Asal Bangsa Melayu : Keturunan Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim

Kumpulan Melayu-Proto anak cucu Nuh a.s. telah ada di Nusantara sejak seawal 5,000 tahun lampau sementara Melayu-Deutro anak cucu Ibrahim a.s. pula kira-kira 4,000 tahun lampau.

Satu lagi kelompok dikatakan telah mengikut jalan laut (dikatakan dari Kanaan) dan mendarat di Palembang (inilah tempat kerajaan Srivijaya yang besar itu). Kelompok ini mungkin sampai lebih lewat tapi juga sudah lama, mungkin sekitar 3,500 tahun lampau.

Rumah Melayu (istana Pagar Ruyung dan rumah Minangkabau) dikatakan sama bentuknya dengan rumah-rumah di Kanaan pada masa itu iaitu tinggi tiangnya dan melengkung bumbungnya.

Adakah nama Melayu untuk bangsa yang hebat ini adalah nama kontemporari? Roland Braddell menyatakan bahawa Tamil India Selatan adalah ahli pelayaran terkenal di zaman silam dan merekalah yang membawa tamaddun ke alam Melayu. Swami Satyananda dalam ‘History of Malay’ menyatakan bahawa Malaiyu, ibukota Sumatra adalah berasal dari bahasa Tamil iaitu Malai-Ur yang mana nama ini diberikan oleh penduduk Tamil kerana tanah ini dipenuhi banjaran gunung.

Malai bererti gunung sementara Ur maksudnya negeri. Saya berpendapat nama Ur itu mungkin setua Ur di Babylon. Ini kerana keturunan Ham telah memerintah Ur sejak 1800-712 SM (kaum Amur – bermaksud ‘orang gunung’ keturunan Ham memerintah Babylon Kuno dari 1800-1530 SM dan kaum Hitti – yang dikatakan oleh ahli sejarah sebagai datuk nenek orang Melayu atau Mongoloid juga keturunan Ham memerintah Babylon dari 1600-717 SM).


Dari kawasan Ur di Babylon inilah dikatakan bangsa-bangsa manusia bermula dan ia berlaku selepas taufan Nuh a.s. dan dari sinilah bertebarnya mereka ke serata bumi, berpindah mengikut jalan darat ke tanah besar yang lain.

Memang besar kemungkinan bahawa Melayu adalah antara bangsa induk terawal yang pindah dari Ur hinggalah ke banjaran Himalaya, kemudian ke tempat lain di tanah besar dan kemudian dari itu pula mula bertebaran di Nusantara mengikut jalan laut. Setakat ini tiada catatan yang menyatakan bahawa Ur pada nama Malai-Ur itu bermaksud Ur di Babylon. Kalaupun nama itu dikatakan diberikan oleh orang Tamil atau Sanskrit, kita patut faham bahawa mereka ini pun adalah anak-anak Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh, dari satu rumpun yang berasal dari Ur (negeri Ur) juga.

Saya berpendapat Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur yang bermaksud ‘Orang Bukit yang berasal dari negeri Ur, Babylon’ dan orang Melayu yang menamakan sendiri bangsa mereka, bukanlah ia dinamakan oleh bangsa lain.

Lama setelah itu, iaitu setelah bermulanya tahun Masehi Kerajaan Sri Vijaya menjadi sebuah kerajaan Melayu yang agung di zaman silam. Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia dikatakan didirikan oleh Orang Laut Kelang (pendapat ini menyatakan ianya seawal abad ke-2), dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang-Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Sukarlah bagi kita untuk menolak pendapat bahawa Ur, kemudian tanah besar Asia Tenggara (Tibet dan kemudian Kemboja atau Champa kemudian Yunan dan beberapa kerajaan silam di Semenanjung) adalah tempat asal bangsa Melayu, kemudian dari itu berlaku perpindahan mengikut jalan laut ke pulau-pulau. Contohnya Sumatera, Jawa, Borneo, Riau-Lingga, Madagaskar, Filipina adalah pulau-pulau.

Semua perpindahan berlaku selepas banjir besar Nuh a.s. iaitu ketika Nusantara sudah berpecah menjadi pulau-pulau yang amat banyak.

Banyak catatan sebelah Timur dapat menyelidik tamadun Melayu selepas tahun Masehi sementara di Barat kehebatan bangsa Hitti telah dicatat tamadunnya sejak ribuan tahun sebelum Masehi iaitu selepas taufan Nuh a.s, (malah zaman Nabi Ibrahim a.s. pun hampir 1,000 tahun setelah Nuh a.s. dan juga sebelum Masehi).

Terdapat seolah-olah satu jaringan yang putus (missing link) yang menjadi misteri asal usul Melayu. Namun bila dirujuk sejarah kehebatan Taman Tergantung Babylon, kerajaan Maya, Aztec, Angkor Wat dan Candi Borobudur, dapatlah kita sampai kepada satu kefahaman bahawa keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. adalah pelopor tamadun dunia sebegitu lama.

