Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
517
View
10
Reply

{EDISI Biar lambat dari takda ] Pembinaan jambatan yang tertangguh - Sebuyau

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2021 07:04 PM | Show all posts |Read mode
SEBUYAU : PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN BATANG LUPAR / MAJLIS PECAH TANAH DIADAKAN 18 FEBRUARI

Majlis pecah tanah projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di Sebuyau akan diadakan pada 18 Februari. Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, majlis pecah tanah tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Datuk Julaihi menjelaskan, jambatan sepanjang 5.1 kilometer itu menelan kos berjumlah RM848 juta  dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 48 bulan.
Beliau turut memaklumkan bahawa projek itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak bagi menggantikan perkhidmatan feri di kawasan tersebut apabila ia siap kelak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan tapak majlis pecah tanah Jambatan Batang Lupar dekat Sebuyau.
Beliau dalam pada itu juga memberitahu beberapa projek pembinaan jambatan di kawasan pesisir di negeri ini sedang giat dilaksanakan termasuk kerja-kerja di lapangan iaitu Jambatan Batang Lupar Dua di Sri Aman dan Jambatan Batang Saribas yang mana majlis pecah tanah belum dilancarkan.

Ini adalah rentetan dari kes

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1230221

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:06 PM | Show all posts
SEBUYAU (Sarawak), 10 Jan -- Kerja-kerja  pembinaan Jambatan Batang Lupar akan bermula selepas majlis pecah tanah berlangsung pada 18 Feb depan dan dijangka mengambil masa 48 bulan atau empat tahun untuk disiapkan.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak Datuk Julaihi Narawai berkata jambatan bernilai RM848 juta itu akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menyeberangi Sungai Batang Lupar dari Sebuyau ke Triso.

Majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, katanya ketika melawat tapak projek pembinaan jambatan itu berhampiran Pangkalan Feri Sebuyau-Triso, di sini hari ini.

Jambatan sepanjang tujuh kilometer itu dikatakan bakal menjadi jambatan sungai terpanjang di Malaysia.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata kos asal projek itu dianggarkan RM1 bilion namun berjaya dikurangkan kepada RM848 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.


Beliau berkata selepas Jambatan Batang Lupar, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis pecah tanah Jambatan Batang Lupar 2 di Laluan Utama Kedua berhampiran Bandar Simanggang.

"Kerja (pembinaan Jambatan Batang Lupar 2) di tapak lapangan  sudah bermula, sebab kontraknya sudah ditawarkan kepada kontraktor," katanya tanpa memberi butiran projek terbabit.

Selain itu, beliau berkata majlis pecah tanah bagi projek pembinaan Jambatan Batang Saribas juga dijangka diadakan tahun ini.

Kerja pembinaan sebenarnya sudah berjalan sebab kita hendak siap dan lengkapkan Jalan Pesisir Sarawak dan kita mulakan juga Jalan Utama Kedua, katanya, menambah semua projek terbabit dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:15 PM | Show all posts
Jambatan ganti feri di Sarawak menjelang 2025



KUCHING: Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak jambatan untuk menggantikan semua perkhidmatan feri di laluan tepi pantai di Sarawak menjelang 2025.

Beliau berkata, menjadi wawasan bekas ketua menteri Adenan Satem untuk menggantikan perkhidmatan feri dengan membina jambatan, termasuk feri Triso yang menghubungkan Meludam dan Sebuyau.

Katanya, kerajaan negeri dan persekutuan bersetuju membina jambatan menyeberangi Sungai Batang Lupar bagi menggantikan perkhidmatan feri, dan perdana menteri ketika itu, Najib Razak turut bersetuju membiayai 50% kos pembinaan.

Namun, katanya, ini dibatalkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan.


Kami memutuskan untuk membiayai pembinaan jambatan menggunakan dana negeri. Majlis pecah tanah bagi jambatan Batang Lupar akan diadakan tidak lama lagi, katanya kepada pemberita.

Jambatan dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima tahun kerana panjangnya kira-kira 7km.

Selain itu, beliau (Adenan) juga mahukan semua jambatan ini bebas tol untuk mengurangkan beban rakyat. Jadi saya akan meneruskan polisi itu, katanya.

Pada 1 Jan lalu, sembilan sekeluarga termasuk bayi berusia empat bulan, terbunuh apabila kenderaan mereka tergelongsor ke dalam Sungai Batang Lupar dari feri dinaiki di Jeti Triso.

Abang Johari berkata, jambatan lain kini dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan, termasuk di Batang Paloh, Batang Lassa, Batang Igan, Batang Saribas, Krian, Kemena, serta Batang Rambungan.

Saya jangka semua jambatan ini akan siap menjelang 2025, selepas itu kita tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan feri, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:19 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruntung orang Sarawak. Terkejut juga tengok price tag tu. 5.1 km.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 08:39 PM | Show all posts
insulin replied at 11-1-2021 08:28 PM
Beruntung orang Sarawak. Terkejut juga tengok price tag tu. 5.1 km.
beruntung selepas tragedi mengorbankan 9 nyawa ...
kalau tak ...

jager diri yer ...


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:21 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-1-2021 08:39 PM
beruntung selepas tragedi mengorbankan 9 nyawa ...
kalau tak ...

Birokrasi kerajaan memang gitu jadinya. Berkira sangat untuk berbelanja wang demi keselamatan rakyat.

Diharap kerajaan negeri Sarawak akan fikirkan hal2 lain yang sama penting untuk rakyat.

Adik FC pun jaga diri di sana ya.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:54 AM | Show all posts

uiii panjang jambatan ya
lama dah tak jalan2 ke Kuching guna kereta
tak sabar tunggu siap
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2021 03:40 PM | Show all posts
insulin replied at 14-1-2021 12:21 AM
Birokrasi kerajaan memang gitu jadinya. Berkira sangat untuk berbelanja wang demi keselamatan raky ...
848 juta ... untuk satu jambatan jer ...

ada banyak lagi jambatan nak d bina ... Sarawak banyak sangat sungai

blom masuk lagi sekolah sekolah ...


semoga tahun baru ni ... menyaksikan pimpinan yang lebih mendengar rintihan suara rakyat ...
semoga melimpah ruah lagi rezeki rakyat ...



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2021 03:43 PM | Show all posts
Vellfire replied at 14-1-2021 10:54 AM
uiii panjang jambatan ya
lama dah tak jalan2 ke Kuching guna kereta
tak sabar tunggu siap
balit kampung naik keta aritu ...
naik feri ... alhamdulillah takda pa2 ...

balik ... selepas kejadian tu ... mak tak bagi naik feri...
drive huhu dekat 10 jam ...Kuching ke Sibu... mom on board

Sibu ke Kapit 4jam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list