CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 11654|Reply: 91

Aisyah melanggar Al Quran?

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 29-8-2011 10:19 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Apakah ada penerangan tentang peperangan Jamal?
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 30-8-2011 03:41 AM |All posts
Reply 1# pendakwa


Sekalipun aliran Syi`ah telah diharamkan di Malaysia, sebahagian daripada ajaran mereka masih tersebar luas. Di antaranya ialah berkenaan sejarah para sahabat, dimana banyak buku-buku tempatan yang memuatkan kisah tersebut berdasarkan versi Syi`ah. Sejarah versi Syi`ah mudah dikenali, ia bersifat pro kepada Ali bin Abi Thalib serta ahli keluarganya dan bersifat kontra kepada para sahabat yang lain. Kisah-kisah sejarah versi Syi`ah telah mendapat tempat yang kukuh dalam pemikiran umat Islam tanah air sejak di bangku sekolah sehingga dianggap ia adalah fakta yang benar.

Aisyah memberontak kepada Ali?
Antara sejarah versi Syi`ah yang masyhur adalah Perang Jamal merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Aisyah ke atas Ali bin Thalib. Kenyataan ini memerlukan penelitian semula: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah?
Perang Jamal bermula apabila Aisyah, Thalhah dan al-Zubair radhiallahu anhum serta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah selepas pengangkatan Ali bin Abi Thalib radhiallahu anh menjadi khalifah umat Islam. Semua ini berlaku selepas pembunuhan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu anh. Melihatkan pemergian Aisyah dan pasukannya, Amirul Mukminin Ali turut pergi ke Basrah bersama pasukannya. Apabila menghampiri Basrah, kedua-dua pasukan ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang dinamakan Perang Jamal. Ia dinamakan sedemikian kerana Aisyah berada di atas unta (Jamal) ketika peperangan tersebut.
Dalam peristiwa ini, timbul dua persoalan. Yang pertama, kenapakah Aisyah dan pasukannya bergerak ke Basrah? Al-Qadhi Ibn al-Arabi rahimahullah (543H) menerangkan bahawa orang ramai mengemukakan beberapa pendapat. Ada yang berkata mereka keluar kerana ingin melucutkan Ali daripada jawatan khalifah. Ada yang berkata mereka benci kepada Ali. Ada yang berkata mereka ingin mencari para pembunuh Usman. Ada yang berkata mereka keluar untuk menyatu-padukan semula umat Islam. Di antara semua pendapat ini, yang benar adalah yang terakhir. Al-Qadhi Ibn al-Arabi menegaskan:
Mungkin mereka keluar demi keseluruhan umat Islam, mengumpulkan dan menyatu-padukan mereka kepada undang-undang yang satu (Islam) agar tidak berlaku kebingungan yang akan mengakibatkan peperangan. Dan inilah pendapat yang benar, tidak yang lainnya. [al-`Awashim min al-Qawashim fi Tahqiq Mawaqif al-Shahabah bada Wafati al-Nabi (diteliti oleh Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Jil, Beirut, 1994), ms. 155]
Sebelum itu hal yang sama ditegaskan oleh al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H):
Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai`ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.
Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai`ah daripadanya yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Usman radhiallahu anh. [al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83]
Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita bahawa dalam pemergiannya ke Basrah, Aisyah radhiallahu anha tidak memiliki tujuan berperang atau memberontak terhadap Ali radhiallahu anh. Ini membawa kita ke persoalan kedua, jika demikian kenapakah kedua-dua pasukan ini bertembung dan berperang?
Kenapakah berlakunya Perang Jamal?
Al-Imam Ibn Hazm melanjutkan, pasukan Ali turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan umat Islam dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Usman. [al-Fishal, jld. 3, ms. 83]
Akan tetapi pada waktu yang sama wujud juga orang-orang yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman. Mereka menyamar diri dengan berselindung di kalangan umat Islam. Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, mereka menyalakan api fitnah kononnya pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada kekhalifahan Ali. Namun apabila para pembunuh Usman mendapat tahu bahawa pasukan Aisyah dan Ali telah bersatu, mereka menjadi bimbang lagi cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam berpecah, selagi itulah para pembunuh Usman terselamat daripada apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, pasti kesatuan tersebut akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Usman.
Maka para pembunuh Usman merancang untuk melagakan kedua-dua pasukan tersebut. Pada awal pagi ketika hari masih gelap, mereka menyerang pasukan Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, pasukan Aisyah menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri (self defense), mereka menyerang balas ke atas pasukan Ali. Pasukan Ali pula menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas, juga sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri. Tanpa disangka-sangka, bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak memiliki apa-apa tujuan berperang.
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:
Orang-orangpun merasa tenang lagi lega pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!
Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: Apa yang terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!
Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi. [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad `Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:
Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).
Manakala Aisyah radhiallahu anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Marifat bi al-Akhbar). [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]
Demikianlah penjelasan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berkenaan Perang Jamal. Kembali kepada persoalan asal pada permulaan artikel ini: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah? Penjelasan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjadi jawapan kepada persoalan asas ini, sekali gus sebagai penutup kepada artikel ini:
Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya. [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]
Allahu alam bisshawab.
- Pendirian Aisyah Dan Para Sahabat Di Sebalik Perang Jamal, Hafiz Firdaus Abdullah


