Syd posted on 31-1-2009 01:59 PM

Q&A Joran : Kolum Pok Mud @ BH [Info ttg Pok Mud Pg 2]

Fahami keupayaan kekeli sebelum membeli



Soal: Bolehkah Pok Mud terangkan maksud ¡®bearing¡¯, ¡®gear ratio¡¯ dan ¡®line capacity¡¯ yang biasanya tertera pada spesifikasi produk kekili.


¨C Anizad, Kemayan Pahang


Jawab: Bearing ¨C Jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah mesin/kekili. Contohnya ¡®3 ball bearing¡¯ bermaksud terdapat 3 alas bebola yang digunakan dalam kekili.

Alas bebola bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek.

Terdapat kekili yang dipasang dengan 10 alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.

Namun terdapat masalah di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi.

Alas bebola ini boleh diganti jika haus atau rosak.


Gear ratio ¨C Ini adalah nisbah pergerakan putaran kekili berbanding putaran gelendung tangsi. Contohnya 4.9:1 membawa maksud satu pusingan karauan gelendung tangsi akan berpusing sebanyak 4.9 kali.

Semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tangsi ke dalam gelendungnya.

Line Capacity ¨C Perkataan ini merujuk kepada panjang tangsi yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili. Semakin halus diameter tangsi semakin banyak muatan tangsi boleh disimpan di dalam gelendung.

Terdapat dua jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili iaitu ib/yd atau dia/m.

Untuk ib/yd ia membawa makna kekuatan tangsi dalam paun dan panjang yang boleh diisi dalam ela.

Manakala dia/m pula merujuk kepada ukurlilit tangsi yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tangsi 0.5 inci boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam gelendung kekili.

[ Last edited by  Syd at 1-2-2009 01:18 PM ]

Syd posted on 31-1-2009 02:02 PM

Persediaan memancing ikan di pantai



SOAL: Saya ingin tahu cara terbaik memancing di pantai. Apakah yang terbaik bagi -
1. Umpan
2. Saiz batu
3. Perambut
4. Keadaan air
5. Waktu terbaik

MAZLAN Mansor,
Setiu, Terengganu.

JAWAB:

1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Syd posted on 31-1-2009 02:03 PM

Jangan bebankan kekili dengan sistem tegangan



SOAL: Jika kekuatan sistem tegangan (atau seretan) adalah 8 kilogram, adakah kekili dapat bertahan hanya pada saiz ikan maksimum seberat itu?

RAMIZI Abdullah, Alor Setar, Kedah.

JAWAB: Tidak semestinya demikian kerana sistem tegangan (drag) dicipta supaya ia dapat memberi jangka hayat lebih lama kepada logam gear di dalam kekili. Oleh itu, gear diberi perlindungan supaya tidak haus atau rosak apabila tekanan dan beban yang dikenakan melebihi kekuatan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, 8kg bersamaan 17.6 paun dan gegedung kekili dimuatkan dengan tangsi kekuatan 30 paun. Lazimnya kita akan set sistem tegangan pada skala 1/3 daripada kekuatan muatan tangsi iaitu kira-kira 10 paun. Untuk lebih, tepat anda perlu gunakan skala pengukur dan tarik keluar tangsi dari gegelung dan perhatikan bacaan skala apabila tangsi keluar.

Jika bacaan kurang daripada 10 paun, ketatkan sedikit demi sedikit sehingga bacaan akhir tangsi mula keluar ialah pada tahap 10 paun. Apabila sudah tepat, biarkan kekunci sistem tegangan pada tahap ini. Walaupun sistem tegangan maksimum ialah 8kg tetapi seboleh-bolehnya dinasihatkan supaya jangan dikunci tegangan tali pada tahap ini. Biar kurang daripada paras itu supaya kita tidak memaksa kekili sentiasa beroperasi pada tahap maksimum kecuali sesekali dalam keadaan yang memaksa.

Selepas ini jika ikan melebihi 8kg memecut, sistem tegangan akan membenarkan tangsi keluar. Biarkan ikan lari selama nama yang dia mahu kerana konsep ini ikan tidak akan dapat memutuskan tali kecuali terkena objek tajam digigit atau bergesel dengan karang. Layan saja larian ikan sehingga ia letih. Semakin banyak ikan membuat larian, ia akan semakin letih kerana terpaksa menggunakan kudrat untuk menarik keluar beban 10 paun sepanjang masa.

Apabila tangsi semakin banyak ditarik keluar, beban yang asalnya 10 paun menjadi semakin berat. Ini kerana lebih banyak tekanan diperlukan untuk menarik keluar tangsi yang setengah isinya berbanding tali yang penuh di dalam gelendung.

