CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910Next
Return Post new threads
Author: dauswq

FINALE: Sayembara Coretan Kata Hati [6/1:845 pm@CTFM]

[Copy link]

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 23-12-2011 12:02 PM |All posts
Reply 48# eddysheddy

eddy bayangkan ct menari robot mcm lam vcnya tu
mgkn leh dpt idea kot
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 23-12-2011 01:26 PM |All posts
Reply 50# adifrs


    fuyyyooooo.... adifrs dah siapp.....

bezznyaaaaaa....
+SoEulmate+MinSun+Scandalicious+Hardy+MoonSun+
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 24-12-2011 09:11 PM |All posts
Post Last Edit by azharazhar91 at 24-12-2011 22:57

NAMA PESERTA: AZHARAZHAR91


PETI SOALAN NO: 2


SOALAN FASA 1: (ii) WANITA























PETI SOALAN NO: 2






















Jangan Kau Bangga Dengan Dunia Yang Sekejap Ini !
Reply

Props Report

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 24-12-2011 10:32 PM |All posts
Post Last Edit by eddysheddy at 25-12-2011 00:18

NAMA PESERTA: EDDYSHEDDY
PETI SOALAN NO: 5
SOALAN FASA 1: (ii) Debaran Cinta


Karya berbentuk Jurnal



_______________________________________________________________________________________________________
Isnin, 26 Mei 2000
Apa itu cinta? Entah, aku pun tidak tahu bagaimana rasanya kerana sehingga saat ini ku belum pernah menikmatinya. Mama pernah berkata, cinta itu ibarat degupan jantung. HEART. tanpa cinta kita mati, semakin ia menakluki, semakin kuat debaran dirasai. Mungkin sebab itu cinta sering dilambangkan dengan bentuk hati. Tapi kalau benar cinta itu dikesani dengan rasa debar di hati, susahlah, sebabnya tengok cerita hantu pun jantungku boleh berdebar-debar kerana takut... Macam mana mahu bezakannya? Mungkinkah rasa cinta itu membawa bersama rasa takut untuk dicintai yang menyebabkan ia berdebar? Arghhhh..

Kenapalah jadi jiwang pula tiba-tiba ni. Ini semua gara-gara filem Ada Apa Dengan Cinta yang aku tonton tadi.
Bilalah aku akan merasai cinta. Hati ini sudah lama kosong tanpa penghuni. Siapakah yang akan mengisi ruang hati ini? Kita tengok siapa yang kena!

Khamis 1 Jun 2000
Kelas tutorial hari ini bosan. Sahabatku, Yuen, Azah dan Tini pun hilang konsentrasi. Fikiran ku melayang jauh, teringatkan seseorang. Aku temuinya pagi tadi semasa kuliah lukisan seni bina. Dia perkenalkan dirinya sebagai pelajar program pertukaran dari Universiti Gajah Mada Indonesia. Jejaka itu wajahnya persis Nicholas Saputra lah! Dia menghulur salam perkenalan dan senyuman, aku hanya balas dengan senyuman.. Senyumannya membuat jiwa yang sepi ini terasa seperti mula berseri.

Hatiku mula menyanyi. Kau tersenyum, ku terpaku.. cahaya di matamu hanyalah untukku.. eh.. silap lagu pulak.. hehe  
Hatiku ada rasa semacam. Kaget kot. Lupa kan jelah. Aku tidak boleh hanyut pada benda yang tiada kepastian. Eh, dia tinggalkan meja dia pun aku tak perasan.

Ke aku buat-buat tak perasan? Duh!

Selasa 6 Jun 2000
Dia memilih untuk bersama aku, Yuen, Tini dan azah dalam satu kumpulan untuk projek senireka. Dia semacam suka untuk berdamping denganku yang ralit menyiapkan tugasan. Aku sendiri tidak pasti tentang perasaanku. Suka pun ya, tak suka pun ada. Tapi pandai pula hati ini dicubit cemburu pula bila melihat dia bersama yang lain. Bila dia tiada bersama ku, aku cuba menarik perhatiannya. Nasib tak cedera tubuhnya bila aku baling bende alah tu.

