Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6442
View
91
Reply

[Tempatan] Cikgu Li Terkejut Jiran Buat 11 Bonggol Atas Jalan ke rumahnya.Member siap test ngan Ford Ranger

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-1-2021 02:35 AM

Jadilah seperti bonggol jalan, dibenci tapi jasanya kepada keselamatan jalan raya memang besar. Ia dibina demi memastikan sesebuah kenderaan itu memperlahankan kelajuan secara paksa di sesuatu lokasi.

Namun lain halnya yang berlaku di sebuah kampung di Jerteh, Terengganu sampai tular satu Malaysia.

Sejak semalam tular di media sosial seorang invididu dikenali sebagai Cikgu Li berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya dibina bonggol, bukan satu tapi 11 bonggol.

Bonggol yang dibina menggunakan tar itu dikatakan dilakukan oleh jirannya yang tidak berpuas hati dengan Cikgu Li yang dakwanya membawa kereta laju melalui jalan tersebut.

Lepas zohor semalam tiba-tiba wujud 11 bonggol baru atas jalan masuk ke rumah Cikgu Li.

Jadi Cikgu Li terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang.

Malas nak bergduh dengan orang gila buat-buat ni.

Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh ; tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukan parang.

Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain.

Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi.

Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi. Malas dah nak panjangkan cerita.

Kalau bergduh, takut ada yang cedera pulak. Silap haribulan ada yang masuk pnjara. Apa pandangan kawan-kawan?

Dalam pada itu Cikgu Li turut berkongsi update kes tersebut menerusi perkongsian baru di Facebooknya.

Katanya, jalan itu dibina atas rezab jalan dan bukan atas tanah jirannya.

Jalan tersebut memang dibina atas rezab jalan. Bukannya atas tanah milik persendirian. Dan sebelum ni dah ada 3 bonggol atas jalan.

Mustahil nak lari laju seperti yang dikhayalkan beliau. Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Petang tadi Majlis Daerah Besut dan PDRM telah turun padang. Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Harap maklum! tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, Cikgu Li telah membeli batu untuk membuat jalan baru kerana tidak mahu meneruskan s3ngketa

Kita hidup nak cari damai dan bahagia.Tak sangka status semalam menjadi viral.Hari ni berpagi-pagi cari batu untuk buat jalan baru.Semoga tiada lagi sengketa sesama kita tulis Cikgu Li

Penjelasan Jiran Kenapa Dia Buat Bonggol

Sementara itu, menerusi perkongsian balas, jiran Cikgu Li yang membina bonggol tersebut telah menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Muhamad Roslam, dia sudah banyak kali menegur Cikgu Li agar tidak memandu laju melalui rumahnya.

Kata Roslam lagi, dia terganggu dengan bunyi kereta Cikgu Li yang keluar masuk sehingga lewat malam dan mengganggu tidurnya, apatah lagi dia kini ada masalah kesihatan.

Cikgu Li UPDATE KES PAGI TADI.

Jalan tersebut memang dibina atas rezab jalan.

Bukannya atas tanah milik persendirian.

Dan sebelum ni dah ada 3 bonggol atas jalan.

Mustahil nak lari laju seperti yang dikhayalkan beliau.

Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Petang tadi Majlis Daerah Besut dan PDRM telah turun padang.

Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk uruskan.

Harap maklum!

Kawan Cikgu Li Pandu Lalu Menggunakan Ford Ranger, Lalu 13 Bonggol
Dalam pada itu, kawan kepada Cikgu Li juga sempat mencuba melalui bonggol tersebut dengan kenderaan Ford Ranger

Malam2 ni kita mai test bonggol dengan ford Kalau naik kereta mmg konfirm sangkut bawah Kalau betul ni tanah dia seeloknya sodaklah atau cokeslah jalan tar tersebut ataupun buat halangan terus jangan biar orang lalu sbb dia xsuka orang lalu lalang.Tgk ke jalan dengan kenderaan cg lie xmungkin lalu jalan ni naik 100kmh melainkan cg lie mmg seorang pemandu kereta rally seangkatan dengan karamjit singh tulis kawan kepada Cikgu Li
IMG_20210114_023054.jpg
IMG_20210114_023140.jpg