Sistem tegangan akan menjadi berganda apabila 80 peratus tali asal keluar dari gelendung. Konsep asas - semakin kurang tali dalam gelendung semakin tinggi tekanan diperlukan untuk sistem tegangan beroperasi. Percaya atau tidak, tali 10 paun boleh menewaskan ikan seberat 60 paun!

Syd posted on 31-1-2009 02:04 PM

Umpan berbau lebih cepat beri habuan



Soalan:

1. Boleh huraikan lebih lanjut jenis umpan untuk udang galah?

2. Musim udang galah yang sesuai untuk dipancing.

3. Mata kail dan perambut udang galah.

- LOMIN, Brunei Darulsalam

Jawapan

1. Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ¡®berbau¡¯. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam.

Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.

2. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa. Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.

Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

3. Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram. Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.

Syd posted on 31-1-2009 02:05 PM

Ikan bersisik aktif makan sepanjang masa



SOAL: Umpan apakah yang sesuai untuk memancing baung dan keli. Apakah jenis umpan yang sesuai untuk ikan di kolam air tawar? Saya juga penggemar ikan air tawar, apakah umpan terbaik untuk lekoh, patin dan rohu. Adakah penggunaan dedak mengikut cuaca. Adakah ikan bersisik aktif di waktu malam.

SHAHRUL, Johor.

JAWAB: Kolam air tawar dihuni pelbagai spesies ikan yang mempunyai naluri dan diet makanan tersendiri. Namun biasanya hampir semua ikan ternakan kolam diberi makan dedak. Ada pelbagai jenis dedak untuk makanan ikan kolam air tawar. Namun masalah ketara kepada kaki pancing ialah pemilihan jenis dedak yang terlalu banyak di pasaran dan cara memasang dedak pada mata kail. Penulis cuba rumuskan jenis umpan dan sasaran ikan yang biasa diperoleh daripada umpan berkenaan.

Cacing (hampir semua ikan kolam kecuali patin). Cengkerik (pacu, baung, keli dan tilapia). Usus/perut ayam (keli/ keli Afrika dan patin). Roti/sisa roti (tongsan, kap dan patin). Udang sungai (baung, ketutu dan tilapia). Anak ikan (belida, toman, baung dan keli). Serangga termasuk belalang (tilapia, ketutu, keli, pacu dan baung). Katak (toman dan haruan). Dedak (patin, rohu, tongsan dan leekoh).

Antara umpan yang disebutkan, dedak paling popular dan digunakan secara meluas di kebanyakan kolam. Dedak di pasaran ada pelbagai jenis, jenama dan saiz. Ia biasanya diadun dengan telur, air belacan, air sirap, santan kelapa, sisa biskut dan macam-macam lagi.

Ada juga pemancing mencampurkan adunan pelbagai dedak supaya lebih berkesan. Ini tidak termasuk dedak yang diperam semalaman atau lebih sehingga berbau tengik untuk menarik ikan.

Bagi soalan kedua, umpan terbaik spesies yang dinyatakan adalah seperti jawapan soalan pertama. Mungkin terdapat sedikit perbezaan selera makan ikan air tawar di kolam ternakan dan ikan liar dalam air berarus. Bagaimanapun anda disaran sentiasa mempelbagaikan jenis, adunan dan teknik mengumpan dari semasa ke semasa. Contohnya, kalau patin gemar roti, tidak semestinya kita hanya menggunakan roti. Andaikan roti tiada, fikirkan umpan alternatif. Dengan ini, pengetahuan terutama yang kita peroleh daripada pengalaman sendiri amat berharga daripada mendengar cerita orang lain.

Sebagai pemancing kita perlu sentiasa mendalami ilmu memancing tidak ketinggalan oleh perubahan arus pemodenan. Penggunaan dedak lebih merujuk kepada jenis ikan dan teknik mengumpan. Cuaca tidak begitu besar peranannya dalam adunan dedak kecuali kita biarkan ia berhujan atau biarkan kekeringan di bawah terik matahari.

Begitu juga dengan saiz ketulan dedak yang diadun mesti bersesuaian dengan mulut ikan buruan serta saiz mata kail yang digunakan. Ada ikan aktif waktu siang dan ¡®hilang¡¯ di sebelah malam. Ada ikan aktif waktu malam dan ada juga aktif tidak mengira waktu.

Hampir semua ikan bersisik aktif waktu siang dan malam. Lazimnya kebanyakan ikan ini lebih agresif dengan pemburuan makanan pada sebelah malam kerana faktor penyamaran ketika usaha menerkam mangsa. Faktor persekitaran turut mempengaruhi selera dan pergerakan ikan seperti cuaca yang terlalu panas, bunyi bising dan kehadiran manusia di habitatnya.