Betapa pula signifikannya Bani Jawi sebagai ‘trademark’ Melayu zaman ini?

Inilah kelompok yang digelar oleh Barat sebagai Melayu-Deutro (kelompok kedua bangsa Melayu keturunan Ibrahim dari isterinya Keturah). Kumpulan ini dianggap lebih bertamaddun berbanding Melayu-Proto (kaum Nuh a.s.).

Tapi mengapakah bangsa Melayu kaum Nuh a.s. dikaitkan dengan Melayu-Proto (orang Asli) saja?

Saya fikir kaitan itu kurang tepat, pada saya, sejak zaman Nuh pun ada kelompok Melayu yang lebih maju dari kelompok Melayu yang lain dan telah mendirikan empayar-empayar yang agung. Itulah yang dapat dilihat dari kisah Raja Sulan, Kublai Khan dan Genghis Khan.

Kelompok yang mundur teknologinya mungkin merupakan ‘kaum yang terselamat atau lari’ kerana dua sebab penting. Pertama kerana negeri mereka diserang oleh bangsa lain dan kedua kerana negeri mereka telah ditimpa bala bencana kerana golongan yang kuat, kaya dan berilmu dari kalangan mereka telah kufur dan melampaui batas.

Anak cucu Nabi Ibrahim a.s. dari keturunan Keturah adalah datuk nenek orang Melayu (mereka ini dari anak Ham juga) . Nabi Ibrahim a.s. berasal dari Ur dan tentunya telah membawa tamadun yang baik dari Ur Babylon, Haran (Hebron) dan Kanaan (Canaan).

Syari’at Ibrahim adalah peradaban atau cara hidup yang menjadikan Bani Jawi bangsa yang berbudi pekerti tinggi dan menyenangkan kerana amat bertoleransi. Menurut Ibnu Athir, Keturah isteri ketiga Ibrahim a.s. adalah ibu kepada Bani Jawi.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani sendiri memang tahu kisah Ibrahim memerintahkan anak-anak Keturah agar berpindah ke Timur kerana ia termaktub dalam Taurat iaitu Genesis 25:6 (timur ini mungkin bermaksud ke Yunan dari kawasan Kemboja),

tetapi Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu dari bangsa apakah dan di manakah Keturah ini menetap. Malah diberitakan juga bahawa ketika Ibrahim a.s. wafat, hanya anaknya Ishaq dan Ismail berada di sisinya, dan anak-anak yang lain tidak hadir kerana mereka dikatakan berada ‘amat jauh’.

Ahli Kitab menyatakan bahawa nama Keturah itu bermaksud ‘yang berbau wangi, wangian (seperti setanggi)’ dan ‘wangi’ ini dikaitkan oleh Ahli Kitab dengan budi pekerti luhur yang dimiliki Keturah. Nabi Ibrahim mengahwininya ketika berusia 137 tahun iaitu setelah kematian Sarah dan mendapat 6 anak. Nabi Ibrahim berusia 175 tahun semasa baginda wafat.


Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

Surah As-Saffat 37:83



[ Last edited by  rainbows at 21-6-2007 01:36 PM ]
1

Rate Count

rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Sengaja nak berkongsi info..apa pasal di M & M kerana aku tengah buat kajian tentang bukti-bukti bahwa Bangsa Melayu adalah bangsa yang akan membawa Islam Gemilang buat kali keduanya....

Jadi ini mesti ada kaitan dengan keturunan bangsa Melayu itu sendiri dan kaitannya dengan ISLAM...

Jadi, berdasarkan fakta-fakta sejarah-sejarah yg dicungkil, maka tidak salahlah kalau kita berharapan bahwa bangsa Melayu mempunyai potensi yang besar sebagai bangsa yg akan mengizzahkan ISLAM kembali...

jadi, minta yg lain-lain bagi info apa yg patut....aku ada byk info lagi tapi tk sempat nak masuk kat sini...

sape dah baca buku Ahlulbait dan kaitannya dengan Raja-Raja Melayu, mesti boleh tlg tambah kat thread nih...

sebenarnya fakta - fakta tentang keturunan nabi Ibrahim ini dan kesinambungannya dengan keturunan Nabi Muhammad sebagai bangsa yang dipilih untuk mengemilangkan Islam banyak dapat disokong oleh wahyu2 Allah SWT dalam Al quran dan hadis...

sekian dulu....wallahualam...
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Kalau ikut kajian sains dan DNA dua gelombang kedatangan penduduk nusantara.

Yang pertama gelombang dari Afrika ke Australia.  Dari yang ni lahir lah kaum-kaum Negrito atau orang asli di Malaysia.  Sementara di Australia pula kita boleh nampak kaum orang asli Australia.  Kat Papua New Guinea pun boleh nampak kaum yg sama.

