20 Perkara Lelaki Dibenci Wanita

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
1

Rate Count

terima kasih laa bagi tau...huh
the dangerous thing
is being unprepared. You want
trouble, that's what you get when
things don't work out, when you
can't do what you say you can. When
you don't know what you can do.
Originally posted by sudugarpu at 14-11-2006 06:00 PM
terima kasih laa bagi tau...huh
lepas baca artikel nih
sudu rasa membantu para lelaki tak
tuk menjadi yg lebih baik
bukan makna selama nih tak baik
maksud awex menjadi yg lebih ideal tuk seorang wanita...

Originally posted by aweXgiloz at 14-11-2006 19:06



lepas baca artikel nih
sudu rasa membantu para lelaki tak
tuk menjadi yg lebih baik
bukan makna selama nih tak baik
maksud awex menjadi yg lebih ideal tuk seorang wanita...

macam mana pulak nak jadi wanita yg ideal bgi lelaki?
adakah perlu satu pihak je yg ideal
Originally posted by blasahjela at 14-11-2006 06:32 PM


macam mana pulak nak jadi wanita yg ideal bgi lelaki?
adakah perlu satu pihak je yg ideal
macam pernah baca yg the other version of this article for wanita
tp tak ingat kat mana lah...

awex tak maksudkan lelaki jer perlu berubah tuk jd lelaki yg ideal tuk wanita
same goes to wanita
actually perlu ada tolak ansur antara kedua-dua pihak
if lelaki tak suka apa yg wanita tuh buat... dia kena frankly voice out
begitu juga wanita...
the problem is.. ramai wanita dan lelaki yg sibuk mencari kesalahan masing²
kira cam nak menang sendrik... or in other words tegakkan benang yg basah lah...
so sampai akhir takder penyelesaian
tp malah mengusutkan lagi keadaan

<awex cuma tanya... adakah artikel di atas dpt membantu para lelaki lebey memahami sedikit kehendak wanita... >
<one thing to remember... kesempurnaan itu milik Tuhan >

juz my 10 cents...
kenapa i rasa forum nie dah jadi women thoughts for men?, let them be what ever they want to be..

Reply #1 afadhli's post

and guess what??

some guys will say --
and your point is???

or some will say --
next!!

or some will say --
so???

-- whatever it is -
some men dun give a sheep if the women
hate their behaviour --
when there's a time for them to change
and they wanna --
they will   regardless what women  think of them --
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Originally posted by aweXgiloz at 14-11-2006 06:06 PM



lepas baca artikel nih
sudu rasa membantu para lelaki tak
tuk menjadi yg lebih baik
bukan makna selama nih tak baik
maksud awex menjadi yg lebih ideal tuk seorang wanita...

hehhe.. tgh klon kan sudu le ni.. bio bykk
share ye, jgn pakai sorang2
the dangerous thing
is being unprepared. You want
trouble, that's what you get when
things don't work out, when you
can't do what you say you can. When
you don't know what you can do.
KELAS KECANTIKAN facial, make up, urutan&rambut . SKM tahap 1. Sijil dari pusat bertauliah. Jom daftar. latihan secara Hands On. Nota disediakan
Cari DIY Day Banner - Place Your Advertisement Here
20 perkara dibenci pompuan = 20 perkara dibenci lelaki
sekian,
Hoshiuranai mo ate ni naranai wa
Originally posted by aziz79 at 14-11-2006 09:40 PM
20 perkara dibenci pompuan = 20 perkara dibenci lelaki
sekian,
:hatdown:
salah satu dari 20 benda yg lelaki benci
BACA 20 PERKARA YG DIBENCI WANITA
the dangerous thing
is being unprepared. You want
trouble, that's what you get when
things don't work out, when you
can't do what you say you can. When
you don't know what you can do.
itu semua tipu... omongan2 kosong sahaja sieehhh...
my top collection of curiosities: 1. how many galaxies exactly in outer space? 2. y we r so proud bout spaceflight dun we hv other utmost priorities to do? 3. sultanate = parasites? dat's wut i see? 4. can harmony life w all creatures like star wars really possible? 5. y cant other countries build nuclear weapons but developed countries can? 6. is healthy election w full rights of oppositions to voice out their concerns be realized in msia? 7. can mars really occupy-able? daa...
Originally posted by chiKenliTeL at 15-11-2006 12:11 AM
itu semua tipu... omongan2 kosong sahaja sieehhh...
macam lelaki je ni....
the dangerous thing
is being unprepared. You want
trouble, that's what you get when
things don't work out, when you
can't do what you say you can. When
you don't know what you can do.
Originally posted by aziz79 at 14-11-2006 09:40 PM
20 perkara dibenci pompuan = 20 perkara dibenci lelaki
sekian,
bkn mcm nie ker??