Syd posted on 31-1-2009 04:17 PM

Ikatan punca pemancing berputih mata


SOAL: Saya ingin tahu jenis ikatan yang sesuai dan faktor yang menyebabkan ikatan sering gagal ketika bertarung dengan mangsa.


http://joran.bharian.com.my/News/PokMud/20080202115828/mainpix.jpg



JAWAB: Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.

Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.

Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.

Akhirnya, ucapan yang biasa didengar daripada mulut pemancing: “Huh! Besar betul ikan tu! Sampai tali 100 paun pun boleh putus dengan sekali tarik. Tentu puluh kilogram punya ikan.

Syd posted on 31-1-2009 04:18 PM

Ciri-ciri memilih kekili yang baik


SOAL: Apakah ciri-ciri yang perlu diberi perhatian untuk membeli kekili yang baik.

SHAFFIE, Batu Pahat.



JAWAB: Apabila membeli kekili maka senarai berikut perlu diberi perhatian - harga yang kita sanggup bayar atau sesuai dengan bajet, jenis kekili sama ada terbuka atau multiplier, jenis lokasi atau lapangan padang pancing, had kekuatan sistem tegangan (max drag), had muatan tali, bahan binaan asas terutama sistem gear, berat kekili, berapa banyak alas bebola terutama jenis tahan karat, kalis air ( sebaiknya), anti-reverse (anti pembalikan), kelancaran pergerakan melalui ‘testing

Syd posted on 31-1-2009 04:29 PM

Sasaran melabuh umpan di depan atau belakang lubuk


SOAL: Di manakah sasaran terbaik untuk melabuhkan umpan bagi ikan bersisik di kawasan lubuk, sama ada depan, tengah atau belakang lubuk.

ARSHAD, Kuala Lumpur.



JAWAB: Jika kita memancing di kawasan lubuk, sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.

Jika di tengah lubuk terdapat reba atau tukun maka sasaran melabuh umpan adalah di hadapan lubuk kerana ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun.

Lokasi pilihan lain ialah sisi lubuk sama ada sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik. Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.

Syd posted on 31-1-2009 04:30 PM

Mengilat gewang pikat jenahak praktikal


SOAL: Bolehkah kita memancing jenahak dengan cara mengilat? Adakah faktor air mempengaruhi tangkapan?

FARIQ.



JAWAB: Jenahak boleh dipancing dengan cara mengilat gewang. Bagaimanapun, ia hanya sesuai di kawasan air cetek (kedalaman kurang kira-kira 14 meter) dengan kadar penglihatan dalam air yang baik. Antara kawasan air cetek yang sesuai untuk aktiviti mengilat adalah muara sungai, tepian pulau berbatu, reba dan kawasan tukun persisiran pantai cetek.

Pada hemat penulis, mengilat ikan jenis gred A lebih berjaya di kawasan yang jarang dikunjungi pemancing. Gewang untuk kegunaan mengilat perlu diselaraskan mengikut kedalaman air kawasan sekitar. Jenahak disifatkan ikan demersal atau pemangsa dasar. Jadi, gewang perlu berenang jauh ke dasar bagi menarik minat jenahak untuk menyambarnya.

Kini pemancing lebih menjurus menggunakan kepingan besi (jig) kerana keupayaannya meneroka di kawasan air yang lebih dalam. Jenahak yang besar gemar mendiami atau bersembunyi kawasan air dalam. Jig berbanding gewang ia dapat memberi persembahan yang lebih unik. Keunikan jig ialah ia boleh digunakan sama ada siang dan malam tidak kira air besar, air mati, arus perlahan, arus laju semua tidak memberi masalah kepada penggemar jig. Namun jenis dan saiz jig mestilah bersesuaian.

Sementara itu, faktor air yang disenaraikan berikut mempengaruhi minat ikan dengan umpan iaitu laju arus - air mati dan air besar. Faktor kejernihan air - tidak keruh atau terlalu jernih. Suhu air -tidak terlalu sejuk. Tahap kemasinan - tidak terlalu tawar terutama kawasan muara.

Syd posted on 31-1-2009 04:32 PM

Gunakan pelampung pancing bawal pinang
SMS soalan ke 019-3657489

SOAL: Apakah umpan paling sesuai untuk memancing ikan bawal kolam, tongsan dan rohu?

AZMAN, Kelantan.



http://joran.bharian.com.my/News/PokMud/20080222145042/mainpix.jpg

JAWAB: Bawal kolam, bawal pinang atau ikan pompano adalah spesies air masin yang lasak, bentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.

Pompano lebih tertumpu kepada kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan ialah udang pasar. Udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek. Sesetengah pasar raya ada menjual udang kopek. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah mengapung.