Gelombang ke2 ialah yang melahirkan orang-orang melayu, jawa, acheh, pattani.  Yang ni datang dlm kurang 5000 tahun dahulu dari seelah tengah Asia turun ke Semenanjung.  Terdapat juga kedatangan dari sebelah Taiwan ke filipipina ke Sabah dan yang ni kita tengok kaum Kadazan di Sabah tu.
1

Rate Count

Wallahua'lam
Originally posted by ibnur at 21-6-2007 08:52 AM
Kalau ikut kajian sains dan DNA dua gelombang kedatangan penduduk nusantara.

Yang pertama gelombang dari Afrika ke Australia.  Dari yang ni lahir lah kaum-kaum Negrito atau orang asli di Malay ...
nampaknya selaraslah dgn teori asal usul melayu yg aku letak tu yer....jadi mereka dtg dlm gelombang ke 2, 5000 tahun yg lampau...di waktu zaman Nabi Nuh AS....

tetapi cuma aku nak perbetulkan sikit...gelombang ke 2 itu adalah melayu yg kemudian berkembang dengan panggilan melayu jawa, melayu patani, melayu riau, melayu minang dsbnya...

AKu juga dapat tahu bahwa HANG TUAH nama sebenarnya adalah Daeng Mempawah keturunan Melayu Bugis. 2 Guru beliau adalah Adi Putra gelarannnya nama sebenar adalah Syeikh Thanauddin dan seorg lagi adik beradik Adi Putra iaitu Penata Nala adalah Syeikh Hussin Jamadil Qubra ..kedua-dua mereka adalah dari keturunan ba alawi....(keturunan Saidina Hussein dan Saidatina Fatimah)

Keturunan Syeikh Hussin Jamadil Qubra inilah yang banyak menjadi pemerintah kesultanan Melayu nusantara di kurun ke 14  dan juga ulamak2 dan wali2, beliau adalah moyang kepada wali2 songo..Bagaimanapun keturunan ini kebanyakkannya meninggalkan gelaran Syed/Syarifah mereka kerana percampuran keturunan dengan bangsa Ajam (bkn Arab)...

point aku di sini adalah, keturunan ba alawi yg ada di Malaysia sekrg yg mempunyai gelaran Syed/Syarifah kebykannnya dtg pada kurun ke 18 dan kurun ke 19 tetapi itu adlaah gelombang kedua, gelombang pertama keturunan ba alawi dtg pada kurun ke 13 dan kurun ke 14....

yg dtg di kurun ke 13 dan ke 14 ini walaupun dikatakan berkahwin dgn org Ajam (bukan Arab) tetapi sebenarnya pada asal keturunan yg sama dengan keturunan ba alawi ini kerana mereka juga asalnya adalah dari keturunan Nabi Nuh dan nabi Ibrahim AS...

point aku di sini, Nusantara adalah pusat perkumpulan terbesar keturunan yg telah di janjikan Tuhan

Al Baqarah ayat 124

Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dgn bebrapa kalimat (perintah dan larangan) dan yg dilaksanakan olehnya dengan sempurna. (Kemudian Allah berfirman..) Sesungguhnya Aku hendak menjadikan dirimu (Nabi Ibrahim AS) sebagai imam bagi umat manusia. Ibrahim bertanya: ' Dan anak cucu keturunanku? Allah SWT menjawab : JanjiKu tidak berlaku bagi orang yang zalim.

sekian wallahualam...

byk lagi aku nak cerita...klau ada masa aku post lagik...

[ Last edited by  rainbows at 21-6-2007 01:06 PM ]
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Siang tadi aku seronok dok diskus dgn seorg kawan yg brketurunan WAN dari Kelantan...dia ni ada sedikit simpan salasilah keluarga...

jadi, aku akhirnya dapatlah menunjukkan kepadanya bahwa keturunannya berasal dari keturunan ba alawi, alhamdulillah...besusurgalur dari kerajaan islam Champa melalui Syeikh Hussin Jamadil Kubra (Sheikh ini banyak nama dan beliau merantau dan akhirnya meninggal di Bugis)

Yang sedihnya, selama ini kawan aku tu tak taupun bahwa Saidina Hussein dan Saidina Hassan mempunyai zuriat sebab dia kata guru dia ajar, S. Hussein dan S. Hassan tidak berwaris...masyaAllah, teruknya musuh Islam menghapuskan sejarah ahlulbait....
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
alhamdulillah.... Islam akan bangkit dari timur.....
Untuk difikirkan bersama :

wasiat Rasulullah SAW


Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama.


Sekitar abad ke 13 Masihi, telah terjadi satu kekacauan besar akibat pergolakan politik di Mekah. Rakyat yang tidak senang dengan keadaan ini telah meminta seorang pembesar berketurunan Saidina Hassan bernama Qitada untuk campur tangan menenangkan keadaan. Lalu pembesar yang berpusat di Yanbu ini telah mengarahkan anak-anaknya untuk membawa sebuah angkatan untuk menawan Mekah.

