(( ISU PANAS )) Krisis Ekonomi : Cabaran Dan Tuntutan Baru

Pendapatan Keseluruhan Negara
= Pendapatan Negara + Cukai – Subsidi


Pendapatan Persendirian ( Syarikat )
= Upah dan Gaji + Sewa + Bunga + Untung + Dividen + Lain2Bayaran – Cukai Keuntungan Syarikat – Caruman KWSP – Lain2 Potongan


Pendapatan Keluarga ( Rakyat )
= Upah dan Gaji + Subsidi – Perbelanjaan Harian – Lain2Bayaran





Perincian Pendapatan Negara :
-
Perbelanjaan isi rumah.
-
Pelaburan swasta dan awam.
-
Perbelanjaan kerajaan.
-
Perubahan inventori.
-
Eksport / Import dan Perkhidmatan.
-
Cukai
-
Subsidi


Kadar pertukaran ringgit..

Paling baik : 1996 (AS $1=RM2.49)
Paling buruk : 1998 (AS $1=RM4.88)




Krisis yang melanda negara kita sekarang ini amat mencabar.
Kita amat memerlukan formula dan pendekatan yang baru,berkesan dan menyeluruh untuk mengatasi krisis ini samada untuk rakyat,syarikat mahupun negara..

Harapan saya agar kita semua dapat berganding bahu untukmengatasi kemelesetan negara kita.

Sesiapa yang mempunyai idea, pandangan, pendapat atauapa-apa formula boleh utarakan di sini.

Saya hormati pandangan anda. Terima Kasih








-------------------------------------------------------------
Klik Di Bawah
TeamPemudaUMNO
pro-faizal
Forum1Malaysia


[ Last edited by  Macho_men at 19-3-2009 11:17 ]
pakai baju ikut saiz... itu jer...
belanja kurang dari income...
PERCUMA!!! ~ 100 Teknik Menjadi Kaya! www.visijutawan.com
Originally posted by Macho_men at 7-2-2009 01:00 PM
Pendapatan Keseluruhan Negara
= Pendapatan Negara + Cukai – Subsidi


Pendapatan Persendirian ( Syarikat )
= Upah dan Gaji + Sewa + Bunga + Untung + Dividen + Lain2Bayaran – Cukai Keuntun ...
Tak larat nak bagi pandangan lah macho ..malam ni..
may be lain hari..

tapi aku suka tengok figure ni..

Paling buruk : 1998 (AS $1=RM4.88)
GENG CONSULTANT UNIT TRUST..
Kirawang, GROUP AGENCY MANAGER,  UNIVEST GROUP, PUBLIC MUTUAL BHD.
www.univestgroup.com.my.. 012 381 1974, shaari71@gmail.com

PORT KAMI BERSTRATEGI UTK PRODUCE WANG DI CARI.COM
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=375319&extra=page%3D1

KISAH BENAR GENG CARI.COM YG DULU SIBUK  BERFORUM,  LA NI SIBUK CARI WANG
http://univestgroup.com.my/main/index.php?option=com_content&task=view&id=33&Itemid=1
Ok.. Takpe

[ Last edited by  Macho_men at 24-2-2009 04:10 PM ]
Fikir dululah. Jangan Fitnah. Jangan Kutuk. Jangan Kondem je. Tak Baik :-)

http://Forum1Malaysia.blogspot.com
yg penting kite kena lebey berjimat...
yg tak perlu, jgn beli...
mana2 lebihan wang, simpan...
tak mati kalo tak beli baju mekap baru...
tp yg paling penting kesihatan kena jaga..
kalo kite sakit, satu sen pun tak guna..
The best advice I ever got: People like People who like themselves.

~~Menawarkan Perkhidmatan Perubatan Secara Jauh.
aku kopi pes je artikel ni drp blog http://politikbanjar.blogspot.com/2009/02/tazkirahabo-tips-menangani-gawat-1.html. walaupun dia ulas secara secara umum, semoga jadi ingatan untuk semua.