Pelampung boleh digunakan untuk memancing pompano dan jarak mata kail dengan pelampung paling kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin. Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kipas air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.

Ikan tongsan dan rohu lebih tertumpu kepada penggunaan dedak. Mungkin ada sedikit perbezaan dedak untuk rohu dan tongsan tetapi teknik memancing hampir serupa.

Kedua-dua ikan ini menyedut makanan di dasar kolam. Sebagai contoh petua menyediakan dedak rohu oleh seorang kaki pancing kolam air tawar seperti berikut.

Dapatkan dedak 5 dalam 1. Dedak berkenaan biasanya mengandungi pallet tetapi palet ini tidak diperlukan jadi perlu diasingkan. Kemudian campur baki 4 dedak ini. Selepas itu, perlu dicampur dengan dedak 923 (dedak dinding) sebanyak dua genggam. Kemudian campur dedak ayam yang dikisar halus sebanyak dua genggam. Simpan dalam plastik kedap udara selama sehari. Apabila hendak dibancuh, ia jadikan peroi. Dengan erti kata lain, mudah melekat pada spring bomb mata kail yang digunakan.

Untuk tambahan aroma, ambil biskut kelapa campur dengan biskut merry dikisar halus dan campur dengan ramuan tadi. Manakala dedak untuk tongsan pula perlu diletakkan sejenis gula manis dikenali sebagai ‘marsh mellow

Syd posted on 31-1-2009 04:33 PM

Sengat tersembunyi lebih berbisa, bahaya


Sengat tersembunyi lebih berbisa, bahaya

SOAL: Selain sembilang, duri dan ketuka apakah spesies lain mempunyai sengat? Benarkah apabila air pasang dan gelombang besar, ikan tidak makan umpan?

PEMANCING Pantai.

JAWAB: Selain sembilang, duri dan pari atau ketuka, ikan depu, baji, dengkis, kitang, kitang lada dan pelbagai jenis ikan yang jarang dijumpai mempunyai sengat sama ada yang jelas kelihatan atau tersembunyi di sebalik sirip dan badan.

Ikan semilang, duri, mayong, jahan dan belukang memiliki sengat keras terserlah di atas badan, sisi kiri dan kanan. Sengat pari dan ketuka pula terdapat di bahagian ekor sama ada di pangkal, tengah atau hujung ekor.

Ada antara pari seperti pari kebas atau pari serban tidak memiliki sengat tetapi senjata utama ialah gataran arus elektrik dialirkan ke badan yang menyentuhnya. Terdapat juga pari memiliki hanya satu sengat keras dan ada yang mempunyai dua sengat keras di ekor. Ikan lain yang dikategorikan berbisa memiliki sengat atau duri kecil yang tajam di badan (depu dan baji) selain sengat antara sirip dorsal dan sirip pelvik. Sengat yang berbisa ini tersembunyi merbahaya jika terkena tangan. Pari umpamanya perlu dikendalikan dengan betul. Pastikan sengat dibuang terlebih dulu jika ingin bergambar.

Kebanyakan ikan aktif ketika air pasang dan kawasan yang berarus. Kawasan yang tenang kurang didiami ikan pemangsa kerana sukar mendapat mangsa buruan. Di kawasan terdapat gelombang (bukan jenis yang terlalu besar hingga puluhan kaki) selain anak ikan turut bermain ombak, kumpulan ikan pemangsa (predator) turut mengikuti dari belakang.

Tugas perambut serap kejutan

SOAL: Bagaimana teknik shock leader dibuat dan bila ia digunakan?
WAN DIN

JAWAB: Shock leader (perambut serap kejutan) terutama dibuat daripada bahan florokarbon diguna untuk menyerap daya henjutan secara tiba-tiba (strike). Pada masa sama, perambut mono tangsi ini kemudian memberi sedikit regangan sebelum menyerap kembali ke tahap tegangan asal. Shock leader meluas digunakan di kalangan kaki jigging dan trolling serta pemancing yang menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Ini di sebabkan tali sulam tiada memori (zero spring) untuk menampung henjutan kuat secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai ‘absorber

Syd posted on 31-1-2009 04:34 PM

Sebarau tertarik gewang oren


SOAL: Bagaimana dengan penggunaan gewang dan jenis mengikut kesesuaian kawasan di air tawar serta sungai pedalaman terutama untuk sebarau?

PEMBACA Joran.

JAWAB: Banyak soalan berkaitan gewang diterima melalui SMS dan kalau dipaparkan semuanya ruangan yang ada tidak mencukupi. Cuma saya merumuskan perihal gewang supaya dapat meleraikan persoalan yang dikemukakan sebelum ini.