Sejak itu, kota suci inipun jatuh ke bawah kekuasaan keturunan Saidina Hassan yang juga merupakan cabang keturunan Bani Hashim. Mereka mendapat pengiktirafan Bani Abbasiyah sebagai khadamul haramaian atau penguasa dua kota suci Islam, Mekah dan Madinah lalu mula memakai gelaran Sharif di pangkal nama, seperti yang pernah digunakan nenek-moyang mereka Bani Hashim yang memerintah Mekah dahulukala. Maka timbullah gelaran bangsawan yang dikenali sebagai Sharif Mekah...

Ada pihak percaya, Sharif Mekah mendapat tahu tentang kewujudan Samudera daripada para jemaah haji Nusantara yang datang ke Mekah. Tetapi tidak dapat dipastikan daripada manakah baginda mendapat wasiat Nabi mengenai negeri itu, apakah ia melalui keluarganya daripada jalur keturunan Saidina Hassan atau ada pihak lain yang menyimpan wasiat itu lalu menyampaikannya apabila sampai masanya...

Apapun, sudah ditakdirkan negeri Samudera yang diasaskan Sultan Malikus Salih sekitar tahun 1250an (ada yang kata awal 1260an) muncul beberapa tahun selepas Mekah mula diperintah keturunan Saidina Hassan.

Maka wasiat Rasulullah SAW inipun disempurnakan Sharif Mekah seperti yang diceritakan di dalam Hikayat Raja-raja Pasai.


Selaras juga dengan info yg aku dapat dari wikipedia


Pasai, also known as Samudera and Samudera-Pasai sometimes called Samudera Darussalam was a Muslim harbour kingdom on the north coast of Sumatra from the 13th to the 15th centuries CE. It was believed the word Samudera derived from Samandara, derived from Samundra or Samandara meaning ocean in Sanskrit. According to Hikayat Raja-raja Pasai, it was said Merah Silu saw an ant as big as a cat, he caught it and ate it and he named the place Samandara. King Merah Silu later converted to Islam, known as Malik ul Salih, his is the sultan in year 1267 CE.

[ Last edited by  rainbows at 22-6-2007 07:30 PM ]
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Cerita dari Hikayat Raja-raja Pasai dan juga dalam Sulalalatus Salatin (Sejarah Melayu) Tun Seri Lanang (Syed Muhammad)


Hikayat Raja-raja Pasai menyebut seorang anak raja bernama Merah Silu telah keluar berburu bersama para pengiring dan anjingnya bernama si Pasai, terjumpa satu tanah tinggi lalu si Pasai terlihat seekor semut sebesar kucing! Merah Silu menangkap semut itu, dibawa balik ke istana lalu dimakannya. Kemudian baginda  rasa tempat itu elok dibuat  negeri lalu menamakannya Samudera yang bermakna semut besar. Peristiwa ini dianggarkan berlaku pertengahan abad ke 13, dalam tahun 1250an gitu. Tapak pusat kerajaan Samudera terletak berhampiran bandar industri Lhoksuemawe, Aceh, kawasan yang sangat kaya dengan minyak.

Maka tersebut lah sabda Nabi tentang kemunculan Samudera. Sharif Mekah (Raja Mekah dari keturunan Saidina Hassan) telah menitahkan seorang mualim bernama Sheikh Ismail supaya pergi membawa alat-alat kerajaan dari Mekah dan senaskah Al-Quran lalu pergi mencari negeri Samudera untuk mengIslamkan raja dan penduduknya demi memenuhi wasiat Nabi, kerana "dalam negeri itu akan muncul banyak wali Allah."

Maka Sheikh Ismail pun berangkat, singgah di negeri Mengiri (dalam Sejarah Melayu dipanggil Muktabar), kalau tak salah di benua Hindi. Ketika itu raja yang memerintah adalah Sultan Muhammad, dari keturunan sahabat Nabi dan Khalifah pertama Islam, Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Apabila mendengar berita tentang kapal dari Mekah ingin ke Samudera atas titah Sharif Mekah, baginda terus turun takhta dan menyerahkannya kepada seorang anak. Terus pakai baju fakir dan membawa seorang anak lain untuk mengikuti rombongan itu. Itulah disebut Fakir Muhammad.

Di Samudera pula, Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu diberi nama Sultan Malikus Salih yang bermakna raja orang-orang salih. Dipendekkan cerita, Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad pun sampai ke Samudera dan mengIslamkan penduduknya. Mereka mendapati Merah Silu sudah fasih membaca Al-Quran tanpa sedikit pun bersalahan. Alat-alat kerajaan yang dibawa dari Mekah pun diserahkan kepada baginda dan baginda ditabalkan sekali lagi, kali ini mengikut adat raja-raja Islam dengan menggunakan nobat Ibrahim Khalilullah. Begitulah cerita.