kredit to http://sirah.blogsome.com/2005/09/19/perang-jamal/
Respect Few Fear None
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-9-2011 01:52 PM |All posts
Post Last Edit by pendakwa at 3-9-2011 14:01

ohhh keluar juga, maknanya keluar laaaa, tak tinggal dirumah seperti yg disarankan quran.....
sejarah ngak bisa ditipu dan diubah2...
byk sgt pendapat, pilih lah yg mana pun, tetap melanggar alquran, keluar la dengan tujuan baik pun, tetap me
langgar alquran
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-9-2011 05:42 PM |All posts
Salam,


sejarah ngak bisa ditipu dan diubah2...


AlQuran tidak mengesahkan sejarah perang jamal, maka ia sepatutnya di ragui

Allah di sanjung!

Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-9-2011 06:39 PM |All posts
Reply 4# sirrikhafi

Lalu bagaimana kita solat? sebab alquran hanya memerintahkan kita solat?
Anda percaya Quran, bagaimana anda claim penafsiran anda betul2 sebagaimana yang Rasul kehendaki?
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 3-9-2011 07:22 PM |All posts
Reply 4# sirrikhafi

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya nak tahu, dengan siapakah saya sedang bercakap sekarang? Saya Sunni. Anda?

I. Sunni
II. Syiah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah
III. Enti-Hadis
IV. Qadyani
V. Lain-lain. (sila nyatakan)

Saya tak berminat untuk melayan seorang lelaki misteri yang hanya berani mengaku beliau mengucap 2 kalimah syahadah saja dan tidak mewakili sesiapa yang ada atas muka bumi ni kecuali dirinya sendiri.

Adakah kamu berminat untuk melayan karenah seorang yang mengaku Islam tetapi hanya satu saja kitab yang dipakainya: Al-Quran. Dia mengenepikan perintah Allah s.w.t. supaya mentaati Allah DAN RASULNYA. Walaupun dia menyebut 2 kalimah syahadah, tapi hanya satu saja yang diiktirafnya.
4x4=16
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-9-2011 07:55 PM |All posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 4-9-2011 02:41

Salam,


Sebelum kita pergi lebih jauh, saya nak tahu, dengan siapakah saya sedang bercakap sekarang? Saya Sunni. Anda?

I. Sunni
II. Syiah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah
III. Enti-Hadis
IV. Qadyani
V. Lain-lain. (sila nyatakan)


Saya &nabi muhammad tidak ada kena mengena mana-mana kumpulan &golongan dlm islam

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ 6:159

saya hanya seorg yg muslim, sejahtera, damai, peace etc

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ 41:33

adakah org yg menggelar dirinya sebagai sunni @ syiah lebih baik dari org yg mengaku diri nya sebagai muslim? tidak sekali-kali.

so, gelaran sunni, syi'ie, etc, bukanlah sebaik-baik gelaran& xperlu lah berbangga-bangga dgn gelaran tersebut.
nabi muhammad pun xpernah menggelar diri nya sebagai sunni @ syi'ie.


Saya tak berminat untuk melayan seorang lelaki misteri yang hanya berani mengaku beliau mengucap 2 kalimah syahadah saja dan tidak mewakili sesiapa yang ada atas muka bumi ni kecuali dirinya sendiri


hanya org munafik shj yg suka bersyahadah ke hulu ke hilir.