Dulu memang saya minat dengan aktiviti trekking seperti meredah sungai pedalaman serta mendaki gunung. Satu aktiviti luar yang cukup mencabar. Set pancing memang tidak pernah ketinggalan dalam senarai peralatan wajib dibawa. Saya cuba jawab soalan mengikut pengalaman dan pemerhatian daripada hasil kaki pancing lain.

Asas utama gewang ialah kita perlu mengenali spesies buruan. Sebarau yang diketahui mendiami sungai, empangan dan tasik boleh membesar sehingga 4 kilogram (satu saiz yang jarang sebarau dapat mencapai tahap ini kerana masalah lampau tuai). Saiz yang lumrah diperdaya dengan gewang adalah 500gm hingga 1.5kg.

Untuk sebarau 200gm hingga 500gm, cuba gewang kecil 5cm atau dipanggil gewang mikro tanpa mengira jenama. Contohnya, Rapala Tail Dancer, Countdown, Fat Rap, X-Rap atau Skitter Pop.

Set pancing aksi ringan paling sesuai digunakan. Perhatikan struktur tempat ikan bermain. Kalau air cetek, guna gewang selaman cetek atau permukaan manakala air dalam guna gewang selaman dalam seperti jenis minnor. Warna gewang turut memainkan peranan terutama warna yang seakan ikan sasaran. Warna oren mendominasi pilihan pemancing kerana ia seakan warna anak toman/haruan. Sebarau memang pantang melihat anak toman. Justeru, warna gewang oren, merah atau emas mudah dan cepat disambar mangsa.

Bagaimanapun warna kekuningan turut menarik minat sebarau asalkan kena pada tempat dan waktunya. Seni lontaran, gaya karauan dan halaju karaun gewang turut memainkan peranan meningkatkan sambaran. Jangan terlalu banyak melontar membabi tuli (‘blind cast) kerana bimbang akan menakutkan ikan serta memberi impak terhadap minat ikan menerjah gewang.

Tetapi yang penting, kalau kita pergi trip memancing seboleh-bolehnya jangan hanya membawa satu gewang. Cuba bawa beberapa jenis dengan kombinasi dan warna berlainan. Buat penilaian melalui pengalaman sendiri -cabang ilmu yang terbaik dari sumber yang kita boleh percayai 100%. Kalau cerita orang lain tentu lebih hebat dari apa yang sebenarnya berlaku!

Syd posted on 31-1-2009 04:35 PM

Set pancing sederhana sesuai di Pemanggil, Tioman


SOAL: (1) Antara air pasang dan surut, manakah yang sesuai untuk pergi memancing? Apakah beza memancing ketika air mati dan air besar? (2) Apakah umpan yang paling sesuai memancing di Pulau Pemanggil dan Pulau Tioman? Apakah set pancing seperti tali dan kekili yang sesuai digunakan di situ. (3) Bagaimanakah cara memancing sebarau dan tengas? Apakah jenis gewang yang sesuai digunakan?. Bagaimana hendak memancing lampan. Apakah umpan memancing udang galah?

PETER YONG, Shah Alam.


http://joran.bharian.com.my/News/PokMud/20080404105138/mainpix.jpg


JAWAB: (1) Waktu air pasang dan surut boleh memancing. Penyesuaian juga perlu mengambil kira peredaran arus dan tempat yang dikunjungi. Kalau pancing di muara dan pantai ketika air pasang, memang amat sesuai. Kederasan air berbeza. Air besar arus bergerak laju ketika pasang dan surut, manakala air mati arus sederhana lemah dan sesuai untuk pemancing dasar.

(2) Umpan paling sesuai memancing di Pulau Pemanggil dan Tioman ialah ikan selayang, selar, tamban dan kembung yang diperoleh di unjam berdekatan serta sotong cumit untuk memancing sebelah waktu malam. Untuk kedua-dua pulau itu, anda perlu membawa set peralatan aksi menengah dan sederhana kerana airnya kedalaman purata 35 hingga 50 meter. Set aksi menengah untuk pancing dasar dan pancing tunda manakala set aksi sederhana untuk pancing Apollo

(3) Sebarau menyambar apa saja gewang kecil antara 5 hingga 12cm. Ia juga boleh diperdaya dengan sesudu, soft plastic dan popper kecil. Tengas pula gemar gewang mini atau jenis mikro, serangga dan sawit. ‘Spin fly

Syd posted on 31-1-2009 04:42 PM

Joran aksi berat merujuk kekuatan 80 paun


SOAL: Bagaimana hendak memastikan kekuatan aksi pada setiap joran?



JAWAB: Daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit. Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib - 30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20 paun di bahagian hujung (tips) hingga maksimum 30 paun di pangkal joran.

Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20 paun hingga 30 paun, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib - 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.

Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi 'ultra light' pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2 paun hingga 8 paun. Status 'heavy action' pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80 paun atau minimum aksi hujung dengan 50 paun.

Kekili multiplier untuk lontaran lebih jauh

SOAL: Saya baru nak belajar memancing di tepi pantai. Justeru, apakah saiz mata kail, ladung, tangsi dan jenis umpan yang sesuai? Jika memancing di tepi sungai apakah tekniknya sama dengan memancing tepi pantai?

0135932110 Hisham Penang

JAWAB: Untuk memancing di pantai, kombinasi peralatan yang sesuai digunakan ialah joran minimum 3 meter (sembilan kaki), kekili jenis terbuka gelendung panjang (surf cast reel), tali tangsi 20 paun atau tali sulam 30 paun, ladung jenis mati dengan perambut 30 paun dipadankan dengan mata kail nombor 8 hingga nombor 2.

Apabila sudah mahir, bolehlah mendalami teknik melontar menggunakan kekili multiplier kerana jenis ini mampu memberi lontaran jarak yang lebih baik berbanding kekili jenis terbuka. Umpan yang sesuai untuk pendatang baru ialah perumpun, ulat pasir dan hirisan sotong atau ikan pasar. Ini kerana umpan jenis ini tidak mudah tertanggal dari mata kail semasa lontaran.

Syd posted on 31-1-2009 04:43 PM

Jenis ikan di pesisir pantai


SOAL: Apakah ikan yang menghuni pesisiran pantai serta dietnya? Bagaimana pula panjang joran dan kekili yang sesuai digunakan sama ada jenis multiplier atau jenis terbuka?

USOP, Teluk Bahang, Pulau Pinang.


JAWAB: Ikan pari boleh diandaikan spesies terbesar mendiami kawasan pesisiran pantai, manakala ikan lumrah lain ialah bebolos, gelama papan, tetuka, todak, daun baru dan gerong belang yang mendiami pantai berpasir manakala pantai berlumpur pula duri, belukang, sembilang dan gelama pasti mendominasi tangkapan. Semua ikan yang disebutkan boleh dipancing menggunakan umpan udang, perumpun, sotong dan hirisan ikan. Panjang joran dan kekili seperti yang dijawab minggu lalu.

Syd posted on 31-1-2009 04:44 PM

Joran aksi berat tidak sesuai untuk popping


SOAL: Bolehkah joran aksi berat digunakan untuk popping atau jigging?

NASIR, Puchong, Selangor.

JAWAB: Kurang sesuai kerana popping biasanya memerlukan joran panjang 7 (2.5 meter) hingga 9 kaki (3 meter), manakala jigging sesuai menggunakan joran 5.5 kaki (1.8 meter). Kalau jigging menggunakan joran yang terlalu panjang, aksi yang terhasil kurang elok.

Syd posted on 31-1-2009 04:50 PM

Persediaan asas memancing di laut dalam


SOAL: Apakah persediaan perlu untuk memancing di laut iaitu umpan, kekili, joran, saiz tali, ladung, perambut serta teknik dan waktu terbaik?

MOHD AMRAN Daud, DBP
Kuala Lumpur.

JAWAB: Umpan - Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.

Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).

Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).

Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama

Syd posted on 31-1-2009 04:52 PM

Guna spring elak umpan terburai


SOAL: Bagaimanakah cara menggunakan gelungan spring ketika memancing?

ZULHAFIZ, Kelantan.

JAWAB: Gelungan spring biasanya digunakan bertujuan memaut umpan dedak supaya tidak mudah terburai ketika dilontar. Dedak yang digaul dengan apa jua ramuan dikepalkan atau dibungkus pada gelung spring dengan kemas. Pastikan dedak dikepal hingga menutupi keseluruhan spring sebelum lontaran. Kemudian dedak pallet, dedak gaul, roti atau marsh mellow dipasang pada mata kail yang terjuntai di keliling spring tadi. Dedak yang dibaling akan terlerai dalam air mengikut masa tertentu yang biasanya bergantung kepada kepadatan dedak tadi. Ketika ikan datang menyedut leraian dedak, dedak atau umpan lain yang bermata kail akan turut sama tersedut masuk ke mulut ikan. Sebaik ada pergerakan pada tali pancing sedia untuk merentap joran.

Syd posted on 31-1-2009 05:38 PM

Tip pancing di kapal karam


SOAL: 1. Saya ingin tahu tip memancing di kapal karam atau kapal pecah di perairan Sungai Besar, Selangor dari segi tali dan umpan. Adakah teknik jigging boleh dilakukan di kawasan itu?

2. Bolehkah kekili Banax SX2000 dan joran jigging PE2 digunakan untuk jigging. Berapakah anggaran berat yang disyorkan untuk kepingan jig itu?