Mengikut kajian sejarah, Sultan Malikus Salih mangkat tahun 1297. Baginda juga mengasaskan kerajaan Pasai yang sangat dikenali sebagi pusat penyebaran dan dakwah Islam Nusantara sehingga kemunculan Melaka. Makam baginda tidak disentuh Tsunami walaupun ia terletak tidak jauh dari pantai.
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Format Komputer Format Windows 7, Vista, Xp, 98SE semua komputer boleh dari dalam dan luar negara. Ilmu yang wajib dimiliki pada alaf ini.
My Home
Onnet
Flowers
Cari DIY Day Banner - Place Your Advertisement Here
nak tanye. ape kelebihannya kalo ancestors kite dari golongan baik-baik?
It is a natural human tendency to be subjective rather than objective and that the untrained mind will usually take the path of least resistance. The path of least resistance is rarely through reason.

Reply #4 rainbows's post

Aku punya pendapat, lebih baik tak dikomenkan salsilah keturunan Nabi Nuh a.s.  Sejarah bertulis hanya ada selepas Nabi Ibrahim a.s.  Pergilah check sejarah mana-mana tamadun di dunia ni.  Kalau di kira mengikut kiraan kitab perjanjian lama, memang Nabi Nuh a.s. hidup sekitar 5000 tahun dahulu.  Tapi kalau dikaji secara saintifik, perkembangan manusia moden bermula 40,000 tahun dahulu.  Ini yang dinamakan gelombang. Ia seperti perkembangan gelombang manusia.  Contohnya, datuknya duduk di kuala sungai perak, nanti cucunya pindah ke kuala sungai bernam, cicitnya pindah ke sungai klang.  Lama-lama perkembangan ni menyebarkan kaum-kaum manusia dari Afrika sampai Australia.

Mengikut kajian saintifik lagi, manusia spesis kita ni (homo sapien) telah wujud sekitar 300,000 tahun dahulu.  Tetapi yang mode (homo sapien spien - 2 x sapien) mula berkembang 40,000 tahun dahulu.  

Perkiraan tahun mengikut kitab perjanjian lama tu dah lama dipertikai saintis.  Terutama bahagian sebelum Nabi Ibrahim a.s.  Cuma yg boleh di confirm ialah dari Nabi Ibrahim a.s. hingga zaman sekarang kerana sejarah Nabi Ibrahim tally dengan sejarah Raja Namrud.

[ Last edited by  ibnur at 23-6-2007 09:20 AM ]
Wallahua'lam
Originally posted by ibnur at 23-6-2007 09:19 AM
Aku punya pendapat, lebih baik tak dikomenkan salsilah keturunan Nabi Nuh a.s.  Sejarah bertulis hanya ada selepas Nabi Ibrahim a.s.  Pergilah check sejarah mana-mana tamadun di dunia ni.  Kalau  ...
Hahaha..kamu pakar sejarah ke, ada autoriti utk bagi pendapat dan org mesti terima?...

maaf pak, klau ikut-ikutan dan taksub dengan teori sejarah barat tu, aku tak masuk campur...takut terlebih taksub nanti, naya jer klau akhirnya terikut dgn teori darwin..bapak tau ker, kajian sains barat tentang keturunan manusia itu dipelopori Yahudi yg mahu bangsa lain rasa mereka asal dari BERUK????...sebb klau bapak sangat cerdik, bapak akan tahu bahwa itulah sebenarnya tujuan mereka mempelopori ilmu genealogy utk membawa manusia kepd BERUK sebg nenekmoyangnya...

bapa pi check yer,....ngaji betul2 teori sains barat ni, nanti bapak akan jumpa kesimpulan bahwa nenekmoyang bapak dari beruk...


hehehe....maaflah klau terkurang bahasa...
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Originally posted by rainbows at 23-6-2007 09:40 AM


Hahaha..kamu pakar sejarah ke, ada autoriti utk bagi pendapat dan org mesti terima?...

maaf pak, klau ikut-ikutan dan taksub dengan teori sejarah barat tu, aku tak masuk campur...takut t ...
tu la masaalahnya, bila kita bagi pendapat melenting.  Saya tak nak lenting lebih-lebih.  biar saja cik rainbow lenting semampunya.

teori adalah sesuatu yang dibuat bedasarkan fakta yang bibuktikan benar.  saya bukan bidang sejarah, dan bukan pakar sejarah.  saya punya hujah menggunakan bukti-bukti saintifik.  fakta saintifik latest ialah hasil kajian dr wells yg dimasukkan dan didokumentarikan ke dalam national geography.  saya tak mau komen yg ni, sebab baru jer berapa tahun lepas keluar ni.  majalah national geograpynya pun saya ada.  ada banyak lagi sebelum tu kajian-kajian saintifik menggunakan DNA.  dan dari kajian-kajian DNA ni digunakan utk membuat teori.  selain dari kajian bioloji, terdapat juga kajian linguistik.  spt persamaan bahasa kadazan dgn orang asli taiwan.  dan dari semua ni, dibuatkan teori perkembangan kehidupan manusia.