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2021 02:46 AM | Show all posts
berat nanang la wehh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak bawa laju xde la marah cmtu kn. Jalan kecil je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi enjin kuat kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Beto ke..macam content mitak viral ja..
Ni mesti ada sifu bisnes mengarut suh buat content gini la ni..aje gampang tembok batang ubi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 05:25 AM | Show all posts
Mesti samseng bawa laju tak peduli orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
memang ada je org giler mcm ni.....


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la cikgu ni xlayan kepala gila jirannya, dia siap buat jalan lain as aiternative
Rumah jiran tu yg sblh kanan tu ke?
Mmg dekat sgt dgn jalan
Kalau aku jd dia aku buat tembok or sound-proofing insulation satu rumah dah kata xleh dgr bising lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:52 AM | Show all posts
kalau dah jalan tu mmg rezab jalan cikgu li buat jalan baru lalu tanah sapa plk?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 06:54 AM | Show all posts
its the time to make money out of this crazy man. you pegi lah naik motor dekat situ dan jatuhkan diri atas bonggol tu dan saman dia; you will get 5 angka at least kerana dia buat speedbumps illegally, on reserved road strip dan clearly dia buat dengan niat untuk memerangkap orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:02 AM | Show all posts
paham jugak la kenapa nak buat camtu, tapi melampau sangat la kot ye pun. kadang2 orang yang lalu lalang pun satu hal, ekzos gerenti modified punya lah. bila memecut tarik lah gear satu tu panjang2, pastu bila nak brek pegi buat bunyi downshift 7-8 kali. mana tak bengang tuan rumah. tapi still melampau lah pacak bonggol banyak2 camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat jiran tak kira masa bising ni memang annoying,  rasa nak ketuk pintu tegur..

Rumah si roslam sah2 tepi jalan, sabar je lah. Klu taknak bising, gi buat rumah dalam hutan, takda sapa  nak lalu

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:19 AM | Show all posts
ketum : ditelan pahit.. hendak dibuang terasa sayang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:20 AM | Show all posts
ini sebab marah ni... tapi buat banyak bonggol mcm tu kelihatan bodoh pula. buat dua bonggol hujung ke hujung pun dah cukup untuk bagi kesan yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:28 AM | Show all posts
Banyak jenis gila dalam dunia ni.  Perangai mcm mat sabu .  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:32 AM | Show all posts
Kalau hampa duduk kampung mmg mcm nie la.. tuan tanah suka hatila nak buat apa... dalam kg aku tu memang berlambak bonggol jalan..

Bonggol jalan buat sndiri paham2 jela mcm2 bentuk ada.. ada tinggi ada rendah ada yg kemain tajam dh mcm segitiga.. kadang2 geram weh.. lg bahaya ada bonggol dari takda..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati dia buat bonggol ya.. Bonggol buatan klu jenis tajam ni boleh rosakn kereta.. dia tak takut ka org tiap2 hari doakan dia yg tak baik..kalau I jadi dia biarla org tu laju nanti dia dapat balasan juga klu myakitkn hati org
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan tu jalan mati menghala ke satu rumah aje ke? Org lain tak pakai jalan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada untreated mental disease .....2 bonggol oun dah kena slow....jenis tak puas hati tgk org kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada org gila gini. Nak lalu menimbus tanah kita pun teriak2 ugut mcm2..walhal, jiran sebelah menimbus tanah elok ja dia biarkan. Bodoh tul...yg lawaknya sampah kilang dia masuk ke tanah kita, kita nak buat aduan..elok pula perangai nak berunding segala macam. Dasar orang gila ada di mana2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list