Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
787
View
13
Reply

[Tempatan] Seorang lelaki memandu Lori dan berpistol mainan merempuh pagar istana.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-5-2020 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-5-2020 08:51 AM

Lelaki rempuh pagar istana Kuala Kangsar bawa pisau, pistol mainanBernama -

May 25, 2020 6:17 PM


Polis berkata suspek merempuh pagar Istana Iskandariah kerana mendakwa dipanggil untuk menghadap Sultan Perak.
KUALA KANGSAR: Seorang pemandu lori ditahan selepas merempuh masuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan membawa sepucuk pistol mainan dan sebilah pisau ketika menceroboh masuk istana berkenaan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Razali Ibrahim berkata dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, suspek Mohammad Lokman Mohammad Termizi, 30, yang menaiki kereta Perodua Myvi bertindak merempuh pagar utama hadapan Istana Iskandariah selepas dilarang pengawal istana yang bertugas.
Beliau berkata curiga dengan tindakan lelaki itu, pengawal istana menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Selepas tidak dibenarkan masuk, lelaki itu masuk ke dalam kenderaannya dan tiba-tiba merempuh pagar utama hadapan istana sehingga menyebabkan rantai dan mangga kunci putus serta pagar terbuka.

Lelaki terbabit terus memecut masuk hingga ke anjung istana. Bantuan daripada unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) trafik yang sudah berada di anjung itu, cuba menahan namun berlaku pergelutan apabila dia bertindak mengacukan pistol mainan ke arah anggota polis, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, hari ini.
Razali berkata hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Kampung Tersusun Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Tawai Gerik itu mendakwa melakukan pencerobohan kerana dipanggil ke istana berkenaan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mendapatkan rekod kesihatan mental suspek berkenaan bagaimanapun setakat ini kita menganggap dia normal kerana dia bekerja sebagai pemandu lori, mempunyai isteri dan 2 orang anak, katanya.

Mengulas lanjut, Razali berkata ujian air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 426 dan 447 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana pada pagar istana dan menceroboh istana, katanya sambil menambah kes juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 8 Akta Senjata Api, katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-5-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Seb baik ko tak kena tembak

Ker die ada kaitan dgn raja yg br mangkat tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-5-2020 01:52 AM
Seb baik ko tak kena tembak

Ker die ada kaitan dgn raja yg br mangkat tu

Raja baru mangkat?....

Ayahanda sultan Nazrin ke?...aku raja raja perak ni tak kenal sgt. Aku kenal Raja Nazrin je sorang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo..
Tu la amek lagi barang. Kan dah berangan bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:11 AM | Show all posts
Tgh high la ni...
Elok idup takde masalah, buat masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-5-2020 08:16 AM
Raja baru mangkat?....

Ayahanda sultan Nazrin ke?...aku raja raja perak ni tak kenal sgt. Aku k ...

Cer tgk list thread dlm bod ci ni
Ko akn jumpa 1 psl sorg raja di perak mangkat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
apakehey komer.. bwk pistol mainan
yg pagar tu pulak... kena langgar myvi je pun dah terbukak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental?
Makin ramai mabuk/mental/high
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Angkara dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah telan lagi vethamine banyak2 lagi kan dah bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:56 PM | Show all posts
Apalah punca sampai dia sanggup bertindak macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah musuh negara

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:28 PM | Show all posts
MinyakAngin replied at 26-5-2020 12:41 PM
Itulah telan lagi vethamine banyak2 lagi kan dah bodoh.

Dia igt mkn multivitamin kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:10 PM | Show all posts
nsb baik tak mati kene tembak..amik lg benda2 mcm tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list