ada orang berteori berasaskan teori, kengkadang teori tu bukan dari ahli sains atau sejarah, tapi dari kitab tareqat.
Wallahua'lam
Originally posted by BeanDiesel at 23-6-2007 08:12 AM
nak tanye. ape kelebihannya kalo ancestors kite dari golongan baik-baik?
sebb kelihatan bapak juga cenderung dgn ilmus sains barat, jadi aku bercakap dari ilmu sains barat tentang keturunanlah, aku jumpa banyak kajian ttg kecerdikan, kebijaksanaan, bakat, kepimpinan dsbnya ada hubungkait dengan keturunan. Ia akan diwarisi dari segi genetik yg terkandung dlm DNA walaupun diwarisi dari sebelah ibu atau sebelah bapa.

Namun begitu, DNA yg diwariisi ini hanya tersimpan dalam diri individu itu jika tidak diubah dengan sikap dan kesedaran, ia akan tumpul. Maka persekitaran dan pendedahan byk mepengaruhi keberkesanan asas2 baik yg tersimpan dlm diri itu dari berkembang..kajian psikologi ada bukti tentang hal ini...

Dan jika dilihat pada alam, kita juga tahu kita sendiri secara semulajadi / fitrah atau secara instinct mengetahui bahwa utk mendapatkan buah durian yg sedap atau kuda lumba yg baik perlu daripada pokok yg baik atau keturunan kuda yg baik..


sekian wallahualam...
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
tidak salah mengikut teori saintifik yang bedasarkan kajian sains yang benar.  selagi ia tak bertentangan dgn quran dan hadith.  

kewujudan manusia lebih dari 40,000 tahun tu dah terbukti mengikut sains dan tak bertentangan dengan quran dan hadith.  cuma ia bertentnagan dgn kitab perj. lama.  kalau ada nak pakai OT tu hah...  terpulang.

bila sebut manusia keturunan beruk....  saya rasa rainbow perlu banyak kaji teori ni.  lagipun, bila masa saya ada sebut manusia dari beruk.  darwin pun tak ada cakap.
Wallahua'lam
Originally posted by ibnur at 23-6-2007 09:49 AM




tu la masaalahnya, bila kita bagi pendapat melenting.  Saya tak nak lenting lebih-lebih.  biar saja cik rainbow lenting semampunya.

teori adalah sesuatu yang dibuat bedasarkan fakta ...
aku dah kata, buat kajian dan guna betul2 akal utk fikir kesimpulan dari semua yg dibentang oleh sains barat itu...bila dilihat dalam bentuk global, baru bertemu jawapannya, tetapi klau tgk serpihan di sana, serpihan di sini seperti yg diajar dlm kurikulum sains di sekolah2 atau di IPT, maknanya jumudlah otak utk berfikir..terawang2 dan taklid buta...

aku tk pernah kata salah belajar teori sains secara saintifik sebb itulah bidang kepakaran akupun...tetapi bila sudah sampai satu tahap, kita akan tahu membezakan dan kenal sungguh2 kilas dan silat teori sains barat ini.....jangan ambil kesimpulan secara serpihan, berfikir secara global dan pergi ke DASAR teori mereka...di sana insyaALlah, pak ibnur akan temui apa yg aku maksudkan...

aku bkn melenting, itu cara aku utk mengejutkan org yg lesu  berfikir ....perlu ada kaedah utk bagi KEJUTAN....mungkin KEJUTAN yg aku buat itu ada daya LENTINGAN pd sesiapa yg terkena praktikaliti metodologi aku tu..

oklah aku nak teruskan cerita aku..org2 pandai macam pak ibnur, dok diam2 ajerlah..atau buka thread yg lain dgn tajuk Asal Bangsa Melayu : Mengikut Teori Barat aka Yahudi.

[ Last edited by  rainbows at 23-6-2007 10:13 AM ]
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
sorry ler 2, 3 hari ni aku keluar daerah....tk dapat nak join sini....blh browse melalui communicator jer..nk tulis dan htr post, nampaknya sukar sikit....
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Originally posted by rainbows at 23-6-2007 09:59 AM


aku dah kata, buat kajian dan guna betul2 akal utk fikir kesimpulan dari semua yg dibentang oleh sains barat itu...bila dilihat dalam bentuk global, baru bertemu jawapannya, tetapi klau tgk s ...
dah lebih 20 tahun aku bergelumang dengan kajian-kajian yang aku cakap tu.  kau nak suruh aku kaji lagi?  baik aku tulis buku.

lagi pulak yg fakta sejarah tu bukan alioran aku.  dan aku tak nampak pun ia aliran kau.  sebab nampak banyak point dari post pertama tu adalah dari teori atau andaian atau dakwaan yg belum dibuktikan.

kita bermula dgn hypothesis, pastu kena buktikan melalui bukti-bukti kajian yang benar utk mengubahnya kepada teori.  lepas tu kena tunjukkan kebenaran teori baru jadi law.

