Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
5785
View
13
Reply

Mengenalpasti Kerosakan Alternator

[Copy link]

Author: zulka       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-9-2020 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Fungsi dan Kepentingan Alternator Kepada Sesebuah Kenderaan
Alternator adalah alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik (elternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, apabila enjin kenderaan dihidupkan.
Jika kita sedar, apabila enjin dihidupkan, segala bahagian kenderaan dapat berfungsi seperti;
C Lampu luaran dan dalaman kenderaan
C Radio
C Wiper
C Suis tingkap
C Dan lain-lain laagi
Alternator adalah bahagian kenderaan yang memberikan bekalan tenaga terhadap item-item di atas.
Bagaimana Untuk Memeriksa Alternator Kenderaan?
Langkah pertama adalah dengan menghidupkan enjin kereta dan biarkan ia sekurang-kurangnya 3 minit. Jangan buka sebarang lampu, penghawa dingin dan komponen dalam keret yang lain.
Kemudian cabut kedua-dua kepada bateri yang mempunyai simbol negatif (-) dan positif(+). Kemudia lihat apa yang berlaku pada kenderaan kita. Terdapat 2 situasi yang akan berlaku apabila kita menanggalakan kepada bateri selama 5 minit ;
1. Sekiranya enjin masih hidup maka tandanya hayat alternator kita masih panjang.
2. Sekiranya enjin kereta mati, ia memberikan tanda bahawa alternator kita sudah mengalami kerosakan dan perlu diganti.
Tanda Alternator Sudah Bermasalah
1. Power window kita bergerak turun dan naik sangat perlahan.
2. Lampu kereta malap ketika enjin dihidupkan.
3. Bateri kereta yang baru ditukar sudah menjadi lemah kembali.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-9-2020 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:22 PM | Show all posts
mod..pomen kete ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-9-2020 04:40 PM | Show all posts

pomen bawah pokok ja mod...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:44 PM | Show all posts
zulka replied at 30-9-2020 04:40 PM
pomen bawah pokok ja mod...

tu yg best..teduh smbl bt kje
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pomen bawah pokok biasanya senang kawtim.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 03:44 PM | Show all posts
Cara yang paling bagus untuk kenal pasti masalah alternator ni just pasangkan voltmeter pada kereta. Voltmeter tu boleh diletakkan mana-mana yang senang dilihat di dashboard kereta.
Voltmeter ni boleh dibeli dgn harga tak sampai RM50 pun dari mana-mana platform online macam lazada, shoppe dan sebagainya.

Dengan adanya voltmeter, kita boleh pastikan yang alternator kita dah nak sampai jangka hayat nya atau pun bateri kereta yang tak ok.

Cara nya
1. Bila kunci dipusingkan pada kedudukan ON (sebelum engine kick start) perhatikan bacaan voltmeter. Kalau bacaan nya kurang dari 11volt, makna nya batteri kita dah kurang elok. Elok lah pergi tukar. Kalau bacaan hanya 10V dan ke bawah, biasanya engine dah tak boleh start sebab dah tak cukup current supply untuk gerakkan starter

2. Bila engine dah start, bacaan voltmeter akan naik sehingga melebihi 13.5v.
      i) Apa-apa bacaan antara 13.5v-14.v menandakan alternator kita dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.

      ii)Jika bacaan melebihi 15v, hati-hati dengan alternator, mungkin regulator nya dah tak bagus. Nak senang tukar alternator. Kalau pandai, regulator tu boleh beli di mana-mana platform online dan boleh tukar sendiri.

      iii) Jika ON a/c, ON lampu dan segala acceories, bacaan volt hanya 12v dan kebawah, itu tanda-tanda awal alternator bermasalah. Jangan tunggu sampai dah tak boleh start. Elok pergi tukar.

      iii) Kalau bacaan kurang dari 12v, tandanya alternator kita dah tak berfungsi dengan sepatutnya. Jadi elok tukar sahaja alternator. Selalu kalau dah jadi macam ni, kereta dah tak boleh jalan jauh sebab hanya mengharapkan apa sahaja current yg tersimpan pada batteri. Silap-silap kereta perlu di tow ke bengkel berdekatan.

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 06:05 PM | Show all posts
Halaaaa... Brother zulka, rasanya alternator la ni kot problem.
Saya punya kereta tu, paham la second hand.
Saya pakai baru 4 tahun dan ikut usia sebenar beliau sudah 9 thun la tahun ni.