************************************************************************
Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini.Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja.

Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!!Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibattekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa disebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan.Rasulullah SAW bersabda:
“AllahSWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman…..apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulahsebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahanmaka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayatMuslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat  dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2.Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.

3. Menjaga hubungan silaturrahim  kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki.

“Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”  (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4.Konsisten dalam bersedekah . Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith:

“Setiapkali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satudi antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya)kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)”

manakala malaikat yang satu lagi berdoa:

“Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)”   (riwayat Bukhari dan Muslim).

Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;

5.Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengankesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa punujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.


[ Last edited by  mantan at 16-2-2009 11:21 PM ]

Reply #7 mantan's post

perhaps also beri penekanan kpd angle org melayu, yakni isu spesifik membelenggu masarakat melayu.

di donia yg penting makan minum, perlindungan, pakaian, perubatan dan pendikan.

wa mmg hangeng semacam tgk melayu2 kurang berkemampuan beli henpong instalmen plan 3 tahun; kete beli loan 12 tahun. Gebang kemain latest PDA offer; tp susu anak downgrade to jenama murah.
yang tak tau punya..pls diam diam saja!
jangan masuk ikan dan udang punya comment!
~ courtesy of calvynlee, poremer at Stock & Economy
die, die nicht wissen, Unterhaltruhe gefallen!
setzen Sie keine Unsinn Anmerkung!
Cari DIY Day Banner - Place Your Advertisement Here
biar papa asal bergaya... pepatah paling bodoh dalam bahasa melayu....
1) yg paling best, yg ambik cash advance dari credit card..dengan bunga sebanyak 15% setahun dan disamping bayaran rm50 untuk setiap bawah rm1k... still ramai yg pulun gak...
2) still ramai pergi ke along untuk pinjam duit walaupun tau bunga yg dikenakan along entah apa-apa dan kekejaman mereka selalu disiarkan.
Originally posted by mat403 at 17-2-2009 06:54 PM
biar papa asal bergaya... pepatah paling bodoh dalam bahasa melayu....
1) yg paling best, yg ambik cash advance dari credit card..dengan bunga sebanyak 15% setahun dan disamping bayaran rm50 unt ...
tolong la jgn amik cash dari cc...
membunuh diri btl...
The best advice I ever got: People like People who like themselves.

~~Menawarkan Perkhidmatan Perubatan Secara Jauh.

Reply #8 kabukiman's post

aku rasa isu2 berkaitan kewangan yg membelenggu kita sebab takde kesedaran n tak pikir jangka panjang...pastu dah tau tu tak nak amik tau..pastu takde lak hebahan media..contohnya kat tv,radio n sotkabar berapa byk sgt rancangan pasal duit..pastu buku2 ngan majalah kewangan sapa yg dok baca...okey la buku n magazine mahal...kalau nak yg free kat internet banyak..berapa org yang dok baca...

kita byk terpengaruh ngan budaya nak bermewah2 supaya nampak hebat..nak beli itu ini macam dlm iklan..walhal selalunya kita tak perlu pun..enpon mesti terkini sebab byk feature baru...susu anak sama je semua..susu jugak

at least org dulu2 pun lg pandai merancang..masa ada duit sikit beli lembu, tanah...bila anak nak masuk univ atau perlukan duit sangat2.. jual lembu, jual tanah..memangla tak sama ngan cash tapi still ada...yg org sekarang ni apa yg dirancang masa anak lahir? ajar anak2 bergaya...nyanyi2...dah besar nanti jadi artis mi segera
perancangan kewangan/simpanan perlu diajar dr sekolah rendah lai..jadikan ia subjek khusus selain dr matematik/akuan/kemahiran hidup yang lainn..dr kecik da kena didik tentang ni..budak2 cepat belajar dan mengikut..kat rumah lakk..ibubapa perlu didik anak berjimat..jangan asyik kasi ape yg anak mintak je..sediakan tabung or buat buku bank utk galakkan diaorg menyimpan..

hapuskan budaya biar papa asalkan bergaya.hidup serdahana janji hati mau gembira.poket kosong buku akaun penuhh..

budaya iklan memang mempengaruhi amalan harian kita.ia juga merupakan bentuk penjajahan minda kita.abaikan iklan tu.anggap ia tidak logik.jgn mudah terpedaya..biar tak bergaya janji hati gumbira..