bukan main teori berdasarkan hypothesis.  mana nak laku kajian macam tu.
Wallahua'lam
Originally posted by ibnur at 23-6-2007 10:36 AM



dah lebih 20 tahun aku bergelumang dengan kajian-kajian yang aku cakap tu.  kau nak suruh aku kaji lagi?  baik aku tulis buku.

lagi pulak yg fakta sejarah tu bukan alioran aku.  dan ak ...
kajian apenye pak ibnur?..semata2 C & P dari kajian2 lepas kemudian buat kesimpulan serpihan-serpihan......

weh..kajian tu mcm2 bentuk...dah 20 thn buat kajianpun, cuma tahu satu kaedah ajer ker buat kajian???

kemudian ada faham ker?...setiap teori itu terbuka utk dinafikan, bukan 100% tepat..ia berdasarkan andaian walaupun dibuktikan melalui alat dan kaedah saintifik....

dah ler, aku tulis kat sini, bkn nk htr kat jurnal mana2...nak baca atau tk baca, nak caya atau tk caya, terpulang...
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Sabda Rsaw :

Semua manusia memegang amanat apda nasab-nasab mereka

Sabda RSAW :

Kenalilah keturunanmu dengan itu kamu menghubungkan keluarga kamu. Kerana tiada yg mendekatkan hubungan tersebut jika ia putus walaupun hubungan yg dekat. Dan tiada yg menjauhkannya kalau ia dihubungkan walaupun hubungannya adalah jauh.
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Originally posted by rainbows at 23-6-2007 08:56 PM


kajian apenye pak ibnur?..semata2 C & P dari kajian2 lepas kemudian buat kesimpulan serpihan-serpihan......

weh..kajian tu mcm2 bentuk...dah 20 thn buat kajianpun, cuma tahu satu kae ...
Jangan layan sangat Pak Ibnur ni kak. Dia mana suka kalau orang Melayu menjadi pemimpin yang akan membawa kebenaran di dunia ini. Peluang dah terbuka tapi malangnya dah dibutakan matanya oleh Tuhan untuk tak nampak kebenaran. Dia nampak Pak-pak Arab saja yang boleh memimpin ummah ini.
Originally posted by rainbows at 23-6-2007 08:56 PM


kajian apenye pak ibnur?..semata2 C & P dari kajian2 lepas kemudian buat kesimpulan serpihan-serpihan......

weh..kajian tu mcm2 bentuk...dah 20 thn buat kajianpun, cuma tahu satu kae ...
Faham apa bendanya rainbow?

Kalau dari andaian orang tak buat teori, orang kata hypothesis.

Sekarang ni... meh bincang hypothesis yang ada kat artikel kau tu....  kot dah banyak tak betul aku ni.....
Semua perpindahan berlaku selepas banjir besar Nuh a.s. iaitu ketika Nusantara sudah berpecah menjadi pulau-pulau yang amat banyak.
ok...  buktikan bahawa NUsantara menjadi pulau-pulau disebabkan banjir besar Nabi Nuh a.s.
Banyak catatan sebelah Timur dapat menyelidik tamadun Melayu selepas tahun Masehi sementara di Barat kehebatan bangsa Hitti telah dicatat tamadunnya sejak ribuan tahun sebelum Masehi iaitu selepas taufan Nuh a.s, (malah zaman Nabi Ibrahim a.s. pun hampir 1,000 tahun setelah Nuh a.s. dan juga sebelum Masehi).
ok.....  buktikan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah lebih kurang 1000 tahun selepas Nabi Nuh a.s.
Tapi mengapakah bangsa Melayu kaum Nuh a.s. dikaitkan dengan Melayu-Proto (orang Asli) saja?

Saya fikir kaitan itu kurang tepat, pada saya, sejak zaman Nuh pun ada kelompok Melayu yang lebih maju dari kelompok Melayu yang lain dan telah mendirikan empayar-empayar yang agung. Itulah yang dapat dilihat dari kisah Raja Sulan, Kublai Khan dan Genghis Khan.
Ni cepumas.  
Bilakah zaman Kublai Khan dan genghis Khan?  
Apakah nama tamadun melayu-proto yang hebat-hebat tu?


Cepumas lagi, soalan untuk rainbow:  Adakah Nabi Nuh a.s. bawa anak dinosaur dalam bahteranya?




http://www.andaman.org/BOOK/chapter35/text35.htm
35. The Negrito of Malaysia: the Semang
by George Weber

The geographical position of the Malay Peninsula has been the passage of choice for people moving south from very ancient times. It is likely that the Negrito (or rather their ancestors) were among the first modern humans to use and settle along that route, followed possibly a bit later by the ancestors of the Veddoids. Most data available on the Semang at present is unfortunately still of the type acquired by "looking" and "measuring" (see Chapter 34, Sub-chapter 5 "Measurers and Lookers"). Some DNA tests have been reported from a number of SE Asian remnant Veddoid and proto-Malay remnant populations but the results show such an enormously complicated picture that it is still very far from being sorted out. This is hardly surprising in the "migratory highway" that is SEAsia and the Malay peninsula.