K, kamu benar-benar hadir mengisi kekosongan hatiku, menyerikan jiwa yang sudah lama sepi. Adakah kamu cuba mengetuk jendela hatiku? Oh, aku tiada jawapan kerana segalanya tidak pasti.  Mungkin dia sekadar mahu mengambil berat.  

Khamis 15 Jun 2000
Sakitnya siku jatuh setelah dilanggar MichaBeranganCantik masa main futsal tadi masih lagi terasa. Apalah salahku di mata minah seorang itu. Asyik mencari gaduh sahaja. Sudahlah kaki bangku, ada hati mahu melanggar aku. Cemburukah dia pada kecantikanku? Ahhh persetankan saja dia.
Yang penting, hari ini aku rasakan perhatian K terhadap aku semakin jelas. Bersungguh-sungguh dia memberi sokongan pada aku masa main futsal tadi. Aku pun tidak tahu macam mana dia tahu aku bermain futsal. Ni mesti kerja tiga gadis itu. Terharu aku apabila dia bertanyakan keadaanku selepas terjatuh tadi. dan paling membahagiakan bila dia mempertahankan aku dan bersemuka dengan MichaBeranganCantik yang mengasari aku. Padan muka minah tu!

Sabtu 17 Jun 2000
Ok. Esok malam akan berlangsung majlis makan malam sehati sejiwa anjuran Kelab Muda-Mudi. Tak sabar menatap dia berpersalinan sut! Tentu kacak. Mereng! Time mereng macam ni elok berdansa robot sengal. hehe.

Ahad 18 Jun 2000
Malunyaaaaaa. Aku betul-betul tak sangka telah dipilih sebagai gadis tercantik oleh rakan-rakanku dan K telah dipilih sebagai lelaki paling kacak. Kami digandingkan bersama selepas itu. Aku pandang dia, dia pandang aku, kami berpandangan, masing-masing malu-malu. Aku rasa debaran itu. Inikah debaran cinta??

Sebelum pulang tadi, dia ada berbisik sesuatu di telinga ku, ada ungkapan cinta. Aku keliru, lidah ku jadi kelu. Hatiku berdebar, dan dia seolah boleh merasai debaran ku itu. Mungkin dia pun merasai debar yang sama.

Rabu 21 Jun 2000  
Dia semakin mahu mendekatiku. Sengaja dia mahu aku membonceng motosikal yang ditungganginya. Tapi aku, seganlah. nasib baik ada Yuen, Tini dan Azah. Eh, aku tak mahu berdua-duaan dengannya. Mungkin dia fikir aku ingin menjauhinya

28 Jun 2000
Ada pertengkaran kecil antara dia dan aku. Aku yang mencipta pertengkaran itu kerana mahukan perhatiannya semula, tetapi nampaknya aku tersilap langkah kerana nampaknya dia mengambil serius pertengkaran itu. Ahhh bodohnya aku!


Jumaat 30 Jun 2000
Dia tinggalkan aku tanpa kata-kata. Aku terlupa yang dia hanya ada sebulan di sini. Aku hanya sempat melihat keretanya meluncur pergi. Aku cuba mengejarnya namun kenderaannya semakin kecil di ruang mata. Dia akan pulang ke tanah airnya. Azah beritahuku, ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada ku tetapi dia pendamkan begitu sahaja. Aku menyesal kerana tidak berterus terang dengannya yang aku juga menyimpan cinta kepadanya sebaliknya hanya membiarkan diri iniberprasangka dengan debaran di jiwa.
Sedangkan dia juga merasai apa yang aku rasai namun aku tidak meluahnya. Apakah dia mahu terus melupakanku? Adakah aku akan kehilangannya? Sesal pun tak guna sudah.

Khamis 31 Julai 2000
Terasa gelisah bila berjauhan dengannya dan sukar untuk melupakan dia. Tini pun macam perasan tadi yang aku mengelamun panjang masa makan tengah hari. Sudah sebulan berlalu dan tiada khabar daripadanya. Hariku serba tak kena.