>just my 2 cents.
1Malaysia..1Cari

Reply #11 mantan's post

tuh la pasal....

yg wa perati org melayu mmg ketinggalan amat... baik melayu zaman2 dulu yg beli ayam itik lembu tanah.

melayu moden esp lower to mid income terikut2 kebendaan. Sampai isu yuran skolah pon jadi masalah negara.

yang tak tau punya..pls diam diam saja!
jangan masuk ikan dan udang punya comment!
~ courtesy of calvynlee, poremer at Stock & Economy
die, die nicht wissen, Unterhaltruhe gefallen!
setzen Sie keine Unsinn Anmerkung!
Originally posted by ridd at 22-2-2009 07:26 AM
budaya iklan memang mempengaruhi amalan harian kita.ia juga merupakanbentuk penjajahan minda kita.abaikan iklan tu.anggap ia tidak logik.jgnmudah terpedaya..biar tak bergaya janji hati gumbira.....
aku amat stuju dgn stat ni...

Cuba korang tgk majority iklan kat tv...
esspecially iklan pasai umah...kereta..bank..household...makanan berat & ringan semuanya tunjukan gaya idop mewah..
rumah at least Semi-D..keta 4 wheel drive..furniture elegant..walhal family tu anak baru sorang age 1 thn..

kalo ikut realiti idop..baru grad then kawen dpt anak sorang tahap ekonomi famili dok merangkak terhegeh2..
mana nak setel utang kawen..ptptn..utang keta...ye dakkk...
Syukran Jazilan...
Aku berjaya menikmati tiap minit kehidupan ini dgn tenang & senang
haaaa..dgr tu kawan2..

Jika anda sedang mencari peluang utk buat duit dgn unlimited income dan menolong orang sakit..boleh hubungi saya segera yerrr..

Saya buat bisnes insuran jer..
Your Prudential BSN Takaful advisor
Dean [016-773 8883]
Originally posted by mantan at 21-2-2009 07:53 PM
yg org sekarang ni apa yg dirancang masa anak lahir? ajar anak2 bergaya...nyanyi2...dah besar nanti jadi artis mi segera
masa kecik2 dulu ada masuk pertandingan nyanyi2 bintang kecil..

tp kan bro.. bab2 nak jadi artis ni.. mmg jd kegilaan remaja skrg beb..
cuba bandingkan berapa pjg dieorg beratur utk ujibakat AF...
dengan yg beratur nak pegi seminar kerjaya..

stuju idea ridd.. perancangan kewangan/simpanan dijadikan subjek mula dari sekolah rendah lagi..
Ok... TKasih di atas pandangan
Fikir dululah. Jangan Fitnah. Jangan Kutuk. Jangan Kondem je. Tak Baik :-)

http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Org melayu dulu2 rumah buruk mcm nak roboh tapi tanah berekar2.
~~Say your prayers before prayers are said for you~~
Untuk atasi kemelesetan ye?

Hmm...

Insentif untuk industri

1.Bekalan eletrik percuma. Kilang tak payah bayar bil eletrik lagi.
2.Bekalan air percuma.
3.Tanah untuk bukak kilang baru tak kena cukai. Dan harganya diberi diskaun. (Pajakan bersyarat - sehingga ekonomi ok semula)
4.Pengecualian cukai import untuk semua jenis barang mentah.


