Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3198
View
62
Reply

[Tempatan] PKPB. Rakyat termasuk pelajar dilarang gi oversea terutama negara berisiko covid-19

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat tidak dibenar ke luar negara: Ismail Sabri
| | 30 Mei 2020


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan ke luar negara buat masa ini terutamanya ke negara berisiko tinggi penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu turut terpakai kepada pelajar di negara ini yang mahu menyambung pengajian di Indonesia kerana negara berkenaan merupakan antara negara berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

"Rakyat kita termasuk pelajar yang mahu ke luar negara ketika ini tidak dibenarkan, sesetengah negara juga tidak menerima kemasukan rakyat dari negara lain ke negara mereka.

"Indonesia dianggap sebagai antara negara mempunyai risiko tinggi (Covid-19) selain Amerika Syarikat, Brazil dan sebagainya, katanya pada sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan pelajar perubatan Malaysia yang pulang ke tanah air dan perlu kembali ke Indonesia untuk menduduki Ujian Kompetensi Mahasiswa Program Profesi Dokter (UKMPPD) hendaklah mematuhi prosedur kesihatan ketat ditetapkan termasuk memiliki sijil kesihatan.

UKMPPD, syarat wajib bagi pelajar perubatan tahun akhir yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, sebelum ini dijadual pada Mei lalu namun ditunda kepada Ogos susulan penularan Covid-19.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan arahan mengosongkan asrama di beberapa universiti sudah dibatalkan.

Beliau diminta mengulas arahan beberapa universiti tempatan sebelum ini supaya mengosongkan asrama, namun penuntut terlibat berdepan masalah untuk merentas negeri bagi mengambil barangan masing-masing yang masih ada di asrama.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sehingga hari ini, KPT sudah menghantar pulang 55,848 pelajar yang terkandas di kampus ke pangkuan keluarga masing-masing.

"Hari ini, seramai 574 pelajar dihantar ke kampung halaman masing-masing melalui penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu," katanya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangguh la pengajian tu..karang kena sampuk covid19 kat oversea, merayu2 Kerajaan plak suh bawak balik. Jgn selpish sgt boleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:22 PM | Show all posts
Selain tangguh pengajian di luar negera, nak bercuti keluar negara pun kena tangguh, seeloknya duit yang ada itu boleh buat disimpan dikala sesak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori ot. Hari tu kata ambil 1000 HO terus hantar masuk kerja untuk kes Covid 19. Memang jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ni merayu nak balik uni..
sebulan pastu merayu nak balik rumah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Travel overseas tunggu dulu. Kalau kata PKPB tamat, kita travel dlm negara dulu untuk stimulate ekonomi kita. Hotel, tempat peranginan semua tu, kita pegi sana, bantu orang tempatan dulu. Especially yg bayar cukai perniagaan. Yg tak bayar, yg lari dari bayar cukai, kita jgn beli kat depa. Contohnya itik. Eh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar cerita Perhentian pun tahun ni tutup, sebab lagi 2 ke 3 bulan dah monsoon season so tutup terus, ada owner chalet pun nak jual tempat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:19 PM | Show all posts
Ahhh bila sekali da benarkan rakyat ke luar negara, sah2 nanti orang lain pun melalak sama mintak nk g oversea..kerja la apa jadah la bagai..xyah berlembut sangat..belajar dr kesilapan rentas daerah n negeri ni..xyah sibuk2 nk bg kebenaran keluar negara
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:34 PM | Show all posts
thailand xberisiko
xpun pergi taiwan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Banned jelah travel oversea smpai 2021.
Nk travel bercuti ke apa domestik je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:49 AM | Show all posts
Sekaranglah masanya untuk kita membantu industri pelancongan negara. Cuti-cuti Malaysia kita.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nak travel domestik pun masih tak dibenarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Travel plans tangguh dulu beberapa tahun
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 30-5-2020 10:00 AM
Travel overseas tunggu dulu. Kalau kata PKPB tamat, kita travel dlm negara dulu untuk stimulate ekon ...

Iols pun dah plan nak sambung cuti2 dlm negara yg tergendala masa pkp ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 31-5-2020 11:44 AM
Iols pun dah plan nak sambung cuti2 dlm negara yg tergendala masa pkp ni

Baguslah camtu. Kita bantu orang kita dulu. Lagipun oversea masih kuat covid nya. Bukan boleh hilang dlm masa sebulan dua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 31-5-2020 04:41 AM
Baguslah camtu. Kita bantu orang kita dulu. Lagipun oversea masih kuat covid nya. Bukan boleh hila ...

Overseas takmo pegi , bahaya lagi. Kita cuti2 dlm Msia je lah. Tunggu lah kot boleh rentas negeri dlm masa terdekat ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:58 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-5-2020 05:55 PM
ni merayu nak balik uni..
sebulan pastu merayu nak balik rumah pulak..

aritu balik Msia sebab Indon covid tgh meningkat. skrg sibuk nak balik sana. Eh!! budak2 mcm ni elok biarkan sajalah di Indon. Tak perlu bawa balik klu tau jd begini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 06:01 PM | Show all posts
NekNgah replied at 31-5-2020 07:49 AM
Sekaranglah masanya untuk kita membantu industri pelancongan negara. Cuti-cuti Malaysia kita.

Org Msia klu travel dlm negeri tetiba kedekut nak spend duit. Semua dia berkira. Tp klu pigi Bandung, Jakarta, Ho Chi Minh, Seoul spend RM5k shopping pun depa tak kisah. Ini pengalaman aku sendiri berurusan dgn local tourists.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 31-5-2020 05:46 PM
Overseas takmo pegi , bahaya lagi. Kita cuti2 dlm Msia je lah. Tunggu lah kot boleh rentas negeri  ...

Betul. Dlm negara je dulu. Stimulate our economy first.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list