20 perkara dibenci pompuan=20 perkara yg suka dilakukan oleh lelaki
Originally posted by putri22 at 15-11-2006 11:03 AM



bkn mcm nie ker??

20 perkara dibenci pompuan=20 perkara yg suka dilakukan oleh lelaki
aku bangkang sebangkangnya!!!:devil:

ia sepatutnya begini

20 PERKARA YANG MENJADI HAK LELAKI UNTUK GUNA PAKAI = 20 PERKARA YANG ORANG PEREMPUAN KENA TERIMA PAKAI!!:nerd:


[ Last edited by  haliem at 15-11-2006 11:21 AM ]
Nafsu manusia yang tidak bersandar kepada agama tidak akan dapat dipuaskan di mukabumi ini sampai bila2..walaupun punya segala2nya spt harta, wanita , anak pinak , kuasa dsbnya....Hanya kematian yang boleh menamatkan nafsu serakah manusia.....di dalam tanah bersama cacing dan ulat....

Reply #1 afadhli's post

tak de la benci....gitu2 jerk la.....redha jerk......:lol
"...You're the only one who really knew me at all..."
Originally posted by nomie at 15-11-2006 11:26 AM
tak de la benci....gitu2 jerk la.....redha jerk......:lol
AAAAaammmiiiinnnnnnnn:pray::pray::pray:
Nafsu manusia yang tidak bersandar kepada agama tidak akan dapat dipuaskan di mukabumi ini sampai bila2..walaupun punya segala2nya spt harta, wanita , anak pinak , kuasa dsbnya....Hanya kematian yang boleh menamatkan nafsu serakah manusia.....di dalam tanah bersama cacing dan ulat....
Originally posted by haliem at 15-11-2006 11:19 AM


aku bangkang sebangkangnya!!!:devil:

ia sepatutnya begini

20 PERKARA YANG MENJADI HAK LELAKI UNTUK GUNA PAKAI = 20 PERKARA YANG ORANG PEREMPUAN KENA TERIMA PAKAI!!:nerd:
apa pulak pakcik nie..pakcik ingat nie recycle ker..:hmm::hmm:
Originally posted by putri22 at 15-11-2006 11:38 AM


apa pulak pakcik nie..pakcik ingat nie recycle ker..:hmm::hmm:
ini bukan recycle...ini pusingan hidup lelaki....sejak dari generasi kesatu generasi!!hehe:nerd:
Nafsu manusia yang tidak bersandar kepada agama tidak akan dapat dipuaskan di mukabumi ini sampai bila2..walaupun punya segala2nya spt harta, wanita , anak pinak , kuasa dsbnya....Hanya kematian yang boleh menamatkan nafsu serakah manusia.....di dalam tanah bersama cacing dan ulat....

Reply #16 haliem's post

bukan senang tawww nak kuar statement nihhh....berpeluhhhh....:lol
"...You're the only one who really knew me at all..."
Originally posted by nomie at 15-11-2006 11:59 AM
bukan senang tawww nak kuar statement nihhh....berpeluhhhh....:lol
hehe.'inesen' lagi ni!!:stp::hmm:...takut pada putri atau takut2 terjadi pada diri sendiri?:nerd:
tp ...biasanya terjadi pada org yang kuat bangkang..mcm putri :devil:...org yg 'redha' mcm nomie jarang2 terjadi!
Nafsu manusia yang tidak bersandar kepada agama tidak akan dapat dipuaskan di mukabumi ini sampai bila2..walaupun punya segala2nya spt harta, wanita , anak pinak , kuasa dsbnya....Hanya kematian yang boleh menamatkan nafsu serakah manusia.....di dalam tanah bersama cacing dan ulat....
20 Perkara Lelaki Dibenci Wanita
1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana me.
Kalau tinggikan suara dikatakan ego.
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Yang menggoda lelaki tu.... bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak sa!
macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ' alamak hensemnya !'' depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la.... tak rasa tercabar pun....
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun?
Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la... tak romantik la.... macam-macam tak lagi la.... Dah ambil tau...dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu...!!
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si .
Kalau rimas ngan ego lelaki... jadi la les..... tak payah pk pasal ego lelaki!
Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego ...!!
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka .
Bila lelaki cakap yang benar pompuan tak nak percaya. Pompuan cuma nak dengar apa yang sesuai dengan pendapat dia. kalau hitam dia kata, lelaki pun kena kata hitam walaupun benda tu putih..!! Benda ni pun 2 x 5 ...la....
7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada !
Itu juga tanggapan pompuan saja. kerana perempuan perasan mereka cantik dan dengan senangnya dapat menawan mana-mana lelaki hensem. Tapi sayang lelaki hensem ini terpikat pada perempuan yang plain dan tak menarik di pandanag pompuan perasan tu. Tu yang kutuk sakan.....!! pastu kutuk ada jantan muka cam tongkang pecah ank ngorat dia..etc...! Lelaki tak penah menghina pompuan dengan gelaran tongkang pecah.....
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang .
pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir nak jaga perasaan lelaki?
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita
kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga !
Takkan tak penah dengar pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan cemburu buta..... betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh buat pompuan isytihar perang besar tu cembru apa hah? barangkali itu bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan
Dah tau tak lojik mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak guna akal. And I believe pompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna akal!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai
takde keja nak bagi anak orang makan apa? pasir ? tanah?
ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang ker nak dapat kerja....! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki yang komited ngan kerjaya!!
13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang
dah tau laki panas baran nak jugak kah laki tu. Pilihan berlambak...!! tak reti guna akal ke pompuan tu?
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
.