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ 63:1



bagi org-org yg percaya, cukuplah Allah menjadi saksi

قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً قُلِ اللَّهُ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ 6:19



dasar manusia kerdil yg tak sedar diri cuba menjadi saksi ke atas Allah & rasul Nya pula.

sebab tuh Allah kata org munafiq tuh pembohong, pendusta.  

Adakah kamu berminat untuk melayan karenah seorang yang mengaku Islam tetapi hanya satu saja kitab yang dipakainya: Al-Quran.


nabi muhammad adalah seorg muslim dan kitab beliau hanya satu shj.

so apa masaalahnya, hmmm?


Dia mengenepikan perintah Allah s.w.t. supaya mentaati Allah DAN RASULNYA.


Taat kpd rasul takde kena mengena dgn mentaati koleksi bukhari, muslim, albani, alkafi, etc


Walaupun dia menyebut 2 kalimah syahadah, tapi hanya satu saja yang diiktirafnya


Sorry, saya tak layak menjadi saksi ke atas Allah &rasul Nya.

Cukuplah Allah menjadi saksi ke atas saya

Allah di sanjung!

Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-9-2011 08:12 PM |All posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-9-2011 03:48

Lalu bagaimana kita solat? sebab alquran hanya memerintahkan kita solat?


AlQuran juga mengajar kita tentang solat. baca lah AlQuran. kalau asyik baca buku sejarah memang kita xkan tahu. yg kita tahu hanya perang jamal, perang siffin, tahkimul quran, bla bla bla.. bila minda nak berkembang? nasehat saya, tinggalkanlah buku-buku hadis &sejarah. bacalah AlQuran. pasti kita akan terselamat dari ideologi syiah &sunni.


Anda percaya Quran, bagaimana anda claim penafsiran anda betul2 sebagaimana yang Rasul kehendaki?


AlQuran xperlu di tafsirkan kerana AlQuran adalah sebaik-baik tafsiran.

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا 25:33
Dan tidaklah mereka bawakan kepada engkau dengan suatu perumpamaan kecuali kami telah datangkan kepada engkau dengan kebenaran dan sebaik-baik tafsiran 25:33

Allah di sanjung!

Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 4-9-2011 03:19 PM |All posts
Reply 8# sirrikhafi
Berikanayat yg menerangkan detail cara-cara solat?
Bagaimanaanda menafsirkan lalu claim mengatakan anda benar? Tak perlu belumbermakna anda benar
Sejarah tak perlu??? Bukankah Al-Quran juga merupakan kitab sejarah? Nak cari cerita tentang hidup anda nak guna buku sejarah keluarga anda ke nak guna quran juga?
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 4-9-2011 04:42 PM |All posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-9-2011 03:46

Salam,


Berikanayat yg menerangkan detail cara-cara solat?


saudara janganlah malas membaca Alquran dan hanya mengharapkan org lain carikan jawapan-jawapan utk anda.  kalau bab yg berkaitan syiah, rajin pula anda membaca pelbagai sumber. kenapa bab solat, anda tidak membaca &merenungkan alquran? ingatlah, Tuhan tidak sekali-kali mengalpakan sesuatu di dlm kitab Nya.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=590899&extra=page%3D1

http://www.e-bacaan.com/artikel_solat.htm


Bagaimanaanda menafsirkan lalu claim mengatakan anda benar? Tak perlu belumbermakna anda benar


AlQuran xperlu di tafsirkan kerana AlQuran adalah sebaik-baik tafsiran.

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا 25:33
Dan tidaklah mereka bawakan kepada engkau dengan suatu perumpamaan kecuali kami telah datangkan kepada engkau dengan kebenaran dan sebaik-baik tafsiran 25:33


Sejarah tak perlu??? Bukankah Al-Quran juga merupakan kitab sejarah? Nak cari cerita tentang hidup anda nak guna buku sejarah keluarga anda ke nak guna quran juga?