Malaysia is split geographically into a continental peninsular and an insular part occupying the eastern coast of Borneo with the states Sarawak and Sabah. Both parts of the country have a remarkably deep prehistory of modern humans but there are no living Negritoid or Veddoid tribes living in Borneo. The famous Niah cave in Sarawak have been visited and inhabited by many prehistoric humans back to 30,000 years or more but no provable connection to Negrito-like people has been found.


http://www.andaman.org/BOOK/chapter6/text6.htm
The Negritos and their suspected relatives are found all over the world:

Red: 1 the Andamanese, 2 the Semang of the Malay peninsula - see Chapter 35 and Chapter 36) , 3 the Aeta of the Philippines; 4 it is likely that some of a number of barely-known groups in Indonesia also are Negrito or Negritoid (i.e. Negrito-like)


http://muse.jhu.edu/demo/human_biology/v073/73.2oota.pdf
Abstract: DNA samples were extracted from six prehistoric human remains, found on the Malay Peninsula, dating to the Paleolithic and the Neolithic periods. Nucleotide sequences of mitochondrial DNA were determined by the polymerase chain reaction–direct sequencing method. A phylogenetic tree between prehistoric and present humans was constructed based on the nucleotide sequence data. Mitochondrial DNA phylogenetic relationships and ethnoarchaeological evidence suggest that there is a continuity beetween the pre-Neolithic humans and the present Semang and that the Neolithic humans in this area might be an ancestral group of the Senoi.

http://www3.interscience.wiley.c ... ETRY=1&SRETRY=0
Abstract
The late Pleistocene and early Holocene population history of Southeast Asia is not well-known. Our study provides new data on mitochondrial DNA (mtDNA) lineages of the aboriginal inhabitants of the Malay Peninsula, and through an extensive comparison to the known mtDNA diversity in Southeast and East Asia, provides some new insights into the origins and historical geography of certain mtDNA lineages in the region. We extracted DNA from hair samples (dating back 100 years) preserved in the Duckworth Collection and belonging to two Peninsular Malaysian individuals identified as Negrito. Ancient DNA was analyzed by sequencing hypervariable region I (HVS-I) of the mtDNA control region and the mtDNA region V length polymorphism. The results show that the maternal lineages of these individuals belong to a recently defined haplogroup B sub-branch called B4c2. A comparison of mitochondrial haplotypes and haplogroups with those of 10,349 East Asian individuals indicates their very restricted geographical distribution (southwestern China, Southeast Asia Peninsula, and Indonesia). Recalculation of the B4c2 age across all of East Asia (13,000 years) and in different subregions/populations suggests its rapid diffusion in Southeast Asia between the end of the Last Glacial Maximum and the Neolithic expansion of the Holocene. Am. J. Hum. Biol. 18:654-667, 2006. © 2006 Wiley-Liss, Inc.
Wallahua'lam
Originally posted by ibnur at 23-6-2007 09:47 PM



Faham apa bendanya rainbow?

Kalau dari andaian orang tak buat teori, orang kata hypothesis.

Sekarang ni... meh bincang hypothesis yang ada kat artikel kau tu....  kot dah banyak ta ...
habis thread aku ni nak pi bincang hipotesis kat artikel lak...apapun aku cuba akan jwb bila ada masa....nanti hajat aku nk cerita psal kaitan bangsa Melayu dgn kebangkitan islam kali kedua menyasar jauh dari matlamat....

biarlah aku fokus pd matlamat aku dulu...yg bab dinosaur, pulau2 tu aku hold dulu...atau kau bawa ler masuk thread lain...
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
Take your time rainbow.  aku tak kisah pun bila kau nak jawab atau tak nak jawab.

point aku yang asal adalah berkenaan cerita-cerita salsilah keturunan dari Nabi Nuh a.s.  Terlalu goyang sangat terutam sekali sebab ambik dari hujah creationist ahli kitab lama.  Dicampur adukkan pulak dgn cerita-cerita dari kitab tareqat, bertambah celaru lagi.  

Sepatutnya, kau bagi sumber rujukan dari mana kau ambik hujah kau tu.  Ni langsung tak da sanad!!!  Nak ambil BA honors pong tak lulus.
Wallahua'lam

Reply #23 ibnur's post

kita dari keturunan nabi gak.......




































































nabi ADAM......
RenyaiHujanBasahiAkuTemaniSepiYgMengendap
KalaAkuMengingatmuDanSmuaSaatManisItu

Reply #22 rainbows's post

sambung lah lagi....




Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
All Rights Reserved. Copyright © 1996-2010 CARI Internet Sdn Bhd.
Privacy Policy | Term of Service | Disclaimer | About CARI | Feedback | Advertising | Complaint to Cari