Jumaat 1 Ogos 2000
Hari yang cukup bahagia dan khabar yang dinantikan kuterima. Sebaris ayat dari sepucuk emel yang dikirimkannya sebentar tadi membuat hatiku berbunga girang. Dia sebenarnya masih terkenangkanku dan masih mahu menemuiku.

'Walau tak mampu lafaz salam perpisahan, pasti ku kira detik bertemu lagi'
i love NOBODY ELSE
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 24-12-2011 10:59 PM |All posts
itu sje yg smpt~~~ halalkan terlebih terkurangg..
Jangan Kau Bangga Dengan Dunia Yang Sekejap Ini !
Reply

Props Report

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 24-12-2011 11:59 PM |All posts
Post Last Edit by eddysheddy at 25-12-2011 00:01

SOALAN FASA 2:
Andai anda ialah Siti Nurhaliza yang sering dilanda gosip-gosip liar dan sentiasa mendapat perhatian. Apakah perasaan anda dalam menghadapinya? Apakah yang anda lakukan untuk menangani masalah-masalah tersebut supaya imej bersih anda kekal di mata masyarakat?

1- Apakah perasaan anda dalam menghadapinya?
Sejujurnya diri ini tidak pernah mengimpikan untuk berada di tempatnya bak kata lagu Biarlah Rahsia.. pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempat ku. Biarpun disirami kerlipan glamor, populariti yang tak tergugat, di puncak destinasi jaya, bakat bak kilauan sahmura, paras seindah purnama, diselimuti sayang separuh mati oleh orang lain, pengaruh tak terbanding, namun ku tidak pernah sanggup.

Aku bukan manusia yang betah dengan sindiran atau kebencian manusia apatah lagi dicerca dan dikeji. Seorang yang membenci dan meluat pun sudah buat hati ini keluh kesah apatah lagi jika beribu-ribu yang meng`anti', belum lagi kalau tahu ada yang menyimpan kesumat di hati.

Aku bukan manusia yang suka diperhatikan sehingga setiap langkah dan gerak geri ku menjadi bahan bualan, setiap inci dan sudut di tubuhku menjadi tilikan dan belekan, pakaian yang tersarung ditubuhku diperhatikan setiap kali.. menyarung pakaian yang pernah aku pakai juga satu kesalahan? What?

Mungkin aku sudah melenyapkan diri kalau orang mengatakan aku pakai tudung macam biarawati atau baju yang aku pakai ialah pokok krismas. dan setiap yang keluar dari mulutku menjadi pertikaian dan penilaian.. Oh ya. aku tidak sefasih mana berbahasa Inggeris. Mungkin aku akan digelakkan orang kerana kebodohan aku menyebut dengan betul Yves Saint Laurent atau nama tempat paling panjang di dunia Taumatawhakatangihangakoauauotamateahaumaitawhitiurehaeaturipuk-
akapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu atau perkataan english paling sukar disebut di dunia Floccinaucinihilipilification seolah2 semua orang wajib tahu atau mereka juara Spelling Bee.

Aku bukan jenis yang tabah boleh membutakan mata atau memekakkan tuli mendengar segala buruk tentang ku dicanang orang. Oh tidak! Aku bukan seorang yang boleh tenang sebegitu. Mungkin hidupku akan kacau bilau. Aku seorang yang sukakan ruang untuk diri sendiri, bebas mengikut kehendak naluri dan mahu belajar dari kesilapan tanpa ditertawakan.

Aku lebih memilih ketenangan daripada kekayaan, pengaruh, anugerah, bakat waima kasih sayang peminat dan segalanya.

Justeru, jika aku dilanda gosip-gosip liar mungkin perasaan ku ialah tiada perasaan kerana daku sudah tiada.

2- Apakah yang anda lakukan untuk menangani masalah-masalah tersebut supaya imej bersih anda kekal di mata masyarakat?

