Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1886
View
50
Reply

[Tempatan] #update Pendapatan RM2,208 dianggap miskin bandar

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2020 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 10-7-2020 03:29 PM

Pendapatan RM2,150 dianggap miskin bandar
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
1 minute

SHAH ALAM - Jumlah pendapatan sebanyak RM2,150 sebulan boleh dijadikan kayu pengukur kepada kadar garis kemiskinan di bandar.

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, ia berpandukan kepada pendapatan RM4,360 yang dikategorikan sebagai golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-7-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sewa blk pun busuk2 dah 5,6 rat. Blm msk bil2 dan kos sara hidup lain lg.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowowowowo...
Ramai juga yang bergaji bawah rm4k sebenarnya.terutama kat company kecil kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:59 AM | Show all posts
gaji RM 4k pun kena pandai berjimat cermat kalau tinggal di bandar besar mcm di KL.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-7-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lagi kriteria, rumah tak boleh ada Astro
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 8-7-2020 08:55 AM
Wowowowowo...
Ramai juga yang bergaji bawah rm4k sebenarnya.terutama kat company kecil kecil..

Klo operator kilang..bwh 2k tu biasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 8-7-2020 04:18 PM
Klo operator kilang..bwh 2k tu biasa

Kan...ot lebih baru dpt lebih
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 8-7-2020 05:36 PM
Kan...ot lebih baru dpt lebih

Masalahnya skarang byk kilang kurgkn production..nk ot mendenye..
Klo nk lebih,  terpksa buat kerja lain...
Kt kawasan tmn ai tinggal ni stall burger da mcm cendawan tumbuh..lg sejak pkpp ni...makin banyak herai tepi jalan buka..beberapa penjual tu kata pagi keja lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos sara hidup tinggi... bukan kl je... aku kat jb ni pun terasa... rm50 tu sehari je abis...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 8-7-2020 09:05 AM
satu lagi kriteria, rumah tak boleh ada Astro

zaman skang ada lagi orang tengok astro ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 8-7-2020 10:01 PM
Masalahnya skarang byk kilang kurgkn production..nk ot mendenye..
Klo nk lebih,  terpksa buat ker ...

Ye ke..siannya
Kat area umah mak iols mmg ramai berniaga
Dari 4 gerai
Skang  erderet deret sampai smap kajang nun...semua niaga..
Tapi situ mmg lubuk sebab laluan utama orang nak gi saujana impian juga tu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2020 09:34 AM | Show all posts
Pendapatan RM2,500 di Kuala Lumpur mungkin dikategorikan miskin bandar
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

KUALA LUMPUR: Paras Garis Kemiskinan (PGK) baharu yang akan diumum kerajaan dalam masa terdekat perlu bercirikan lokaliti tertentu selain menambah beberapa lagi segmen yang dianggap satu keperluan bagi sebuah isi rumah.

Penganalisis ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata wujud perbezaan yang ketara dari segi kos sara hidup antara bandar tertentu di Malaysia.

Contohnya kata beliau, bagi bandar seperti Kota Bharu di Kelantan, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, ia mungkin mencukupi bagi individu yang sudah berkeluarga, namun di bandar besar lain mungkin berbeza.

"Di Kuala Lumpur, dengan pendapatan RM2,500 sebulan mungkin dikategorikan sebagai miskin bandar. Sebab itu, ukuran PGK ini perlu dikhususkan mengikut lokaliti atau bandar-bandar.

"Mungkin Bandaraya Johor Bahru dan Georgetown, Pulau Pinang tidak sama dengan PGK di Kota Kinabalu di Sabah. Sama juga (PGK) di Kuala Lumpur pun berbeza dengan bandar-bandar yang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pengkelasan PGK mengikut lokaliti ini akan membantu kerajaan untuk merangka dasar ekonomi yang lebih teliti dan bersasar.

Penilaian PGK juga mesti diperluas dengan mengambil kira perbelanjaan baru bagi setiap isi rumah yang kini boleh dianggap sebagai satu keperluan.

"Contohnya seperti bil Astro, bil telefon bimbit dan sebagainya. Ini dianggap sebagai keperluan utama bagi isi rumah sekarang. Jadi ia mesti dikira sebagai kos perbelanjaan.

"Sama juga bayaran pinjaman bank untuk kenderaan serta pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) juga dianggap sebagai satu keperluan pada masa kini," katanya.

Shazali yang juga Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, PGK juga mesti bersifat dinamik yang mana penilaiannya dibuat pada setiap masa.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, tidak menolak kemungkinan kadar kemiskinan negara meningkat apabila PGK baharu berdasarkan metodologi 2019 diumumkan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, ini kerana PGK RM980 bagi isi rumah yang ditetapkan mengikut metodologi 2005 sudah tidak relevan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:26 PM | Show all posts
cuba tips2 ni utk yg gaji rendah
1. mula dengan perancangan bajet
2. buat kerja freelance/sampingan
3. potong langganan utiliti
4. buat penstrukturan pinjaman jika ada
5. kurang makan minum luar; masak di rumah

sumber artikel di sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:31 PM | Show all posts
Gaji 20 - 40k pun sekarang tak cukup katanya...

tapi yang 10k+ ni kita tahu sangat la komitmen deorang ni melebihi lifestyle khen
Macam ada pilot gaji besar beli rumah besar2, keta untuk anak beranak dan suami isteri sorang sebijik.