MOHAMAD, Pelabuhan Klang.




JAWAB:

1. Anda boleh gunakan tali tangsi dengan kekuatan 30 paun sebagai tali utama untuk memancing dasar dan hanyut. Tetapi untuk aktiviti jigging, gunakan tali sulam berkekuatan sehingga 40 paun. Ini berikutan kedalaman air sekitar 60 hingga 80 kaki (20 meter hingga 30 meter). Jurang kedalaman begini dianggap sebagai sederhana dalam dan sesuai menggunakan set peralatan kelas menegah. Selain pancing dasar, jigging pernah diamalkan di kawasan kapal karam ini dan hasil biasanya ikan senangin. Dicadangkan teknik menunda kerana ada waktu tertentu ikan tenggiri didapati meronda di sekitar bangkai kapal karam ini.

2. Kekili Banax SX2000 yang dipadankan dengan joran PE2 boleh digunakan. Kawasan kapal karam maksimum berat kepingan jig yang sesuai antara 40 gram hingga 60 gram.

Syd posted on 31-1-2009 06:25 PM

Pelbagai kemusykilan memancing tenggiri


SOAL: Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan kembung dan sasarannya ikan tenggiri. Bagaimana hendak memasang mata kail? Berapakah panjang perambut? Kalau menggunakan kaedah Apollo, apakah warna benang yang sesuai? Apakah mata kail jenis Oshaughnessy sesuai atau tidak? Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Apakah joran 10 - 20 lb dengan tali 14 paun sesuai? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun dan teknik yang berkesan memancing di tuas.

ABDUL RAHIM, KDRM.

JAWAB: Jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan. Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri maksimum sekali diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.

Dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih. Mata kail jenis batang panjang ini sesuai untuk umpan mati dan mata apollo buatan sendiri.

Jarak perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm. Saiz sebegini untuk casting tenggiri amat ideal kerana tenggiri dikatakan amat culas menerkam umpan yang dipadankan dengan tali tangsi kasar.

Untuk perambut anak apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun. Selain casting, teknik menghanyutkan umpan (drifting) juga mampu mendatangkan hasil yang baik. Teknik hanyut lebih efektif kalau menggunakan umpan ikan apollo hidup.

Syd posted on 31-1-2009 06:27 PM

Ingin tahu status joran beroda


SOAL: Saya mempunyai joran beroda. Apakah pendapat Pok Mud’s mengenai joran ini?

ADY Noor, Klang.

JAWAB: Kebiasaannya jenis cincin beroda yang dibina pada joran bertujuan untuk kegunaan menunda (trolling) atau memancing ikan yang memiliki daya renangan laju (game fish). Kebanyakan joran jenis pancing dasar dan menunda diperbuat menggunakan cincin beroda sebelum teknologi pembuatan cincin joran berkembang. Cincin beroda dibuat supaya dapat menghindarkan geseran ketika tangsi keluar melaluinya dan seterusnya janaan haba terhadap dua objek yang bertemu pada kelajuan tinggi.

Roda yang berputar boleh mengurangkan geseran berbanding cincin statik. Apabila cincin yang diperbuat daripada bahan tahan hakisan seperti silikon karbid (SiC) memasuki pasaran, bahan ini terbukti lebih efisyen dan baik berbanding roda.

Cincin jenis SiC diperbuat daripada seramik paling terbaik daya hakisan dan mampu mengurangkan janaan haba apabila tangsi melalui diatasnya (nyah haba) dengan kelajuan tinggi.

Syd posted on 31-1-2009 06:30 PM

Kelembapan selamatkan nyawa perumpun


SOAL: 1. Saya merancang memancing di Port Dickson. Apa yang merisaukan ialah bekalan umpan perumpun mati sebab saya dari Kuantan. Apakah petua mengekalkan perumpun supaya tahan lama.

2. Saya ingin tahu teknik memancing di pantai yang mempunyai cerun dan berbatu karang di kawasan seperti Port Dickson.

ANAK KUANTAN, Pahang.

JAWAB: 1. Perumpun perlu disimpan dalam bekas lembap. Kalau diletakkan selut asal lebih elok kerana itu adalah tempat perumpun berlindung. Perumpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid. Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).

Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan. Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru. Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan. Asingkan perumpun mati dengan yang hidup. Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.

2. Jika memancing di pantai yang mempunyai kawasan air bercerun, teknik hanyut menggunakan belon umpamanya dan teknik apollo amat sesuai bagi menghindari mata kail tersangkut di karang. Teknik menggunakan belon amat sesuai jika umpan hidup digunakan. Cuma di kawasan karang tinggi pastikan perambut halus diikat pada ladung supaya ia mudah putus apabila tersangkut. Jadi mata kail dan ikan masih dapat diselamatkan. Cara lain ialah perhatikan kawasan yang terang (jika air jernih) dan buat lontaran umpan di kawasan ini kerana terang menandakan tiada karang atau karang nipis. Kalau gelap tempat itu tentu berkarang tinggi.