Alquran bukan kitab sejarah tapi petunjuk bagi org yg bertaqwa.

takde kebenaran mutlak dlm ilmu sejarah kerana sejarah seringkali di manipulasi oleh pihak yg menang lagi berkepentingan. kalau org itu pro sunni, tentu sejarah di tulis berdasarkan pandangan sunni. dan kalau org itu pro syiah, maka ia akan menulis berdasarkan pandangan syiah.

berbeza dgn Alquran. kesah-kesah yg di ceritakan oleh Alquran adalah berdasarkan kebenaran. tidak ada unsur manipulasi mana-mana pihak yg berkepentingan, jujur, telus, bahkan sarat dgn petunjuk-petunjuk kpd umat manusia.

nasehat saya kpd saudara pendakwa, anda mesti meninggalkan buku-buku koleksi hadis &sirah/sejarah secepat mungkin.

sejarah yg anda nak bincangkan hanyalah lebih kpd sangkaan semata-mata. org yg menulis sejarah perang jamal bukan lah org yg terlibat sendiri dlm peperangan tersebut. penyudahnya, anda akan bersangka-sangka yg bukan-bukan terhadap org yg xbersalah seperti ali, aisyah, etc

so, lagi cepat anda tinggalkan koleksi hadis &sejarah, maka lagi cepat anda di selamatkan dari parasit yg merosakkan islam yaitu ideologi sunni &syiah.

dulu saya pun mcm anda juga. tapi Tuhan telah menyelamatkan saya melalui sepotong ayat yg berbunyi:

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ 2:141
Itulah umat yg sungguh telah berlalu. Bagi mereka ialah apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu ialah apa yang telah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan ditanya daripada apa yang adalah mereka itu lakukan 2:141

lagipun perang jamal tiada kaitan dgn kita. kenapa pula menyebukkan diri dgn hal-hal yg tiada kaitan dgn diri kita? Tuhan pun takkan menyoal kita tentang masaalah perang jamal. so, kenapa mesti di ungkit lagi hal-hal yg kita tiada pengetahuan mengenai nya?

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا 17:36
Dan janganlah engkau mengikuti apa yang tiada bagi engkau dengannya oleh ilmu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati itu, tiap-tiap mereka itu, adalah darpada nya, akan di pertanyakan 17:36

so nasehat ikhlas saya, tinggalkanlah semua sejarah-sejarah yg berkaitan dgn sunni &syiah di dlm minda anda. insya Allah, anda akan menjadi manusia yg sejahtera, aman damai, peace, muslim &MERDEKA dari penjajahan ideology sunni &syiah.

believe me....

Allah di sanjung!

Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-9-2011 11:34 AM |All posts
Apakah ada penerangan tentang peperangan Jamal?
pendakwa Post at 29-8-2011 22:19


Salaam saudara ku..
Marilah kita sama-sama tinggalkan segala bentuk fitnah yang berleluasa ini..
Lebih baik kita mengkaji al quran yang haq...Yang tiada keraguan padanya..
dari kita mengkaji perkara-perkara yang penuh dengan sangkaan dan fitnah..
Perbincangan seperti ini hanya menambahkan dosa-dosa kita yang telah sedia banyak..
Lebih-lebih lagi melibatkan utusan Allah, keluarga dan pengikutnya..

Lari topik sikit..
Saya pernah terbaca satu thread melibatkan saudara..
Yang mana saudara mengemukakan satu perbincangan yang amat baik..
Berkaitan iman..
Jika kita percaya pada Allah kerana tercatat dalam al quran..
Bermakna kita percaya al quran dahulu baru Allah..
Lebih kurang macam tu lah..

Malang sekali perbincangan itu berakhir di tengah jalan..
Alangkah baiknya kalau saudara dapat mewujudkan perbincangan seperti itu..
Yang boleh membantu kita untuk mengkaji kebenaran fahaman kita
dan seterusnya menambahkan keyakinan kita..

sekadar pendapat dari saya..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-9-2011 12:56 PM |All posts
Reply 10# sirrikhafi

So solat subuh boleh la 20 rokaat?
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-9-2011 01:06 PM |All posts
Wasalam saudaraku, semoga Allah memberkati anda.

Kita tidak dapat lari daripada kebenaran. Justru manusia selalu takut menghadapi kebenaran lantaran disebabkan oleh banyak faktor.