Jika aku seorang artis seperti Siti Nurhaliza, adakah aku kuat untuk melawan gelombang media dari bergambar dengan lelaki? Sedarkah aku bahawa aku telah melawani arus yang tak pernah mereka lalui?
Jika aku Siti Nurhaliza, mampukah aku sentiasa mengawal susila diri?
adakah aku akan mengorbankan sebahagian usia ku demi kerjaya, masa remaja seperti tiada dan tidak bisa bersukaria bersama rakan-rakan yang lain seperti yang dinamakan remaja?
Jika aku Siti Nurhaliza bintang paling popular ABP bertahun-tahun, mampukah aku bertahan dengan godaan populariti, adakah populariti membutakan mataku? Lupakah kelak aku pada keluarga dan mungkin Tuhan yang melimpahiku dengan pelbagai nikmat?
Jika aku Siti Nurhaliza, mampukah aku bertahan dengan kutukan dan hinaan sehingga aku melatah lalu menunjukkan kebodohan diri lantas mencalar imej diri?
Jika aku Siti Nurhaliza, adakah aku akan menjadi sebaik/ seberjaya Siti Nurhaliza yang anda kenali?
Jika aku Siti Nurhaliza, adakah aku masih memijak bumi?  

Jika jawapan ku ialah tidak bagi kesemuanya, mampukah aku memiliki apatah lagi mengekalkan imej bersih?

Justeru, tiada apa yang akan aku lakukan melainkan sentiasa memohon kepada Allah agar dilindungi daripada kejahatan manusia dan makhlukNya.

Mungkin kerana alasan-alasan ini aku tidak dijadikan bernasib seperti Siti Nurhaliza. Kerana bahawasanya Tuhan hanya menimpakan sesuatu ujian itu kepada hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka yang menghadapinya. Itu yang terfirman dalam kitabNya.

Maka, terbuktilah aku bukanlah orang yang sekuat dia. Dan mungkin anda, dan mereka, juga tidak sekuat dia.

Wallahua'lam bissowab.
i love NOBODY ELSE
Reply

Props Report

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 25-12-2011 12:05 AM |All posts
entah apa aku merepek utk fasa 1 dan fasa 2 ni. pakai bedal jer. terima lah ye seadanya.
i love NOBODY ELSE
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 25-12-2011 12:22 AM |All posts
Reply 57# eddysheddy


   berguling x ingt dunia bila terbaca POKOK KRISMAS...hehehe
Jangan Kau Bangga Dengan Dunia Yang Sekejap Ini !
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 06:48 AM |All posts
Post Last Edit by dauswq at 25-12-2011 06:52

Reply 53# azharazhar91

bingkisan karya bagus dan menarik
menggambarkan hati wanita
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 06:50 AM |All posts
Reply 57# eddysheddy

karya fasa 2 seperti menggambarkan luahan hati Siti Nurhaliza..syabas
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 06:52 AM |All posts
Reply 50# adifrs

pembaca akan berasa kagum mendeklamasikan sajak anda
tahniah
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 07:16 AM |All posts
Kesemua soalan  dari peti 1--> 5 telah dipamerkan di posting #12

Aku takkan reveal soalan peti ke-6 kalau tak de orang request untuk dibuka...
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 07:17 AM |All posts
Lagi 5 jam sebelum penalti dikenakan
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 12:11 PM |All posts
Post Last Edit by dauswq at 25-12-2011 12:28

berita gembira buat pengkarya semua...

1.
Hasil perbincangan dengan pihak penganjur...
Ini keputusan yang kami buat

Memandangkan majlis kemuncak sayembara akn diumumkan pada 6 Jan di CTFM, jadi dengan berbesar  hatinya pihak penganjur menunda tarikh tutup penghantaran karya sehingga 31 Disember 2011. Pihak penganjur faham bahawa ada forumer yang bercuti dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada sayembara. Bagi mereka yang telah hantar, anda boleh mengemaskini karya anda dari semasa ke semasa sehingga tarikh tutup tersebut.

Terima kasih dan selamat bercuti!

2. Jumlah markah untuk minggu kemuncak ialah 120.

Ini kerana _/15 akan diberikan kepada pengkarya yang bersusah payah mengarang bingkisan karya fasa ke-2.
15 markah ini akan diadili oleh kami moderator forum CT Nurhaliza.

Oleh itu, summing up everything...

