Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4836
View
133
Reply

[Tempatan] Tiga beradik lemas,ketiga-tiga mayat sudah dijumpai

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-5-2020 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 28-5-2020 02:37 PM

3 beradik dikhuatiri lemas


Zaid Salim
am@hmetro.com.my

TIGA beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, 6.30 petang hari ini.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga beradik itu ialah Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 15, yang tinggal berhampiran sungai berkenaan.

Katanya, mereka dikatakan ke sungai itu 6 petang dan kejadian disedari empat lelaki yang memancing di tebing Sungai Kampung Mesah berhampiran seberang sungai tempat berlaku kejadian.

"Empat pemancing mendakwa nampak mangsa mandi dan tidak lama kemudian saksi terdengar suara meminta tolong sebelum ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, saksi mendapati mangsa sudah hilang," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa yang ke lokasi kejadian mengesahkan semua mangsa adalah anaknya berdasarkan pakaian dan telefon bimbit yang ditinggalkan di tebing sungai.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 10:23 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 28-5-2020 12:40 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 28-5-2020 02:37 PM

Mayat Umar Iskandar ditemui

Zaid Salim
am@hmetro.com.my

MAYAT pertama mangsa lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian jam 9.50 pagi ini.

Mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terdampar di dasar sungai kira-kira empat meter dari tebing sungai di kedalaman kira-kira lebih satu meter.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa iaitu Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16.

Katanya, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat jam 7 pagi tadi dengan kekuatan anggota seramai 79 orang membabitkan Unit Pengesanan JBPM (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur, polis, PPDA, Rela, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Kita membuat selaman selepas mendapat petunjuk dari Unit K9 yang turun ke sungai jam 8.50 pagi," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah sepanjang melakukan operasi SAR berikutan keadaan air yang tenang dan berpasir.

Mohd Basri berkata, pihaknya meneruskan operasi dengan pencarian membabit radius keluasan dua kilometer menghala ke arah ke laut.
Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Imtiaz, Kuala Berang; Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang dan Umar Iskandar, 21, yang juga penuntut di Universiti Malaya dikatakan mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah mangsa jam 6.30 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2020 12:41 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 28-5-2020 12:43 PM

Mayat Khairil Firdaus pula ditemui

Zaid Salim
am@hmetro.com.my

MAYAT kedua mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui selepas hampir dua jam penemuan mayat pertama jam 11.36 pagi ini.

Mayat Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON), Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa iaitu Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

Sementara itu, abang sulong mangsa, Amirul Aizam, 29, berkata dia bersyukur dua adiknya sudah ditemui dalam keadaan sempurna.

"Memang sedih dan sebak dengan kejadian ini namun saya reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mangsa sebaik dibawa naik ke tebing.

Terdahulu, anggota Bomba dan Menyelamat menemui mayat Umar Iskandar, 21, jam 9.50 pagi.
Mayat Umar ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17, dan Umar Iskandar, 21, mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah jam 6.30 petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2020 12:42 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 28-5-2020 02:37 PM

Mayat terakhir tiga beradik ditemui

Zaid Salim
am@hmetro.com.my

OPERASI mencari dan menyelamat tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, petang semalam berakhir dalam tempoh 24 jam apabila ketiga-tiga mangsa ditemui hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa, Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Hilman Abdul Rashid berkata, pihaknya memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian jam 6.30 petang semalam.

"Operasi yang disertai seramai 85 anggota membabitkan polis, bomba, APM, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Rela mengambil masa selama 18 jam sebelum kesemua mangsa ditemui.

"Semua mangsa ditemui pada jarak antara 50 meter antara satu sama lain," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Katanya, penemuan mangsa adalah hasil bantuan unit pengesan anjing (K9) sebelum Pasukan Penyelamat Di Air melakukan selaman.

Md Hilman berkata, sejak Januari hingga kini, sebanyak 13 kes lemas direkodkan di seluruh negeri ini termasuk kes membabitkan tiga beradik terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya dugaan semoga kuat ayahnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah ..sedihnya lah...
smg Allah kurniakan kesabaran setinggi gunung utk keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
3 anak lelaki pergi sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts

Semoga Allah kurniakan ketabahan untuk keluarga mangsa. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk gmbr raya mereka bertiga bersama si ayah..pakai baju purple..

Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Inalillahiwainnailaihirojiun. Semoga segalanya dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah ambik 3 sekaligus.. Bertabah la pakcik sekeluarga.. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:16 PM | Show all posts
Salam takziah. Semoga diberi ketabahan dan redha dgn takdir Ilahi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnye 3 org sekaligus.....takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Salam Takziah. Berat nya ujian buat family ni. 3 orang pergi sekelip mata. Dalam bulan syawal pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:19 PM | Show all posts
Bila musibah berlalu dalam musim raya pasti rasa sedihnya lebih dari biasa, takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2020 01:19 PM | Show all posts
Xim replied at 28-5-2020 01:17 PM
Sedihnye  3 org sekaligus.....takziah....

Pandai2 pulak arwah semua tu..ada yg study kat UM Lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:20 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga....
Bukan benda mudah nak terima, 3 anak lelaki sekaligus pergi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah Ya tuhan ku.....3 sekaligus. .....besarnya dugaan ibu bapa


Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:33 PM | Show all posts
innalillahiwaiinailahirojiun.dah jumpa mayat ke 3.Arwah pelajar sek imtiaz..sempat habiskan hafazan 10 juzuk alquran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list