Pengkajian itu juga memerlukan tafsiran dan sekrang ini terlalu banyak penafsiran berleluasa mengikut hawa dan nafsu. Lihat saja saudara kita disini yg menafsirkan kalam itu mengikut selera dan kehendaknya, sehingga artikel yg diselitkan benar2 menyesatkan baik sunni maupun syiah lantaran menolak mentah2 hadis.

Saudara, tidak dapat tidak, jita tidak boleh menghindari sejarah yg tercatat, bukannya tujuan untuk mencela, sekadar utk mengetahui kebenaran. Bukankah kebenaran yg saudara cari selama ini atau boleh saja kita katakan kita tergolong didalam Islam hanya kerana kita dilahirkan didalam Islam? Perbincangan untuk mencari kebenaran bukanlah bertujuan untuk menimbulkan fitnah sesuai dengan firman Allah

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[al-Ankabut, ayat 69]


Terimakasih diatas pandangan saudara dan salam sejahtera untuk saudara.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-9-2011 01:37 PM |All posts
Wasalam saudaraku, semoga Allah memberkati anda.

Kita tidak dapat lari daripada kebenaran. Justru ...
pendakwa Post at 8-9-2011 13:06


Sedarlah wahai saudara ku..Lihatlah dunia hari ini..Even perkara yang berlaku hari ini pun kita tidak boleh nak cari kebenarannya..Di zaman yang serba canggih dengan segala alat teknologi..Fitnah masih berleluasa..kes liwat, bunuh, rasuah dan macam macam kes lagi..Tetap tiada bukti konkrit untuk membuktikannya..Yang timbul hanyalah fitnah demi fitnah..
Kata-kata ahli politik hari ini pun boleh di twist oleh media..Walaupun siap dengan rakaman video dan sebagainya..Rakaman itu pun boleh di potong sekerat-sekerat untuk menimbulkan fitnah..Ini kan pula cerita 1400 tahun dahulu..

Kalau saudara tetap memilih untuk hidup dalam fitnah dan sangkaan saudara terhadap golongan-golongan yang digelar muhajirin dan ansar ini..Terpulanglah pada saudara..Saya cuma ingatkan sahaja..Mana tahu saudara terlepas pandang ke..

Peace...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-9-2011 01:49 PM |All posts
Reply 14# SiNoob

Hidup inikan berdasarkan pilihan, maka saya memilih untuk mengetahui kebenaran dan menolak kepercayaan mentah2.Walaupun 1400 tahun berlalu, Islam sentiasa universal dan sesuai disetiap zaman.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 8-9-2011 03:34 PM |All posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 8-9-2011 17:26

Salam,

So solat subuh boleh la 20 rokaat?


takde masaalah pun kalau anda mahu ruku' sebanyak 1000 kali, asalkan anda ikhlas.


maka saya memilih untuk mengetahui kebenaran dan menolak kepercayaan mentah2.


AlQuran ialah kebenaran mutlak, bukan kepercayaan mentah-mentah.

Sejarah ialah sangkaan, dugaan &kepercayaan mentah-mentah, bahkan ia sepatutnya di ragui.


Walaupun 1400 tahun berlalu, Islam sentiasa universal dan sesuai disetiap zaman.


Walaupun sudah 1400 tahun berlalu, AlQuran sentiasa relevan, universal& sesuai utk sepanjang zaman.

sejarah perang jamal pula tidak sesuai utk di jadikan ajaran, pegangan &kepercayaan, bahkan ia sepatutnya di ragui utk sepanjang zaman.


Wallahu Alam
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-9-2011 04:06 PM |All posts
Reply 16# sirrikhafi

Kafir pun ikhlas juga cm mana kalau ikut quran ?????
Bagaimana anda tafsirkan quran dan anda kata betul? Siapa quaranteed betul? Anda menolak Rasul?
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 8-9-2011 05:38 PM |All posts

Kafir pun ikhlas juga cm mana kalau ikut quran ?????


Tuhan lebih mengetahui siapa yg tersesat dari jalan Nya dan siapa yg mendapat petunjuk Nya 16:125


Bagaimana anda tafsirkan quran dan anda kata betul?


AlQuran xperlu di tafsir kerana ia adalah sebaik-baik tafsiran 25:33


Siapa quaranteed betul?


Bagi kaum yg mengetahui bahasa arab 41:3


Anda menolak Rasul?


