Jom Sertai 'UMNO BARU' Bersama 'Macho_Man' (UPDATE: 21/3/09)
Salam semua..
Ini bukan Parti Baru... Tapi UMNO Baru..
Pembaikan dari UMNO lama.. 
Saya buat mungkin ada yang dah tak suka dengan UMNO lama dan juga kerenah dalam Pakatan Rakyat.. 
Kita akan bincang pembaharuan dalam UMNO baru ni secara berperingkat.
Harap sama2 membantu... 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Manifesto UMNO Baru ( Kemaskini 10/3/2009 )
PPSMI
-Tidak perlulah berdolak-dalik berhubung perkara ini.
-Pihak media tidak perlu menyindir dan memperlekehkan usaha ‘orang-orang lama’ yang memperjuangkan bahasa.
-Mereka yang telah hidup sejak sebelum merdeka lagi lebih memahami makna bangsa dan bahasa yang sebenar.
-Tanyalah suara hati anda secara tepat. Kita mungkin boleh menipu orang lain, tapi kita tidak boleh menipu diri sendiri.
ISA (*bersyarat)
-Memandangkan Obama sendiri pun telah membebaskan tahanan Guantanamo, tiada sebab untuk kita takut kepada bayang-bayang.
-Kita akan cuba pastikan negara dalam keadaanaman dan harmoni terlebih dahulu.
-Sudah memadai, polis sahaja yang menjaga keamanan jika semuanya boleh bekerjasama.
Bahasa Melayu
-Kita akan cuba sedaya upaya memartabatkan bahasa kita.
-Kalau boleh kita akan menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam urusan.
-Bahasa lain tidak akan dipinggirkan. Kita akan cuba mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin serta bahasa-bahasa lain dalam Bahasa Melayu bermula di sekolah rendah terutama Bahasa Inggeris.
p/s: Lain-lain seperti Badan kehakiman, perundangan, keselamatan, SPRM, pilihanraya, kabinet, ahli-ahli Majlis, peruntukan kewangan dan sebagainya akan diulas kemudian….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kemaskini :21/3/09
Kerajaan Campuran
- Menerima baik cadangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
- Dalam krisis politik yang kronik, kita sangat memerlukan penyatuan, bukannya perpecahan.
- Tiada masalah dengan kabinet campuran.
- Apa ruginya kalau bersatu? Tiada parti politik yang sempurna 100%. Kenapa perlu menolak perubahan ke arah kebaikan? Jangan sampai bila orang Melayu melukut di tanah sendiri, baru kita nak sedar… Fikir2kan..
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampansakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong golokkan,
Saya pemuda baru belajar,
Kalau pandai tolong ajarkan....
-------------------------------------------------------------
Pesanan Penting: Klik Di Bawah
TeamPemudaUMNO
pro-faizal
Forum1Malaysia
[ Last edited by Macho_men at 21-3-2009 11:55 ] |