Memang kalau ada gaji tinggi2 ni cari lah financial consultant, memang sangat membantu dan bagus.

Yang gaji under 2K ni yang memang bermasalah sebab kos  hidup sekarang pun tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
potong je astro tu
biar lingkup terus astro tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 03:29 PM | Show all posts
dulu meols rajin keja part time nak bagi tambah pendapatan. penah keja kat mcd hujung minggu, penah keja admin kat pusat tuisyen lps habis keja, jadi admin kat sekolah musik. tapi ttp rasa macam org miskin jgk walau masa tu gaji keja ttp pun lebih 2k .. tak termasuk gaji part time. tu zaman belas2 tahun dulu tu. hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:09 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-7-2020 03:01 PM
potong je astro tu
biar lingkup terus astro tu

Astro ni memang tak perlu
cerita asyik ulang je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-7-2020 03:29 PM | Show all posts
Had pendapatan kemiskinan RM2,208 lebih tepat
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
40 mins ago


KUALA LUMPUR: Kajian semula terhadap had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional dibuat bagi mendapat gambaran mengenai perbelanjaan dan keperluan penduduk Malaysia dengan lebih tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan itu bermula daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.

Bertitik tolak dari itu katanya, kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.

"Kajian ini telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dengan kerjasama DOSM, Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.

"Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek iaitu konsep penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.

"Ia dengan mengambil kira peningkatan kualiti item bakul makanan berdasarkan Piramid Makanan 2020 dan kumpulan makanan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat.

"Sebagai contoh, susu pekat manis yang dimasukkan dalam bakul makanan sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mustapa berkata, bagi PGK bukan makanan pula, keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus terendah (B20) yang dikenal pasti telah bertambah dari 106 kepada 146 item.

Ini bermakna katanya, 40 item yang dahulunya tidak dianggap sebagai keperluan asas kepada kumpulan B20, kini telah dimasukkan ke dalam senarai terbabit.

"Selain itu, perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada tahun 2019 berbanding tahun 2005 juga diambilkira," katanya.

Mustapa berkata, selain menggunakan PGK, kerajaan turut menggunakan beberapa kaedah lain dalam mengukur kemiskinan rakyat.

Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pengukuran kemiskinan berasaskan pelbagai dimensi yang menekankan aspek-aspek peningkatan kualiti hidup seperti aspek kesihatan, pendidikan, perumahan, taraf hidup, akses kepada maklumat, dan juga pendapatan bulanan isi rumah.

"Usaha menambahbaik kaedah pengukuran kemiskinan ini adalah manifestasi kesungguhan, keprihatinan dan ketelusan kerajaan dalam

memastikan kesejahteraan rakyat.

"Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mengambil maklum PGK 2019 dalam merancang dasar dan program mereka serta mengkaji semula dasar berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial termasuk semakan semula kumpulan sasar di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka dalam masa lima bulan akan datang.

"Berpandukan statistik yang tepat, kerajaan akan dapat menggubal dasar dan strategi serta merangka program yang lebih sesuai, dinamik dan pragmatik untuk setiap kumpulan sasar terutamanya golongan miskin. Ini termasuklah dalam menyediakan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021-2025 yang akan dibentangkan awal tahun depan," katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini menerusi laporannya mengumumkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019.

Angka itu adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah Kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraannya.

Mustapa berkata, metodologi pengiraan PGK itu kali terakhir dikemaskini pada tahun 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah.

"Berdasarkan PGK baharu ini, kadar kemiskinan adalah 5.6 peratus (405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019. Kadar kemiskinan pada tahun 2016 adalah 0.4 peratus (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005.

"Sekiranya metodologi PGK 2019 digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan pada tahun 2016, peratusannya adalah 7.6 peratus (525, 743 isi rumah)," katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-7-2020 06:16 PM | Show all posts
bharianmy
@bharianmy

#BHBisnes: Isi rumah dengan ketuanya yang tidak mempunyai sebarang sijil pendidikan mencatatkan pendapatan purata sebanyak RM4,374 pada 2019 berbanding RM3,955 pada 2016.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-7-2020 02:31 PM
Gaji 20 - 40k pun sekarang tak cukup katanya...

tapi yang 10k+ ni kita tahu sangat la komitmen de ...

Iols yg gaji x seberapa pun pakai financial consultant..takpe kuar duit aikit but in return iols selesa jugak tp xde la nk fikir nk benti keje lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list