Insentif untuk rakyat

1. Eletrik percuma
2. Lebuhraya tanpa tol
3. Bil air percuma
4.Cukai import kereta dimansuhkan - 0% (Kalau proton nak bersaing - kena kerja keras la)
5.Yuran sekolah percuma
6.Tiada uniform untuk pelajar sekolah - kos uniform satu pembaziran
7.Harga minyak diturunkan ke cost price iaitu 20sen seliter
8.Pengkhususan dalam mata pelajaran. Maknanya pelajar hanya perlu pilih subjek yang dia minat dan berbakat aje.
9.
Untuk kerajaan, majlis perbandaran dan sebagainya

1.Projek - projek membazir seperti landscaping dan pengindahan semula dihapuskan.
2.Pegawai-pegawai yang korup dan rasuah ditamatkan perkhidmatan
3.RFID tag untuk memastikan pegawai dan pekerja kerajaan tidak menghilangkan diri dan mudah dikesan sekiranya 'hilang' tanpa sebab.
4.  Sila laa tambah lagi
5.Segala pendatang haram dihantar semula ke negara asal.
6.Mewajibkan hanya rakyat Malaysia yang sah sahaja boleh diambil bekerja. Tiada lagi pekerja impot.
7.Pembukaan tanah-tanah baru untuk mereka yang tidak bertanah.
8.Mengharamkan MLM, Skim Cepat Kaya dan segala bentuk penipuan terancang di Malaysia. Hukuman berat untuk penaja dan pengamal skim-skim penipu ini.
9.*Syarat untuk memiliki senjata api hendaklah diringankan, supaya rakyat boleh menyimpan dan memiliki senjata api dan seterusnya mempertahankan diri mereka sendiri. Khidmat pasukan polis boleh dimansuhkan dan negara dapat berjimat 8 billion setahun iaitu wang yang digunakan untuk maintenance pasukan polis gerak khas malaysia itu.




* Sila google switzerland untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan 'the right to bear arms' negara tersebut

[ Last edited by  GUNDUT at 4-3-2009 16:42 ]
10.Segala macam kursus bodoh, uniform bodoh, batik day dan sebagainya dihapuskan. Engkau kat situ untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk pakai baju batik beramai-ramai dan buat kerja tah hapa-hapa.
5.Segala pendatang haram dihantar semula ke negara asal.
6.Mewajibkan hanya rakyat Malaysia yang sah sahaja boleh diambil bekerja. Tiada lagi pekerja impot.

stament nie yang patut dilakukan oleh kerajaan berkuat kuasa serta merta
aku nak sarankan hantar balik semua expats selepas beberapa tahun kat sini - kata nak transfer knowledge.. takkan lah umat kita nih dungu sangat sampai org org asing ni bermastautin kat sini bertahun tahun dan tahun..
contoh.. company lama aku tuh.. mmg foreign company lah.. berdegar degar warwarkan globalisation localisation, tapi makin tahun makin ramai org dia diexport ke sinii.. abt 6 yrs ago, satu mamat ni dia minta transfer ke sini coz nak lari dari tanggungjawab - dia baru bercerai ms tu.. ms dia start keje kat sini, gaji dia lebih 5x gaji aku - padahal jobscope mmg sebijik cam aku wat (cuma masa tu senior aku 4 yrs lah), sbb nak apply work permit, diaorg declare dia sbg specialist - pthuiii... aku share bilik dgn dia, tiap tiap ari keje dia cuma surf internet, dpt keje pas kat meja belakang (aku ler tuh).. now dia naik pangkat jd mgr tah apa (seme job creation lah nih), gaji dkt 20k aku agak, aku.. kena berenti coz contractor. skrg nih, opis tu dah ramai makhluk diaorg nih.. sakit ati jer coz bangsa diaorg prosper, yg empunya tanah seme balaci..merdeka kah kita??




Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
All Rights Reserved. Copyright © 1996-2010 CARI Internet Sdn Bhd.
Privacy Policy | Term of Service | Disclaimer | About CARI | Feedback | Advertising | Complaint to Cari