Adakah org yg menyampaikan 'risalah sejarah' &'risalah hadis' adalah 'rasul' yg wajib di taati?

bukankah Rasul itu ialah Penyampai Risalah Allah yakni AlQuran? rujuk 5:67

jadi rasul yg manakah wajib di taati?

rasul Allah atau 'rasul sejarah' & 'rasul hadis'?

Allah di sanjung!


Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-9-2011 05:51 PM |All posts
Reply  sirrikhafi

Kafir pun ikhlas juga cm mana kalau ikut quran ?????
Bagaimana anda tafsirkan ...
pendakwa Post at 8-9-2011 16:06


Apa yang saudara maksudkan dengan kafir??Bukankah kafir itu engkar kepada perintah Allah..

Kalau orang itu ikhlas menuruti Al Quran(Peringatan yang diturunkan Allah)


Apa yang kafirnya?
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 9-9-2011 02:21 PM |All posts
Reply 18# sirrikhafi

Kamu ternyata menafsirkan ayat mengikut hawa nafsu. Maka tiada jaminan apa yg ditafsirkan kamu adalah sebaik2 tafsir mengikut al quran.
Hanya dengan faham bahasa arab, maka berupaya memahami dan menafsirkan quran? Tak payah lah Allah menurunkan Rasul sebagai pennafsir, baik turun terus beri kat kamu quran tu....

Sedarlah siri khaffi
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 9-9-2011 02:22 PM |All posts
Reply 19# SiNoob

Ikhlas tu dtg dari hati, hanya allah yg mengetahu keikhlasan. Manusia hanya mampu bercakap....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-9-2011 03:04 PM |All posts
Reply  SiNoob

Ikhlas tu dtg dari hati, hanya allah yg mengetahu keikhlasan. Manusia hanya mampu  ...
pendakwa Post at 9-9-2011 14:22


saya merujuk kepada statement anda..kafir pun ikhlas juga menurut al quran..
So apa yang saudara maksudkan dengan kafir kalau ikhlas menurut al quran?

Berkaitan ikhlas itu urusan antara manusia dengan tuhan..Saya memang setuju..

Saya pun tidak berminat menyukat ikhlas atau tidak..

Cuma kenyataan anda kafir pun ikhlas juga menurut al quran..

Anda sendiri yang kata ikhlas..

Itu yang saya tanya..

Apa yang saudara maksudkan dengan kafir kat situ..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 9-9-2011 04:08 PM |All posts
Salam,

Kamu ternyata menafsirkan ayat mengikut hawa nafsu.


Saya tidak menafsirkan tetapi hanya menterjemahkan menurut bahasa ibunda.


Maka tiada jaminan apa yg ditafsirkan kamu adalah sebaik2 tafsir mengikut al quran.


AlQuran xperlu di tafsir kerana ia adalah sebaik-baik tafsiran. rujuk 25:33


Hanya dengan faham bahasa arab, maka berupaya memahami dan menafsirkan quran?


AlQuran ialah bacaan yg arab, bagi kaum yg mengetahui. rujuk 41:3


Tak payah lah Allah menurunkan Rasul sebagai pennafsir, baik turun terus beri kat kamu quran tu...


Tugas rasul bukan menafsirkan tetapi menyampaikan yang jelas. rujuk 5:92

Allah di sanjung!

Wallahu A'lam
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 10-9-2011 05:50 PM |All posts
Reply 22# SiNoob

Kalau org kafir yg ikhlas menderma dan bermcm2 lagi...mcm mana alquran tafsirkan, itulah yg saya maksudkan kat siri kaffi....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-9-2011 06:03 PM |All posts
Reply  SiNoob

Kalau org kafir yg ikhlas menderma dan bermcm2 lagi...mcm mana alquran tafsirkan,  ...
pendakwa Post at 10-9-2011 17:50


owh..Saudara maksudkan orang kafir yang berbuat baik..
Pahamlah saya..

Kalau saudara maksudkan kafir itu sebagai orang yang sekutukan tuhan..
Maka memang sia-sialah amal mereka sekiranya mereka tidak bertaubat dan kembali kepada tuhan..

Tetapi jika kafir yang saudara maksudkan adalah tidak memeluk agama islam..
Saya tidak setuju dengan kenyataan tersebut..

Sesuai dengan ayat berikut..

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-4-2014 05:13 PM , Processed in 0.146039 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top