Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
469
View
6
Reply

[Tempatan] Bayi ditemui sihat, tiada kecederaan.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-5-2020 07:19 PM | Show all posts |Read mode


BAYI perempuan yang ditemui dihadapan pintu rumah kosong di Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, di sini, hari ini. NSTP/Ihsan Pembaca

Bayi ditemui sihat, tiada kecederaan
Oleh Nor Farhani Che Ad
bhnews@bh.com.my





SUNGAI PETANI: Bayi perempuan yang ditemui di hadapan sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, di sini, pagi tadi dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pemeriksaan mendapati masih terdapat tali pusat pada bayi berkenaan.
"Bayi perempuan baru lahir tanpa identiti itu ditemui berbalut kain batik dalam keadaan bersih, sihat dan masih bertali pusat.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan bayi berkulit cerah itu tidak menemui sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, bayi terbabit dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan bekas penyewa rumah yang didapati berpindah keluar dari rumah berkenaan semalam untuk diambil keterangan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi perempuan masih hidup ditemui oleh adik kepada pemilik sebuah rumah ketika datang melihat kediaman terbabit.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 28-5-2020 07:25 PM | Show all posts


SEORANG bayi perempuan yang masih hidup ditemui di hadapan sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini. - Foto ihsan pembaca








Bayi perempuan masih hidup ditemui di hadapan rumah kosong
Oleh Nor Farhani Che Ad
bhnews@bh.com.my




SUNGAI PETANI: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui di hadapan sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, di sini, hari ini.

Bayi berkenaan ditemui adik kepada pemilik rumah berkenaan, Md Rashid Bakar, 54, ketika datang untuk melihat rumah terbabit pada jam 9.15 pagi.

"Rumah abang, Razali, 58, sebelum ini disewa oleh lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri dan mereka keluar mengosongkan rumah berkenaan petang semalam.

"Apabila mereka keluar, pagi ini saya datang nak tengok rumah memandangkan saya memang diamanahkan abang untuk menjaga rumah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Rashid berkata, ketika beliau sampai di rumah itu, beliau ternampak sesuatu yang bergerak di dalam bungkusan kain batik berwarna merah di hadapan pintu rumah.

Katanya, apabila menghampiri bungkusan berkenaan, beliau ternampak muka bayi sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

"Saya memang tidak berani memegang bayi itu, namun dia kelihatan tenang dan tidak menangis," katanya.

Beliau berkata, kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan forensik berhubung penemuan bayi itu.










Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya ayat baby nampak tenang dan x menangis
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:20 AM | Show all posts
Letak dekat umah kosong, mmg niat nak bagi budak tu mati la.
Ngesek tak ingat dunia.
Dah bunting, anak ko buang2.
Elok mampus je org macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah buang hmm
Jual kat i pun xpe
Yelah klu minta free nnti org ngata i plak

Tapi ada nmpk muka baby tu versi tak blurr
Tak seberapa lah tapi bolehlah

Hmmm
Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:45 AM | Show all posts
alhamdulillah baby selamat...moga mak baby tu akan rasa menyesal sampai bila2 dan tak tenang..geram nya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list