utk ank...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang last sekali tu dahnak roper parin amat
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus didikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
panjangnye taip.
tp last2 tujuan nak bagitau dia pun bagi duit kat parents dia jugak{:spec
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:29 PM | Show all posts
pas ni thread ustazah Abby lak yang juga terharu
terima duit dari anaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya... teringat si Danish nih masa kecik bambam... pernah dulu housemate meolls selambe je cakap "anak2 Abby nih lembab kawan aku cikgu sekolah anak dia yg bagitau..." haaaaaa khauuu anak2 dia Hafiz Hafizah dah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak hensem. Bapak uke garang pakai jubah pun takut tengok.

Pandai diorang jaga anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillahh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tootii replied at 26-1-2021 10:20 AM
aku tak blh nak nafikan yg aku kagum dgn family ni walaupun ada je citer yang tak best dr netizen2 k ...

Semua orang dlm family ni memang berhati baik, tapi paling baik dan berhati mulia ialah suami abby. Dia takde kepentingan apa2 pun dlm family ni (takde anak bersama), tapi dia ok je rapat dan join mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa upah ngaji dia? Bagus dik kat fb iols baca kawan iols list kan cara budak2 sekolah ni cari duit terutama yg tgh tunggu masa nak exam ni.
Mcm2 weh bebudak ni boleh buat duit walau duk umah je.
Kelas online ni la salah satu nya, sama ada jd tutor ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg gi mesir ke mana aritu
Anak dia yg ni ke?
Helok tgk family ni
Harap2 rr aidil cth la keluarga ni yg baik2
Xyah comolot sgt
Cukup la anak2 rasa family yg lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 27-1-2021 01:26 AM
Bagusnya... teringat si Danish nih masa kecik bambam... pernah dulu housemate meolls selambe je caka ...

Housemate tu yg lembab
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:09 PM | Show all posts
Anak dia kalau muka ikut abah dia mesti helokkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 26-1-2021 10:02 AM
makin besar makin hensem dia ni. anak yebi norman helok2 belaka

Teringat ada gambar masa dia ni kecik2... time norman dgn abby baru bercerai kot, ada orang komen muka dia cam hamid gurkha...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
iols setuju dgn opinion norman.. let say kalo one day anak iols x nak tolong iols dari segi financial iols tabley nak marah dia sbb itu hak dia la nak tolong ke x.. jgn sbb u as parents tetiba ada kuasa veto plak nak suroh anak kau provide itu provide ini.. dia x mintak pun dilahirkan dkt dunia ni.. korg yg sedap main buat anak pstu apa mengharapkan balasan..

ingat anak tu amanah kita as parents.. didik dia bg bimbingan, education yg sepatutnya.. jgn ada mindset nak ada anak so that anak kau bila dah besar bole jadi buruh paksa utk lepaskan temolok kau.. itu sgt minda kelas ketiga.. tgk je la negara2 mcm india bangladesh tu.. no wonder rakyat dorg melimpah ruah sbb dorg ada mindset mcm ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list