|
     
- Thread
- 4789
- Credits
- 6701
|
EUROPE.....here I come..
pakej ni kengkawan aku tengah pujuk2 aku joint.....jelajah eropah dgn kelana convoy iaitu coach camping holiday packages organised by Malaysian students in UK.
Itinerary untuk 9 hari Europe Tour
B=Breakfast, L=Lunch, D=Dinner
Hari Pertama: London ke Amsterdam
Kita bertolak dari Park Lane (near Hyde Park), London pada pukul 8 pagi tepat utk menuju ke Dover, Dari sini kita ambil ferry. Pejalanan ferry 2 jam setengah. Boleh relax & window shopping dalam ferry. Bas akan melalui negara France dan Belgium sebelum sampai ke Holland dan utk menuju perkarangan camp site berdekatan Amsterdam. Pacak khemah masing2. Tak nak buang masa boleh main pool dekat restoran dalam kawasan camp site. L,D

Go Dutch, Holland Hari ke-2: Amsterdam dan Volendam
Selepas breakfast, menuju ke Volendam, sebuah kampung perikanan dan pembuatan keju. Boleh cuba pelbagai makanan laut, bebola sirap yg popular kat sini. Boleh lihat banyak pelancong asing bergambar berpakaian Belanda macam susu cap junjung Dutch Lady. Volendam dibina dikelilingi oleh benteng tinggi yang memisahkan laut dengan daratan yang lebih rendah arasnya. Banyak kincir angin disini. Tengahari masa utk jelajah kota Amsterdam. Berpandukan peta anda diberi masa jelajah sendiri Amsterdam. Boleh tengok orang jual bunga tulip, museum Van Gogh (lukisan lama berharga berjuta2 dollar ada kat sini), museum Ann Frank dan lihat banyak bot mengelilingi terusan-terusan sekitar bandar Amsterdam. Jengah-jengah sikit red light district (boleh menyebabkan orang Asia culture shock!) yang memang terkenal di Amsterdam. B,D
Hari ke-3: Amsterdam ke Brussels
Menuju selatan Europe pagi ini. Singgah di 'Mini-Europe'. Dengan skala 1:25, semua mercu tanda Eropah yg terkenal Big Ben, bangunan condong Pisa, Eiffel Tower dan gelanggang acah kerbau di Seville, Spain telah dikecilkan. Melihat 'Atomium', struktur gergasi memodelkan molekul besi dibesarkan sebanyak 165 billion kali. Kemudian menuju Ibukota Belgium - Brussels. Seterusnya bergerak ke tempat bersejarah disini iaitu Grand Place dan melihat patung anak kecil buang air kecil yg terkenal 'Mannekin-pis' (waktu dulu kanak2 ini menyelamatkan orang ramai dgn kencing di atas sumbu bahan letupan). Waktu petang kita pacak khemah lagi, kali ini di camp site in Belgium. B,L,D

Luxembourg Valley Hari ke-4: Luxembourg ke Lauterbrunnen & the Swiss Alps
Di pagi hari, menuju negara terkecil Eropah, iaitu Luxembourg. Luxembourg City merupakan ibunegara Luxembourg. Kota berusia 1000 tahun ini telah lama menjadi jajahan keturunan pembesarnya bergelar Grand Duchy. Kota ini sangat unik dari segi struktur muka buminya yang berbukit dan berlurah, dikelilingi kota buatan manusia binaan dahulukala. Boleh tinjau 2 dataran utama ibukota ini beserta Istana Grand Duchy dan juga gua yang dibina masa zaman perang. Gua tersebut satu masa dahulu menjadi tempat persembunyian lebih 30,000 penduduk dari serangan bom. Kemudiannya akan meneruskan perjalanan memasuki Switzerland utk menuju ke tempat perkemahan di Lembah Lauterbrunnen buat 2 malam berikutnya yang merupakan lembah dikelilingi bukit bukau gergasi bertopikan salji dan dituruni beberapa air terjun. Sejuk bangat di sini. Pastikan bawa jacket tebal & sleeping bag bersama. B,L,D

Hari ke-5: Lauterbrunnen & Swiss Alps Incredible views, cool experience - Switzerland
Ada masa sehari suntuk utk jelajah kawasan pergunungan, melihat Trummmelbach falls (gua unik dengan 10 buah air terjun mengkagumkan) ataupun try stamina utk mountain climbing, panjat gunung ganang sekitar yg indah. Boleh naik keretapi ke atas pergunungan salji (tiket RM500) Yang naik gunung mesti ada jaket tebal, sarung tangan, sport shoes, stokin 2 lapis dan cermin mata hitam.. B,L,D

Hari ke-6: Lauterbrunnen ke Paris
Perjalanan seterusnya menuju ke kota metropolitan Paris. Sepanjang perjalanan dipersonakan dengan pemandangan tasik-tasik besar nyaman kawasan Interlarken waktu pagi, ladang-ladang anggur yg luas dan istana2 lama sepanjang jalan sebelum sampai ke suasana sebok sesak kota Paris. B,L,D
Eiffel Tower, Paris Hari ke-7: Paris
Jelajah Paris. Tempat-tempat menarik yg perlu diingat ialah Notre Dame Cathedral, Champs Elysees, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower. Peta akan diberi utk menjelajah kota Paris. Naik Eiffel Tower, masuk Louvre Museum (gambar original Mona Lisa lukisan Leonardo Da Vinci bersemadi di sini). Waktu malam boleh ronda2 sambil lihat kilauan lampu kota Paris yg bercahaya. B,D

Hari ke-8: masih lagi Paris
Jelajah Paris lagi utk satu hari, pergi ke tempat-tempat seperti Istana mewah Versailles, bangunan pencakar langit di La Defence ataupun melawat stadium Stade De France dan sekitarnya B,D
Hari ke-9: Paris ke London
Keluar dari Paris menuju ke pelabuhan Calais, dari sini kita naik ferry merentas Selat Inggeris utk balik ke England. Dijangka sampai London lebih kurang pukul 5 petang. Boleh pilih untuk diturunkan samada di Victoria Station ataupun Park Lane. B,L.
Bon Voyage!
[ Last edited by chumpon at 10-1-2007 11:08 AM ] |
-
1
Rate Count
-
|
Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.
|
|