Syd posted on 31-1-2009 06:30 PM

Hasil pancing ketika air besar lebih lumayan


SOAL: Bagaimana cara untuk menentukan waktu dan tarikh terbaik memancing di laut dalam? Contohnya, merujuk jadual air pasang atau surut, mengikut kalendar Islam atau sebagainya.

SAARI SAMION, Pontian, Johor.

JAWAB: Kalau mengikut petua saya, pada waktu air besar saya buat program memancing di Pantai Timur dan ketika air mati (kecil) penulis merancang memancing di sebelah Pantai Barat. Ini bertujuan mengelakkan masalah arus laut terlalu deras.

Kalau kita faham mengenai sistem peredaran bulan yang berkait dengan kalendar Islam, secara tidak langsung kita akan memahami bila berlaku air besar dan air mati. Perkara ini sudah kerap kali saya jelaskan dalam ruangan soal jawab sebelum ini. Tetapi kini banyak jawapan terurai apabila mengetahui bukan air mati saja kita boleh memancing tetapi ketika air besar pun kadang-kadang hasil pancingan adalah lebih baik. Cuma ketika air besar untuk kaki pancing dasar aktiviti agak terbatas kerana waktu air besar trolling, jigging, casting dan popping amat berkesan dipraktikkan.

Jadual pasang surut pula saya gunakan untuk mengisyaratkan diri sendiri mengenai masa pertukaran arus yang bakal berlaku kerana ini masa terbaik berjaga ketika ikan mula aktif. Selain itu, cara terbaik ialah merujuk kepada tekong kerana mereka pasti mengetahui pergerakan arus dengan lebih baik berbanding pemancing yang sekali sekala keluar memancing.

Syd posted on 31-1-2009 06:32 PM

Buah ara masak kegemaran ikan sungai


SOAL: Bagaimana mengenali buah ara dan jika boleh, tolong siarkan gambarnya dan di mana mudah didapati?

ALI Baharum,
Pandan Jaya,
Selangor.

JAWAB: Biasanya buah ara tumbuh meliar di tebing sungai di kawasan kampung. Memancing ketika musim pokok ara berbuah adalah menyeronokkan kerana buahnya menjadi kegemaran pelbagai spesies ikan terutama di Sungai Perak dan Sungai Pahang. Ikan kaloi (paling mudah didapati, lampam, tongsan sisik kasar, patin, lawang dan kekadang baung turut menggemari buah ara). Ketika buah ara masak ranum masa adalah terbaik untuk memancing.

Ketika ini ikan mudah mabuk kerana memakan buah yang gugur dan masa yang sama pemancing boleh tumpang sekaki dengan meletak buah yang dicangkuk pada mata kail.

Selain itu. anda boleh membelah atau memotong buah ara yang masak ranum untuk mengeluarkan aromanya supaya senang dicangkuk satu persatu sampai panjang lebih kurang sejengkal pada perambut.

Teknik ini sangat sesuai digunakan di lubuk yang agak jauh dari pokok ara yang kebiasaannya banyak terdapat di tebing sungai sekitar daerah Perak Tengah. Musim buah ara masak antara empat dan lima kali setahun.

Setiap kali masak boleh tahan seminggu namun begitu tidak semua buah pokok ara menjadi kegilaan ikan sungai. Biasanya yang berbau wangi dan warna merah hati menjadi pilihan pemancing sekitar daerah Perak.

Syd posted on 31-1-2009 06:33 PM

'Circle hook' elak kail sangkut di kerongkong


SOAL: Bagaimana teknik sesuai memancing ikan belida kerana rekod terbaik saya hanya kurang dari 0.6 meter panjang. Selain itu, bagaimana mengelak mata kail melekat dalam kerongkong ikan berkenaan? Apakah mata kail yang sesuai dan jenis umpan yang digunakan?
WAN, Institut Haiwan.

JAWAB: Sasaran menjerat belida di pertengahan dan bawah permukaan air. Umpan anak ikan hidup digantung setengah air menggunakan pelampung. Jangan biarkan terlalu lama ikan menelan umpan sebelum membalas joran. Lambat membalas memberi masa ikan menelan habis umpan dan menyebabkan mata kail masuk terus dalam kerongkong.

Cara terbaik adalah menggunakan mata kail ‘circle hook
Page: [1] 2
View full: Q&A Joran : Kolum Pok Mud @ BH [Info ttg Pok Mud Pg 2]