Karya FaSA 1:   20% lirik (khyree+ruffleen) + 20% idea (seribulan) + 20% kreativiti dan gaya bahasa (attokz)
Karya Fasa 2:   15% (moderator CT nurhaliza = khyree+dauswq+colbyRaikkonen)
Tirai Malam Inspirasi: 5%

= 120%




3. Juri-juri boleh menilai markah peserta bila-bila masa sebelum 4 Januari 2011.


--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 12:14 PM |All posts
Post Last Edit by dauswq at 25-12-2011 12:34

Sesiapa sahaja peserta termasuk pemerhati yang nak try soalan peti ke-6, sila maklumkan melalui pm]

Kredit akan diberikan
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 12:18 PM |All posts
PENTING: untuk memastikan pendengar CTFM jelas dan dapat didengar...

sila layari www.radioctfm.com atau terus ke player CTFM.. http://www.radioctfm.com/playerctfm.html

TQ
♥ Kesetiaanmu, Kekuatanku ♥ - ♥ Dato' Siti Nurhaliza ♥  to ♥ Khyree ♥
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-12-2011 12:44 PM |All posts
15 markah fasa ke-2 dan 40% poll undian awam akan diumumkan pada malam kemuncak

kat sini hanya markah juri fasa pertama sahaja akan dipaparkan...
--> ADD fb https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 25-12-2011 02:28 PM |All posts
Post Last Edit by sixret at 31-12-2011 23:55

NAMA : SIXRET

PETI SOALAN NO : 03

FASA 1 : (iii) PERCAYALAH




Suasana sepi begini
Panahan rindu menusuk hati
Tak mungkin kau sedari
Lantas ku titip puisi kasih
Agar gelora tidak merintih
Sengsara pun menyisih
Dengarkanlah suara hati
Moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati

( korus )
Percayalah
Kasihmu lama tersulam
Di ruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam

Ku akui
Dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi

Kasih
Usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir
Bimbang cinta terusir

Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir
Oh oh...

Percayalah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kala rembang, tika usai berzikir,


Dirimu seolah-olah hadir di hadapanku,


Tusukan rindu benar-benar menyesakkan dadaku,


Aku tewas lagi menghalang butir-butir air mata terusmengalir,


Dua belas purnama berlalu,


Masakan dua belas purnama lagi harus ku menunggu?



Setiaku mencintaimu dalam diam,


Butir bicaraku hanyalah doa,


Agar rasa cinta ini benar-benar dimeterai dengan ikatansuci,


Dua belas purnama silam,


Tika bola matamu merenung dalam,


Pancarannya menusuk ke kalbuku,


Rasa kasih itu bertamu,


Apakan daya, malu lebih menebal menguasai diri.



Sedangkan cinta itu fitrah suci manusia,


Tiada daya aku menghalang,


Harapanku agar suatu hari engkau menjadikanku suri,


Yang sentiasa bertahta di sanubari.



Tanpa kusedari, remang senja di ufuk Barat mulai jingga,


Segeraku menyeka air mata rindu,


Bingkasku berdiri menyiapkan diri,


Menunggu Maghrib,


Kernaku ingin memanjatkan doa buat ratusan kali,


Agar kita akan bersama di bawah takdir Ilahi,



Percayalah,


Cintaku terhadapmu tidak pernah sekali surut,


Malah sentiasa bertaut,


Diamku diam berharap,


Maluku malu bersebab,


Agar Ilahi membukakan hijab,


Hijab penentu nasib kita berdua.



Sungguh aku mencintai Allah.
Ibu sayang Syed Amir Haiqal.
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 25-12-2011 02:30 PM |All posts
Post Last Edit by sixret at 31-12-2011 23:59

FASA 2:

2. Andai anda ialah Siti Nurhaliza. Adakah anda puas dengansegala kejayaan yang anda kecapi selama ini? Apakah yang anda harapkan daripadapeminat-peminat anda yang tidak putus-putus menyokong kerjaya anda?




Takrif Puas itu sendiri sungguh subjektif. Kejayaan itu jugabersifat subjektif.



Ada penyanyi, asalkan dapat hasilkan 3 album, mereka sudahpuas.



Ada penyanyi, yang menjadikan platform seni ini hanyalahsemata-mata untuk meramaikan lagi kenalan dan secara tidak langsung melebarkanlagi peluang mereka bersahabat dengan orang yang berstatus.