cari jer la orang yang tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok. yang nak jugak kat dia buat apa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan tu...
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai .
Nak suruh lelaki pakai parfum yang sebatu pun orang boleh cam... macam pompuan pakai? jarang basuh seluar tu.. maknanya pasangan jantan tu pemalas & pengotor jugak..1
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara ?
Gelojoh.. isu yang sengaja ditimbulkan... kalau nak lihat kegelojohan yang sebenar pegi kenduri kawin tengok sapa yang gelojoh nak makan, gelojoh nak bergosip... gelojoh nak tayang barang kemas....gelojoh tayang bodi...
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau .
kawan -kawan tak ajak kelaur selalu.. kalau ada aktiviti baru ajak...
pompuan... dia rasa boring jer... ajak je laki keluar tak kira masa..!!
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya .
Lelaki menghargai dengan kejujuran hati bukan dengan kata-kata. Kata -kata boleh disalah tafsirkan oleh pompuan.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan .
'putar belit' ini ialah istilah pompuan bagi mana-mana jawapan anda yang tak sam dengan dengan apa yang terkandung dalam fikiran nya. ditambah pula dengan batu-batu api.... mengapi-api..... citer yang bukan-bukan.....! Lihat siapa yang karang kan email layang yang heboh satu malaya, siapa yang heboh sms layang yang tengah hot ni.. Jantan ker?
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga
!

Lelaki yang tidak ada keyakinan diri buat apa. Kalau nak tunggu pompuan kata macho baru nak yakin dirinya macho... baik tak payah jadik lelaki. pondan pun lagi macho  kalau macam tu...

sekian harap maklum

MAJULAH LELAKI UNTUK NEGARA

HangMan
RAMAS - Rationale Man Association (bukan serpihan HAMAS)

[ Last edited by  Hang at 15-11-2006 12:39 PM ]
http://eblog.cari.com.my/?43336/spacelist-blog.html
Hang :clap: :clap:

rasanya mcm ni..hmm..apa yg pompuan tak suka lelaki buat,the same things go to men too..derang pun tak suka pompuan mcm tu..
so mari sama2 kita improve diri kita :ah:
ya Allah,berikan aku ketabahan dan kekuatan..
huuhh caya lah hang

gua kasik 3R ler tuk lu

respek respek respek
susah gak nak cari yg suka sama suka ni..hehehehe
kita suka dia tak
dia suka kita tak tauuu
the dangerous thing
is being unprepared. You want
trouble, that's what you get when
things don't work out, when you
can't do what you say you can. When
you don't know what you can do.
so.. kesimpulannya... sebab lelaki sume ni tak cukup bagus.... pompuan sume...
silalah jadi lesbian....

xpayah pk pasal 20 perkara... sbb sesama pompuan kan saling memahami... tau nak cakap ape.. nak beli ape.. nak main bola bleh ke tak bleh... nak raba kat mane...

jgn kerna pakwe ko tak best... sume lelaki kat dunia ni jahanam... kalo ade masalah cinta.. g kat lovers problem... anyway.. kalo nk tanya why ade laki camni..? guna perkataan tanya... bukan dakwaan...
Bio Aura Water Filter RM1200




Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
All Rights Reserved. Copyright © 1996-2010 CARI Internet Sdn Bhd.
Privacy Policy | Term of Service | Disclaimer | About CARI | Feedback | Advertising | Complaint to Cari