Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
829
View
3
Reply

Neymar 'Dibelasah' Anjur Parti Lima Hari - Berita Harian

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-12-2020 08:50 AM | Show all posts |Read mode
image.png
Neymar (bertopi) ketika hadir meraikan majlis sambutan hari lahirnya awal tahun ini.


LONDON: Bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar dikritik selepas didakwa menganjurkan parti selama lima hari di sebuah resort berhampiran Rio de Janeiro, Brazil yang dihadiri 500 tetamu ketika korban coronavirus di negara itu melepasi 190,000 kematian.

Pemain bola sepak itu memiliki disko yang dibina dengan perlindungan akustik di bangunan tambahan di rumah agamnya di Mangaratiba berhampiran kawasan terkenal Rio, Green Coast untuk mengelak jirannya terdengar bunyi bising.

Menurut akhbar Brazil, O Globo, parti besar-besaran itu bermula pada 25 Disember dan akan berterusan sehingga sambutan tahun baharu nanti.

Neymar memiliki rumah agam berharga 6 juta pound (RM32.6 juta) dengan helipad dan jeti yang dibeli olehnya pada Oktober 2016 dan pertama kali digunakan pada cuti Krismas tahun terbabit.

Namun hartanah terbabit sedang menjalani pengubahsuaian dan bintang Brazil itu dikatakan menyewa villa mewah untuk parti terbabit.

Beberapa laporan lain pula menyebut Neymar menganjurkan parti terbabit di disko bawah tanah berhampiran kediamannya itu yang pernah digunakan sebelum ini.

Neymar juga dikatakan melarang tetamu daripada membawa telefon bimbit ke parti terbabit dan mengupah kumpulan pemuzik untuk melakukan persembahan sepanjang parti itu.

Antara yang dijemput adalah adiknya, Rafaella Santos dan selebriti internet Brazil, Camila Loures.

Peguam hak asasi manusia, Augusto de Arruda Botelho menulis ciapan 'anugerah terbodoh untuk hari ini ditujukan kepada Neymar kerana parti lima harinya.'

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 28-12-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar semua yg join party tu kena covid. Neymar ni bukan ada kes tak bayar cukai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 01:44 PM | Show all posts
Duit banyak apa ada hal.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
neymar sendiri dah penah kena kobid kan? dia rasa dia dah kebal kobid kot, yg pengunjung tu kalau mati nnt pon dia so so so kan je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list