![]() Moderator: Eva_yy_Ellin
PERATURAN BOD TEKA-TEKI DAN TRIVIA 1. Hanya soalan teka-teki yang berkaitan sahaja dibenarkan dalam board ini. Sebarang urusan jual/beli, berborak, berkongsi masalah peribadi dan berkongsi info yang tidak berkaitan adalah tidak dibenarkan. Setiap thread yang dibuka mestilah mempunyai soalan atau permasalahan teka-teki. 2. Setiap pembuka thread haruslah memberi jawapan atau menjawab jawapan forumer dalam tempoh 48 jam atau sekurang-kurangnya 7 hari. Pembuka thread juga perlu 'reply' jawapan forumer yang telah memberi jawapan tepat dengan 'quote' posting jawapan forumer tersebut dan 'TAG' Mod Board dalam posting jawapan yang di'quote' itu. 3. Setiap thread yang dibuka mestilah meletakkan THREAD TYPE mengikut kategori soalan. a. Teka-Teki : Soalan-soalan biasa dan berIQ tinggi atau rendah. b. Trivia : Soalan-soalan berpengetahuan am dan berfakta. c. Maths : Soalan-soalan yang memerlukan pengiraan. d. Gambar : Soalan-soalan yang bergambar. 4. Setiap thread yang berulang tidak akan diberi kredit dan akan diletakkan TAG ULANGAN oleh Mod Board. Oleh itu, disarankan bagi forumer menyemak terlebih dahulu sama ada soalan telah diberikan atau tidak. 5. Forumer tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan politik, agama, kaum dan ideologi di board ini sama ada dari segi pemberian soalan atau menjawab soalan. Amaran akan diberikan kepada forumer yang menyentuh isu-isu tersebut. Forumer tidak dibenarkan menyerang forumer lain dan mencetuskan pergaduhan. Untuk membaca peraturan forum, Sila klik Peraturan Cari Forum Quick post | Latest ThreadHot Topic |