Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4777
View
79
Reply

[Tempatan] Ini malam istimewa - Nooraziro, lelaki poster mencari isteri dan Ibah selamat disatukan

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-10-2020 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Ini malam istimewa - Nooraziro
MyMetroUtama

image.png
Nooraziro dan Ibah memegang poster yang diiklankan hingga mereka bertemu jodoh. FOTO ihsan Nooraziro Abdullah

Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: "Malam ini ialah malam istimewa dan betul kata orang tua, malam pertama selalunya akan membuatkan pasangan pengantin berdebar bercampur malu kerana usikkan ahli keluarga," kata Nooraziro Abdullah, 35.

Nooraziro selamat dinikahkan dengan pasangannya Nur Suhaibah Ab Ghani, 33, berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, semalam dan majlis persandingannya berlangsung, hari ini.

Menurutnya, dia berasa sedikit kekok kerana pertama kali bermalam di rumah mertua yang penuh dengan ahli keluarga isteri namun tetap berasa teruja dan seronok.

"Selepas tamat majlis bersanding tadi, saya dan isteri sibuk di dapur kerana perlu meneruskan tradisi keluarga iaitu mencuci periuk dan kawah yang digunakan pada majlis itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia sangat bersyukur kerana impiannya untuk hidup bekeluarga seperti pasangan lain termakbul.

"Walaupun agak lewat sedikit bertemu jodoh namun tetap bersyukur dan mengganggap semua aturan yang ditetapkan Allah berlaku pada waktu yang tepat," katanya.

Sementara itu, Nur Suhaibah atau lebih mesra dipanggil Ibah berkata, dia menunaikan solat hajat pada setiap hari supaya jodoh bersama suaminya itu kuat seterusnya majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

"Saat mula-mula terpandang iklan mencari jodoh Nooraziro yang tular di media sosial, hati saya sudah terdetik bahawa Nooraziro ialah jodoh saya.

"Saya cuba menghantar WhatsApp kepada Nooraziro tetapi ketika awal iklan itu Nooraziro terlalu banyak pilihan oleh itu tidak terlalu berharap.

"Alhamdulillah, jodoh kami sudah ditetapkan Allah, Nooraziro memilih saya sebagai isterinya seterusnya hasrat untuk tamatkan zaman bujang pada tahun ini tertunai," katanya.

Menurutnya, dia akan mengikut suaminya itu pulang ke Marang dan akan memulakan perniagaan nasi ayam di sana.

"Jika diikutkan perniagaan nasi ayam saya sudah maju dan mempunyai ramai pelanggan tetap di Kuantan tetapi perlu akur kerana tempat seorang isteri ialah di sisi suaminya.

"Tidak kisah apa pekerjaan suami, asalkan ia daripada sumber yang halal dan rajin berusaha dan bekerja," katanya.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan Nooraziro terpaksa menggunakan cara menggantung poster berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Tindakan menggantung poster itu menjadi tular seterusnya membawa kepada perkenalan dengan kekasih pilihan hatinya yang dipanggil Suhaibah atau Ibah, 33, dari Kuantan dan merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 10:14 PM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-10-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat maju jaya.boleh la singgah try nasi ayam kat marang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement x menahan Tahniah & selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-10-2020 12:12 PM | Show all posts
Harap Ziro tak suruh Ibah pergi hiking lah ya...

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe ...comel bini beliau....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 11-10-2020 12:12 PM
Harap Ziro tak suruh Ibah pergi hiking lah ya...

Jahat hang en.kutu...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:19 PM | Show all posts
I'm the Iron Chef of pounding Vag
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:22 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 11-10-2020 05:07 AM




Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
moga bahagia yill jannah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 12:54 PM | Show all posts
semoga kekal bahagia ... selamat berniaga nasi ayam kat marang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia ni kalau start jaga makan & buat exercise, aku rasa mesti sangat comel orangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..berjodohan juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Silaaa kurus dekkk ..nampak kaka lbh muda bertiang tiang ....tp apa pn tahniah sama2 tk. Milih
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa kata org laki skrg pilih pompuan keje gomen jer buat isteri
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:22 PM | Show all posts
saya selalu lihat pasangan fizikal sebegini jodohnya panjang ..

semoga kekal hingga ke akhir hayat ... tahniah pada mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahnih n selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pengantin baru
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:34 PM | Show all posts
oh tahniah...bless them.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 11-10-2020 01:03 PM
Wife dia ni kalau start jaga makan & buat exercise, aku rasa mesti sangat comel orangnya..

saya baru nk ckp gini, da ade org yg ckp. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ziro tu kerja apa ya? Sorry tak follow kisah ni.

Selamat pengantin baru.. Semoga berkekalan hingga ke jannah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list