Tapi ada penyanyi, yang menyanyi kerana bakat dan minat,selagi bakat masih ada, selagi minat masih bertahta, tiada istilah puas dalamkamus diri. Kepuasan Siti ialah apabila dapat menterjemahkan bakat dalam bentukmedia iaitu nyanyian siti yang direkodkan dalam album lalu dijadikan santapanhalwa telinga sebilangan besar peminat.


Siti sentiasa tidak puas untuk berjaya dan akan terus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah Siti lakukan sebelum ini.



Siti faham,
peminatdatang dan pergi.



10 tahun pertama, perasaan minat tu sungguh mendalam, 2tahun kemudian, perasaan itu boleh sahaja menjadi goyah, 3 tahun yang berikut,boleh sahaja menjadi anti tegar.


Bukankah hati manusia sifatnya sentiasa berbolak-balik?tahun 2011 masih minat, belum tentu tahun 2012 berterusan meminati siti. sitisedar perkara itu.


Itu kata hati. Orang tua-tua kata ikut hati mati.


Tapi ada segelintir peminat yang menilai sesuatu perkarayang siti buat melalui mata akal. Peminat sebegini yang sentiasa bersama Siti dalam segala kegembiraan dan kedukaan yang Siti tempuhi.


Terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus menyokong Siti.

Sungguh aku mencintai Allah.
Ibu sayang Syed Amir Haiqal.
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 25-12-2011 02:37 PM |All posts
Alhamdulillah. masa penghantaran karya dilanjutkan.terima kasih pihak penganjur dan pihak juri.

mula2 nak buat cerpen berdasarkan lagu canggai dengan mengambil maksud "tersirat" setiap bait ayat. nak buat cebisan memoir(autobiografi) seorang bekas penari kabaret dengan timeline 1950-2010. watak utama yg antagonis.daripada kehidupan penuh lumpur dan kekotoran terus kepada penyesalan sambil nak masukkan unsur2 moral. tapi very difficult to pull out lah. cerita tu pun belum habis.

lagi satu takut tak menepati kehendak juri di mana juri hendakkan maksud tersurat. tapi lagu ni kalau maksud tersurat, hanya boleh buat karangan fakta ttg tarian Inang or canggai.tak jadilah karangan cerita.

so, fikir2 balik, disebabkan ada masa, nak buat yg lain dengan lagu yg lagi satu. nak buat sajak je la sebab ramai buat sajak.
Sungguh aku mencintai Allah.
Ibu sayang Syed Amir Haiqal.
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 27-12-2011 12:21 PM |All posts
Reply 61# dauswq


    TQ ek...tolong tepekkan vc tu....
"saya iman...awak muslim"   
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 27-12-2011 12:22 PM |All posts
Reply 52# airwickss


    wiwikkkkk......mane hang?? senyap jek....

    ngah dok perah idea ek....
"saya iman...awak muslim"   
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 27-12-2011 12:23 PM |All posts
Reply 70# sixret


    alaa...kak buat lah cerpen....
"saya iman...awak muslim"   
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 29-12-2011 12:26 PM |All posts
Reply  airwickss


    wiwikkkkk......mane hang?? senyap jek....

    ngah dok perah idea e ...
adifrs Post at 27-12-2011 12:22



    ada jer sini adifrs....
bz bercuti2 mesia....

entah la dpt siapkan or tak....

anyway....
seronok baca jawpaan korang sume...
ai jugak yg xde idea....
+SoEulmate+MinSun+Scandalicious+Hardy+MoonSun+
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 29-12-2011 12:32 PM |All posts
ada jer sini adifrs....
bz bercuti2 mesia....

entah la dpt siapkan or ta ...
airwickss Post at 29-12-2011 12:26 PM



  
    sian dia....dah sonok2 bercuti sakan...kena perah idea plak kan??
   
    slow2 cari idea tu...ada mase 3 hari lagi ni haa...
    wiwik bleh buat punye....caiyok...caiyok!!!
"saya iman...awak muslim"   
Reply

Props Report

12345678910Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-9-2014 05:42 AM , Processed in 0.152847 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top