Sepanjang saya pakai 4 tahun ni, pagi tadi dia xnk start balik dah. Batery kong kong kong (sajat)
Masuk kali ketiga dah ni klau tukar batery lagi. Letih laaaa~

Klau nk soh pomen cek agak2 rega kos berapa ni bang? Mahal tak?
Nebeslah klau g pomen ni~
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2021 10:12 AM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 23-1-2021 06:05 PM
Halaaaa... Brother zulka, rasanya alternator la ni kot problem.
Saya punya kereta tu, paham la seco ...

kereta apa tu bro?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:36 PM | Show all posts

Sy sis sebenarnya~
Kerete sy kereta saga flx thun 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:17 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 23-1-2021 06:05 PM
Halaaaa... Brother zulka, rasanya alternator la ni kot problem.
Saya punya kereta tu, paham la seco ...

kenapa tukar bateri klu elok lg charge je semula bateri tu
charger ada jual online klu xnak hantar bengkel charge bateri

berkenaan alternator dah ada ke masalah2 mcm bro Zulka tulis tu
tengah bawak kete mati nak start semula engine tak crank senyap je sbb bateri habis tp tukar bateri hidup pulak
tukar baru je alternator beli sendiri je online
bawak bengkel suruh tukar kira caj upah tukar je
klu pandai diy sendiri pun boleh

tp klu lepas tukar masih lg masalah yg sama
ada benda lain yg kena check
buat masa ni tukar dulu alternator tengok mcm mana masalah setel ke tak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-1-2021 07:35 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 25-1-2021 03:36 PM
Sy sis sebenarnya~
Kerete sy kereta saga flx thun 2012.

owh..sorry sis, awek rupanya hehe
flx punya alternator harganya dlm 360, kalau sekali upah dlm 450 camtula...
btw sis bawa pegi bengkel dulu, confirmkan betulke alterantor dah kong, kalau betul baru tukar...
btw musim pkp ni kan, ramai yg mengadu kata kereta takleh start....sebabnya kereta jarang jalan, so power bateri tak recharge...sebenarnya punca dia sebab kereta lama tak start....itu je, takde rosak apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam
Beli bateri baru sebab kereta tak boleh dihidupkan.Tak sampai sebulan bateri Kembali bermasalah.perasan masa tgh bawa kereta,lampu indikasi bateri pada papan pemuka menyala.
Alhamdullillah selamat smpi rumah.
Pasang strategi untuk baiki kereta dengan mengecas bateri Kereta(RM10) dan beli alternator dari kedai potong (RM1++) akibat terpengaruh dari kawan-kawan.alat ganti dari kedai potong lagi baik dari OEM.
Setelah hampir seminggu, cuba tanya Di bengkel pertama berhampiran dengan rumah,hampa sebab bengkel tak nak baiki.kononnya alternator yang dibeli sendiri ada risiko kena pasang dua kali sebab alternator rosak.
Jadi dengan berbekalkan bateri yg dicas penuh, buka tingkap dan tutup penyaman udara,radio serta cabut kabel dashcam, elak dari pandang pada papan pemuka, serta tawakal,Alhamdullillah sampai ke bengkel kedua yg jarak 8km++ lengkap pakej dua(2) kali dikenakan bayaran tol.
Setelah menunggu hampir 45 minit,maka terpadam juga lampu indikasi bateri pada papan pemuka.tapi,timbul pula masalah baru.bunyi kasar dari alternator.difahamkan bunyi dari bearing yang sudah rosak. Jumlah upah RMxx.
Dengan itu maka bermulalah kitaran yang sama untuk minggu hadapan..

Pengajaran:
Tidak semua alat ganti dari kedai potong dalam kondisi yang baik.pastikan ada jaminan dari Penjual.
doakan urusan dipermudahkan, alternator dapat ditukar atau terima pemulangan semula wang.
Kerugian pada upah pasang (RMxx) untuk kali kedua dan masa(RM,tidak ternilai).
dalam rezeki yang diperoleh, ada bahagian yang bukan milik kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2021 10:49 AM | Show all posts
katakpuruz replied at 20-2-2021 11:08 PM
Salam
Beli bateri baru sebab kereta tak boleh dihidupkan.Tak sampai sebulan bateri Kembali bermasal ...

good sharing bro, beli part kedai potong memang mcmtu la, risiko terbeli brg yg kurang cantik...
btw brg2 kedai potong ni kalau bodypart bolehla beli, kalau part2 elektronik, suspension atau segala jenis arm...agak kurang sesuai.....depand on luck, kalau dapat yg elok alhamdulillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list