Kenapa Subjek Ekonomi Dan Perdagangan Tidak Diajar Dalam ‘English’?
Samada di laman blog pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang,hampir 100% tidak menyokong dasar Pembelajaran DanPengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari terusdilaksanakan.
Menteri tahu ke tak ni. Punyalah banyak asakan. :-)
Kenapa perlu belajar Sains dan Matematik dalam BahasaInggeris untuk menguasai Bahasa Inggeris?
Kenapa pula Subjek Ekonomi, Perdagangan,Geografi atau lain2 subjek tidak diajar dalam Bahasa Inggeris juga?
Kenapa pula hanya membebaniPelajar Sains?
Atau Pelajar Ekonomi, Perdagangan dan lain2 jadi‘anak tiri’?
Adakah hanya subjek Matematik dan Sains sahaja yang penting?
Cubatanya Muyyidin dan Sharir Samad samada subjek perdagangan dan ekonomi pentingatau tidak?
++++++++++++++++++++++++++++
Bagaimana pula jurang prestasi pelajar Berasrama penuh,pelajar di Bandar dan Luar Bandar yang terpaksa belajar subjek ‘kritikal’seperti Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dan STPM.Pelajar2 di Luar Bandar sangat terbeban.
Adakah ini adil?
Akhirnya pelajar sains yang cemerlang di peringkat PMR danSPM akan kecundang. Sementara pelajar aliran lainpula yang lebih berjaya daripada mereka.
++++++++++++++++++++++++++++
Saya fikir dengan penambahan ‘Literature inEnglish’ seperti ‘Poems’ dan ‘Short Stories’ dalam subjek BahasaInggeris dan ditambah lagi dengan subjek ‘English for Scienceand Technology’ di peringkat sekolah menengah, ianya sudahmencukupi. Cuma ia memerlukan cara pelaksanaan yangberkesan yang perlu difikirkan kembali.
p/s: Kita mungkin boleh memaksa kuda masuk ke dalam kandangtapi kita tidak boleh paksa ia minum :-)
p/s: Saya pun masih tak pandai bercakap Bahasa Inggeris lah;-)
-------------------------------------------------------------
Klik Di Bawah
pro-faizal
TeamPemudaUMNO
Forum1Malaysia |