- Thread
- 1129
- Credits
- 1439
|
Jika korang menjawab YA kpd kesemua soalan2 di atas, atau korang menjawab hampir kebanyakannya dgn YA, atau tiba2 muncul bayangan seseorg dlm kepala korang ketika korang membaca kesemua soalan2 di atas, maka MUNGKIN, korang atau org yg muncul dlm bayangan di kepala korang tu, ialah seorang INDIGO. Apakah atau siapakah INDIGO?
Indigo merujuk kpd warna yg diberi oleh Sir Isaac Newton ketika beliau membahagikan warna2 dlm optical spectrum kpd Merah, Orange, Kuning, Hijau, Biru, Indigo & Violet. Apakah warna Indigo secara umumnya? Secara umumnya, warna Indigo ialah warna yg berada di antara Biru & Violet. Secara spesifik, warna Indigo adalah warna yg terbuka kpd interpretasi. Walau bagaimana pun, benda2 di bawah bolehlah dikatakan memberi 'hints' tentang warna Indigo.
* Anggur
* Langit Malam
* Beri Biru
**************************************
Jadi, apa pula kaitan antara Indigo dgn korang? Good question. Pernah dgr x tentang Indigo Children/Adult?
Terma ini dimulakan oleh seorg psikik & synesthete bernama Nancy Ann Tappe dlm bukunya yg bertajuk Understanding Your Life Through Color - 1982, di mana Nancy mengklasifikasikan personaliti manusia berdasarkan kpd warna AURA mereka. Keupayaan Nancy utk melihat aura manusia telah memberikannya suatu kelebihan, di mana pd pertengahan 1960, Nancy mulai sedar bahwa beliau dpt melihat ada begitu ramai kanak2 yg mempunyai aura berwarna Indigo. Pd hari ini, Nancy menganggarkan bahwa 60% org yg berusia 14 hingga 25 dan 97% dari kanak2 yg berusia di bawah 10 thn, adalah INDIGO.
Tidak lama kemudian pd thn 1998, sebuah buku yg bertajuk 'The Indigo Children:The New Kids Have Arrived' telah ditulis oleh seseorg yg bernama Lee Carroll & isterinya Jan Tober, di mana dlm buku itu, Lee menyampaikan mesej yg diberikan kpdnya oleh satu entiti yg bernama Kyron. Entiti bernama Kyron ini telah menyampaikan salah satu mesej penting kpd dunia, iaitu "CINTA ialah KUASA yg PALING KUAT di seluruh alam maya."
Semenjak thn 2000, dunia telah menyaksikan kelahiran kanak2 yg rata2nya bermata besar & seakan berkaca (crystal-like), di mana kanak2 ini telah mendemonstrasikan kriteria2 yg sebahagiannya ada dinyatakan dlm soalan2 di atas. Sesetgh drpd mereka mempunyai memori yg sgt kuat, sehinggakan ada di antara mereka yg kononnya pernah mengaku telah lahir sblm ini, & sgt bijak menjwb soalan. Seolah2 mereka pernah lahir pd zaman yg mereka sebutkan tu. Mereka mempunyai kuasa psikik, di mana mereka mampu melihat masa lalu & masa depan kerana terbukanya CAKRA MATA KE 3 mereka. Mereka juga mempunyai intuition & imaginasi yg kuat, selain memiliki kemampuan spiritual yg tinggi.
Selain dari itu, org2 Indigo secara naturalnya sgt cenderung kpd perkara2 berbaur misteri, spiritual, paranormal & occults, & seringkali adalah mereka yg cenderung utk berfikir 'outside the box', x suka mengikut taklid kpd sistem lama/tradisi & lebih gemar memperbaharui cara utk melakukan sesuatu sehingga kdg2 mereka dilabel sebagai 'rebellious' atau 'system busters'. Org2 Indigo dikatakan juga memiliki WISDOM & LEVEL KESEDARAN yg jauh lebih advance dari usia mereka sendiri.
Kehadiran kanak2 Indigo pernah diramal oleh Nostradamus, yg katanya bakal membuka jln ke sebuah dunia yg baru. X mustahil, ramalan ini berkaitan juga dgn ramalan kaum Maya, yg mana mereka meramal pd 2012 sesuatu akan berlaku (samada negatif/positif). Beberapa pihak yg melihatnya sebagai sesuatu yg POSITIF, meramalkan bahwa dunia akan masuk ke suatu zaman baru yg dipanggil Zaman Aquarius, di mana pd zaman ini, manusia akan dpt melihat keajaiban2 yg sebelum ini hanya dpt dilihat di kaca2 tv/cinema. Di zaman Aquarius, manusia2 yg memiliki SUPER POWER akan muncul & kita akan dpt menyaksikan bnyk perkara2 pelik/ajaib pd zaman ini.
X mustahil, kita akan dpt melihat manusia2 yg memiliki super power sprt yg ada dlm siri The X-Men. Kanak2 Indigo ini memiliki keistimewaan2 tersebut yg selama ini x terdpt dlm kalangan org biasa. Mereka dikatakan memiliki kuasa paranormal, antaranya mampu membaca minda org, selain mempunyai rasa empathy & daya kreativiti yg tinggi. Namun demikian, org2/kanak2 Indigo ini juga seringkali didiagnosiskan mengalami antaranya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Attention Deficit Disorder (ADD) & Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).
Di satu pihak yg lain, ada juga yg x percaya pd kewujudan/keistimewaan kanak2 Indigo ini & menganggap bahwa tidak ada bukti kukuh bahwa kanak2/org2 Indigo ini adalah manusia2 istimewa yg bakal membawa dunia ke era Aquarius. Pakar psikiatri sprt Russell Barkley beranggapan bahwa fenomena kanak2 Indigo ini dibesar2kan utk mengaut keuntungan yg blh didapati dari jualan media cetak/elektronik. Ssetgh pihak lagi beranggapan bahwa fenomena kanak2 Indigo ini ialah hasil drpd minda kanak2 tersebut yg terlalu bnyk menonton program2 tv yg berkaitan dgn magic, sehingga mempengaruhi cara mereka berfikir. |
~ 'Apa yang kau harap dari malaikat yang jatuh...
Dihukum menjadi manusia...
Lalu harus menanggung dosa...
Kembara mencari sayap yang hilang...
Agar bisa kembali terbang...
Pulang mengelilingi mentari...
Fana, dalam cahaya yang abadi...' ~
|
|